
Serabut dengan kerja, hutang dan segala masalah dunia kadang-kadang buat kita marah dan tak fokus dengan pasangan. Lelaki ini kongsi, kita tak bahagia sebenarnya bukan sebab masalah dunia yang membeban tapi..

Kita tak bahagia,tak tenang,serabut,marah marah. Sebenarnya bukan kerja kita banyak,perniagaan bermasalah,suami@isteri kurang kasih sayang,orang sekeliling tidak baik. Yang sebenarnya hubungan kita dengan الله bermasalah. Bagaimana solat kita,bagaimana Al Quran kita,bagaimana zikir pagi petang kita,bagaimana solat tahajjud kita.
Jika semua ini kita tak baiki,ketenangan,kebahagian,rezeki semua akan makin jauh dari kehidupan kita. Bahkan kasih sayang terhadap pasangan pun semakin pudar.
Baiki hubungan kita dengan الله
,moga الله kembalikan bahagia,tenang dan kasih sayang dalam kehidupan kita.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Perkahwinan Itu Satu Perkongsian, Jadi Tak Perlu Rasa Bersalah Kalau Suami Pegang Penyapu

Kalau kita isteri yang baik, kita tengok suami pegang penyapu nak sapu lantai pun kita dah rasa bersalah gila…”
Kenapa kita perlu nk set dalam minda yang kerja rumah tu kerja isteri? Hakikatnya, itu memang kerja suami kan…TAPI isteri yang baik akan buat kerja tu untuk suaminya…
Then isteri juga boleh cakap…
“Kalau kita suami yang baik, kita tengok isteri pergi kerja, mengadap jem, hantar anak, ambik anak, banyak kerja ditempat kerja, kena marah lagi ditempat kerja, kita mesti rasa bersalah gila sebab dia kerja untuk tolong kita”
Perkahwinan itu satu perkongsian…tak salah rasanya suami pegang penyapu…pegang mop…sidai baju, lipat baju, memasak dan sebagainya…isteri tak perlu untuk rasa bersalah akan hal ini…tolong isteri buat kerja rumah itu sunnah…Rasulullah SAW selalu tolong isterinya
Please dont draw a line between what suami need to do and what isteri need to do…
Dalam rumahtangga, no boundaries, kita kena complements each other…lengkap melengkapi…ada tanggungjawab bersama yang perlu dipenuhi…
Tak perlu letak smuanya dibahu isteri…
KERJA-KERJA DI RUMAH, TANGGUNGJAWAB SIAPA? SUAMI ATAU ISTERI?
Assalammualaikum ustaz, saya nak bertanya ada ke hadis or hukum yang mengatakan bahawa kerja kerja dirumah adalah sebahagian dari tugas suami.
Niat saya bertanya ni bukan nak suruh suami saya buat semua kerja rumah, selepas bersalin anak sulung ni, saya dapati kondisi badan saya tidak sebagus dulu, saya mengalami keletihan yang berpanjangan, adakala saya xmampu menjalankan tugas2 dirumah dengan sempurna.
Bila saya minta bantuan suami, mesti berakhir dengah pergaduhan dan suami selalu mengatakan bahawa tugas2 dirumah ini adalah tugas isteri.
Selain itu suami selalu mengatakan supaya saya menunjuk kan bukti hadis atau hukum yang menyatakan secara specifik bahawa tugas tugas rumah adalah tugas suami.
Saya bukan nak memaksa dia melakukan kerja rumah, saya cuma mahu sedikit sebanyak dia membantu meringankan sedikit.
Harap ustaz hide profile saya. Kalau ustaz tidak update kat fb ustaz, harap ustaz jawab la soalan saya kat mesengger ni pon tak apa, saya cuma mahu jawapan dari org yang lebih arif untuk lebih memahami.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.
Sesungguhnya tugasan di rumah adalah tugasan bersama suami dan isteri.
عَنِ الْأَسْوَدِ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَة ، مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ ؟ قَالَتْ : ” كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ ، فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha: Apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lakukan di rumahnya? Beliau menjawab: Baginda membantu berkhidmat menguruskan urusan keluarga. Apabila masuknya waktu solat, baginda keluar mendirikan solat [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 638]
عَنْ عَلِيٍّ، أَنَّ فَاطِمَةَ ـ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ ـ شَكَتْ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنَ الرَّحَى، فَأَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم تَسْأَلُهُ خَادِمًا، فَلَمْ تَجِدْهُ، فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ، فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ. قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا، فَذَهَبْتُ أَقُومُ فَقَالَ ” مَكَانَكِ “. فَجَلَسَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى صَدْرِي فَقَالَ ” أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ، إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ “.
‘Ali radiallahu menceritakan bahawa Fatimah ‘alaihassalam mengadu tentang kecederaan tangannya disebabkan dia kerja menggiling. Lalu dia pergi menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam untuk meminta daripadanya seorang pembantu, tetapi baginda tidak ada. Lalu dia menyebutkan hal itu kepada ‘Aisyah radiallahu ‘anha. Apabila baginda pulang, ‘Aisyah pun memberitahu hal itu. Lalu baginda datang menemui kami ketika kami sudah berada di tempat tidur kami, lalu aku mahu bangun, baginda pun berkata: Tetaplah di tempat kamu. Lalu baginda duduk di antara kami berdua sehingga aku dapat merasai kesejukan kaki baginda pada dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kalian berdua sesuatu yang lebih baik daripada pembantu rumah. apabila kalian berdua pergi ke tempat tidur, ucapkanlah takbir sebanyak tiga puluh tiga kali, tasbih sebanyak tiga puluh tiga kali, dan tahmid sebanyak tiga puluh tiga kali. Ini lebih baik untuk kalian berdua daripada pembantu rumah.
[Sahih al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, hadis no: 6318]
Dalam hal ini, sepasang suami isteri hendaklah masing-masing bijak melihat keadaan keluarga masing-masing.
Ada yang suami bekerja sehingga pulang lewat malam, dan isteri suri rumah. Pastilah kerja rumah akan lebih berada di bahu isteri.
Ada yang suami dan isteri sama-sama bekerja. Maka apabila di rumah, sama-samalah membuat kerja rumah. Contoh isteri memasak, suami mengemas.
Begitu juga, perlulah dilihat pada kemampuan dan kesihatan pasangan masing-masing. Ada yang mempunyai suami yang sakit, maka memang wajarlah si isteri yang lebih banyak membuat kerja di rumah. Ada pula si isteri yang sakit, maka suamilah pula yang lebih banyak membuat kerja rumah.
Setiap pasangan perlu melihat dan memeriksa apakah yang terbaik untuk keluarga masing-masing. Perkahwinan sepatutnya dilandasi dengan kasih sayang dan ehsan, dan bukan sekadar menuntut hak tetapi lupa kepada kewajipan dan tanggungjawab.
Wallahua’lam.
-ADMIN-
Selalu Bersedekah Kepada Pasangan Dan Ahli Keluarganya, Lipatan Rezeki Semakin Menimbun

Bersedekah merupakan anjuran dalam Islam yang dimana secara praktiknya adalah dengan memberikan sumbangan mahupun jasa untuk meringankan ataupun membahagiakan orang lain.
Sedekah tidak selalu berbentuk sumbangan seperti wang ataupun benda. Namun dalam Islam, perbuatan seperti tersenyum ataupun akan ditulis sebagai sebuah sedekah.
Janji Allah Untuk Orang Yang Suka Bersedekah
Terdapat janji Allah kepada orang yang rajin bersedekah. Selain membantu sesama ataupun membahagiakannya, bersedekah juga akan langsung dibalas oleh Allah baik itu di dunia maupun nanti di akhirat. Janji Allah tersebut tertulis jelas baik dalam Al Quran maupun Hadis Rasulullah SAW. Inilah beberapa keutamaan yang Allah janjikan tersebut.
1. Sedekah Jadi Penghapus Dosa
Bagi orang yang rajin bersedekah, maka Allah berjanji untuk menghapus dosa-dosanya. Keutamaan tersebut terdapat dalam hadist Rasulullah SAW yang berbunyi “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api” (HR Tirmidzi)
Namun sedekah yang menghapus dosa adalah sedekah yang disertai dengan taubat nasuha dan tidak lagi mengulangi dosanya tersebut. Sangat tidak mungkin sekali orang yang korupsi, mencuri ataupun memakan riba kemudian bersedekah dengan harapan dosanya dapat impas oleh sedekahnya tersebut namun tidak disertai dengan penyesalan akan dosanya. Dengan kata lain, sedekah yang menghapus dosa adalah sedekah yang dilanjutkan dengan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.
2. Naungan Di Akhirat
Selain mendapatkan ampunan yang besar dari Allah SWT, seseorang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir nanti. Dalam sebuah hadist dinyatakan terdapat 7 orang yang akan mendapatkan naungan dari Allah dimana pada saat tersebut tidak ada lagi naungan selain naunganNya.
Dan diantara 7 golongan tersebut adalah, Orang yang suka bersedekah.
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya akan menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya” (HR Bukhari)
3. Pahala Yang Berlipat-lipat
Bagi yang ingin mendapatkan rezeki yang berlipat ganda, maka bersedekahlah. Ini karena Allah akan melipatgandakan rezeki bagi mereka yang suka bersedekah. Pernyataan tersebut selaras dengan firman Allah SWT.
“Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan RasulNya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (ganjarannya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” (QS Al Hadid 18)
4. Adanya Pintu Syurga Khusus Untuk Mereka Yang Gemar Sedekah
Sebuah hadist menyatakan “Orang yang menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan” Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia dipanggil dari pintu shalat. Yang berasal dari kalangan Mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad. Jika ia berasal dari golongan orang yang gemar bersedekah, maka akan dipanggil dari pintu sedekah” (HR Bukhari dan Muslim)
5. Terbebas dari Siksa Kubur
Di akhirat nanti selain bisa masuk lewat pintu khusus menuju surga, seseorang yang bersedekah akan terbebas dari siksa kubur yang menyedihkan.
Rasulullah SAW bersabda “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur” (HR Ath Thabrani)

6. Dijauhkan Dari Api Neraka
Janji Allah yang terakhir bagi mereka yang gemar bersedekah adalah dijauhkan dari siksa api neraka yang menyala-nyala. Meskipun harta yang disedekahkan hanya sedikit, namun jika dilakukan dengan penuh keikhlasan maka sedekah yang kecil tersebut akan berdampak besar dari dijauhkannya siksa api neraka pada diri kita.
Semakin banyak harta yang disedekahkan, maka semakin besar pula jauhnya api neraka untuk membakar jiwa kita. Rasulullah SAW pun bersabda “Jauhilah api neraka walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimat Thayyibah” (HR Bukhari dan Muslim)
Itulah janji Allah kepada hambaNya yang gemar bersedekah dengan ikhlas dan tidak mengumbar kebaikannya tersebut. Jika sedekah hanya untuk memperoleh simpati orang, maka hilanglah janji yang telah Allah berikan pada hambaNya itu.
Oleh kerana itu lakukanlah sedekah baik di saat lapang maupun sempit agar apa yang telah Allah janjikan yang terbaik untuk anda di dunia mahupun di akhirat nanti.
sumber : TarbiahIslam
Penatnya Seorang Isteri Berkorban, Tapi Kalau Hati Suami Sudah Ada Yang Lain..

Slim dan solid manapun badan si isteri, ianya tetap tidak mencukupi…
Baik dan sempurna manapun layanan si isteri, ianya tetap tidak mencukupi…
Berapa bilangan dan apa jantina pun anak yg dilahirkan isteri, ianya tetap tidak mencukupi…
Berkorban, membantu dan menanggung banyak manapun si isteri, ianya tetap tidak mencukupi…
Ianya tetap tidak mencukupi bilamana hati si suami sudah ada yg lain…
Jika kedinginan dalam rumah tangga dibiarkan tanpa sebarang usaha untuk dibaiki, dibimbangi dalam masa yang sama perasaan cinta dan sayang juga akan mula pudar. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengetahui tanda suami tak sayang isteri agar kita boleh bertindak dengan segera sebelum nasi menjadi bubur. Nak tahu apakah tanda-tanda yang perlu anda perhatikan?

Kurang memberikan perhatian seperti dahulu
Di antara tanda penting yang anda akan perasan ialan suami tidak lagi memberikan perhatian kepada anda seperti dulu. Kalau dulu suami selalu bersembang dan bergurau-senda dengan anda, kini suami tidak lagi mesra seperti selalu. Malah jika anda mengadu atau ajak bersembang, suami akan kelihatan dingin dan kurang memberikan respons.
Tidak lagi menelefon atau menghantar mesej seperti dulu
Kalau dulu suami kerap menelefon atau menghantar mesej walau pun sibuk dengan kerja di pejabat, kini dia tidak lagi menghubungi anda. Malah jika anda menelefon suami, kebanyakan masa dia tidak menjawab panggilan anda dengan alas an terlalu sibuk. Pesanan teks yang anda hantar juga lambat dibalas.
Tidak lagi mesra seperti dulu
Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah anda akan mula perasan bahawa suami tidak lagi mesra seperti dulu. Kebiasaannya ketidak mesraan yang ditunjukkan kepada anda akan cuba disembunyikan apabila ada orang lain di sisi seperti anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Suami seolah-olah cuba berlakon di hadapan semua orang.

Lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan
Tiba-tiba suami lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakan berbanding meluangkan masa berkualiti di rumah bersama anda dan anak-anak. Kalau dulu setiap hujung minggu akan digunakan untuk meluangkan masa bersama keluarga untuk melakukan aktiviti yang seronok dan mencipta memori bersama, kini suami anda lebih suka untuk keluar berjumpa kawan-kawan sama ada untuk melepak di kedai mamak atau berkonvoi merentas negeri.
Lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit apabila berada di rumah
Cuba perhatikan suami anda, adakah secara tiba-tiba dia terlalu banyak meluangkan masa dengan telefon bimbit semasa berada di rumah? Lagi parah kalau secara tiba-tiba telefon bimbit suami anda mempunyai password rahsia dan anda selaku isteri tidak lagi dapat membuka telefon suami anda.Ini adalah salah satu tanda yang paling nyata bahawa suami tidak lagi menyayangi anda. Malah telefon bimbit suami akan sentiasa ada bersamanya, langsung tak boleh berenggang. Apabila masuk ke tandas, suami anda akan membawa telefon bimbitnya sekali. Semasa tidur pada waktu malam, suami anda akan meletakkan telefon bimbintnya dibawah bantal. Sebagai seorang isteri pastinya anda akan mula memahami bahawa sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kena dengan suami.
Lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa bersama keluarga di rumah
Tanda suami tak sayang isteri yang seterusnya ialah suami anda kelihatan seperti lebih suka berada di luar daripada menghabiskan masa di rumah bersama keluar. Sebagai contoh, jika dulu suami anda akan bergegas pulang dari pejabat apabila habis waktu bekerja namun kini suami anda selalu melakukan overtime.Malahpada hari sabtu dan ahad juga suami anda terpaksa ke pejabat dengan alasan ada tugasan yang perlu diselesaikan. Malah ada masanya suami anda memilih untuk minum bersama rakan sekerja selepas habis bekerja.