Tak mudah nak handle mood pasangan kita, ada masa tenang dan kadang boleh jadi ribut taufan hanya disebabkan masalah kecil.
Bak kata saudara Angkol, bahagia tidak semestinya hari-hari gembira, hari-hari senyum tidak pernah bergaduh dan tidak pernah merajuk langsung sama pasangan.
Tak Boleh Jangka Mood Pasangan
Bila sudah hidup sama-sama mesti ada hari pasangan kita tidak sama pendapat dengan kita. Mesti ada hari pasangan tidak puas dan marah sama kita. Mesti ada hari pasangan tidak mahu tegur kita.
Ads
Kalau jadi situasi macam ni jangan cakap hubungan tidak bahagia, sebab kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku sama kehidupan kita esok atau lusa. Kita tidak boleh jangka mood pasangan kita setiap hari. Apa yang seharusnya kita buat, belajar dari kesilapan dan perbetulkan apa salah kita dalam rumah tangga.
Terima Kekurangan dan Kelebihan Pasangan
Ads
Kita tidak akan kenal lebih mendalam sama pasangan sebelum kahwin, kita akan kenal pasangan kita 100% bila sudah hidup sama-sama dalam satu keluarga.
Sebab itu segala kekurangan dan kelebihan pasangan seharusnya kita terima. Perbetulkan mana yang salah, tambahkan mana yang kurang. Sentiasa ambil sebagai pengajaran setiap apa yang kita lalui sama pasangan dan sentiasa bersyukur ada orang yang boleh terima kelebihan dan kekurangan kita.
Ads
Ingat jangan tunggu bahagia dulu baru bersyukur, tapi bersyukur dulu dan kita akan sentiasa bahagia.
Kepada kawan-kawan yang selalu diketawakan sebab belum jumpa jodoh, teruskan saja mencari yang boleh terima dan sentiasa menghargai kamu tidak kira dalam situasi macam sekalipun sebab ini lebih penting. Jangan peduli orang lain ketawakan kamu sebab masih single, sebab diluar sana ramai yang sudah berpasangan tapi tidak ketawa.
Carilah pasangan yang sentiasa cuba sedaya upaya untuk memahami kamu dari awal perkenalan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan yang berkahwin,pasti mahukan anak sebagai penyeri di dalam berumahtangga.Ada yang baru kahwin telah disahkan bunting berkahwin. Namun, tidak kurang yang bertahun-tahun berkahwin belum lagi dikurniakan anak. Semuanya adalah rezeki dari tuhan.
Oleh itu, suami dan isteri perlu bersabar sekiranya masih belum mempunyai anak. Sokongan antara satu sama lain adalah penting bagi menjadikan rumahtangga anda tahan lama dan berkekalan. Mungkin tips ini boleh membantu anda untuk mengetahu cara cepat hamil yang kami senaraikan di bawah. Semoga ia memberi manfaat untuk anda mempunyai cahaya mata sendiri.
Mengira waktu subur
Wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur tidak ada masalah untuk mengira waktu subur mereka. Selalunya hari ke 14 merupakan waktu kemuncak bagi kesuburan isteri. Ketika ini telur ovum dilepaskan untuk disenyawakan di dalam tiub fallapio. Jangkahayat telur ovum adalah 1-2 hari manakala sperma pula antara 3 hingga 5 hari.
Bagi wanita yang mengalami haid yang tidak teratur, anda boleh menggunakan purata kitaran haid yang diambil selama 3 bulan. Bagi memudahkan anda,saya mencadangkan anda menanda dekat calendar supaya anda dapat mengagak bila waktu kesuburan anda.
Kerap Melakukan Hubungan Intim
Hubungan intim yang kerap boleh meningkatkan peluang untuk hamil. Apatah lagi pada hari itu merupakan waktu subur bagi isteri. Namun, adakalanya wanita takut untuk bersama suami kerana tidak puas atau rasa sakit selepas melakukan hubungan kelamin.
Jadi bagi mengelakkan perkara tersebut,suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berhenti.
Posisi Ketika Melakukan Hubungan kelamin
Satu lagi cara untuk menambah kemesraan dan peluang untuk hamil adalah melakukan posisi yang sesuai. Caranya adalah dengan suami berada di atas isteri. Bantal yang lembut di letakkan di pinggul isteri.Ini bagi memudahkan sperma untuk berenang ke Ovum.
Mengambil Makanan Yang Berkhasiat
Makanan yang mengandungi zat besi,Vitamin C,B,E,Selenium,Kalsium Dan Karbohidrat boleh meningkatkan kesuburan suami dan isteri.Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bayam, kangkung, bendi, pisang,tauge serta pastikan ia segar dan basuh sebelum di makan.
Pengambilan Asid Folik
Ramai para ibu mengambil asid folik selepas disahkan mengandung oleh doctor. Asid folik membantu melindungi kandungan dari masalah kecacatan seperti spina bifida. Wanita yang merancang untuk hamil di sarankan mengambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung. Pengambilan B Compleks dan Vitalea membekalkan 400mcg asid folik untuk keperluan diri anda dan juga bayi.
Berat Badan Ideal
Kegemukan bukan salah satu factor penyebab ketidaksuburan pada isteri. Ada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan tetapi tetap subur dan mempunyai ramai anak.
Jadi,mengapa ada juga wanita disarankan mengurangkan berat badan terlebih dahulu. Ini kerana hormon di dalam badan mereka adalah tidak stabil yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Selain itu,wanita yang gemuk juga lebih senang menghidap PCOS yang mengganggu ketidaksuburan mereka.
Kurangkan Merokok
Merokok sememangnya tidak bagus bukan kepada perokok tetapi orang di sekeliling mereka. Walaupun di kotak rokok ada menggambarkan penyakit yang terjadi,tetapi masih ramai yang tidak ambil endah. Wanita yang merokok akan menyebabkan tiub fallopio tersumbat menyebabkan telur dan sperma tidak bersatu. Bukan itu sahaja,telur ovum boleh mengalami kerosakan dan membahaya kepada kandungan yang boleh membawa keguguran.
Berhenti Menggunakan Pil Perancang Keluarga
Pil perancang boleh menyebabkan hormon anda terganggu. Anda memerlukan sedikit masa supaya hormone anda stabil semula. Jadi pasangan yang baru berkahwin tidak digalakkan untuk mengambil pil perancang. Cara yang selamat adalah dengan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan intim
Berdoa Kepada Pencipta
Anak adalah pembawa rezeki dalam keluarga. Mereka juga yang dapat menjaga kita semasa di usia tua kelak. Bagi yang belum di kurniakan anak,anda boleh mengamalkan beberapa doa bagi memohon dari Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aidilfitiri adalah hari anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-hambanya tang beriman dan taat. Ianya satu penghargaan kepada mereka yang melakukan ketaan kepada Allah dengan tidak berbelah bagi.
Hari kebesaran itu disambut selepas menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Maka Aidilfitri itu sebenarnya ialah hari untuk berbuka yang mana pada hari itu dihalalkan apa yang telah diharamkan kepada kita melakukannya pada siang hari di bulan Ramadhan seperti makan, minum dan bersama dengan isteri.
Hari itu adalah musim umat Islam bergembira dan berada di dalam keadaan penuh ceria setelah mereka berjaya menyempurnakan kewajipan dan ketaatan kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan. Firman Allah Taala:
Maksudnya:Katakanlah (wahai Muhammad) “kedatangan al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangnya, maka dengan isi kandungan al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal.”
(Surah Yunus: 58)
Terdapat banyak nas yang menggalakkan kita menghidupkan malam raya, di mana padanya terdapat keberkatan dan rahmat. Justeru, bergembira pada malam raya dengan memuja dan memuji kebesaran Ilahi dan bertakbir sudah pasti mempunyai banyak kelebihan.
Di sini dinyatakan dua perkara yang digalakkan pada malam raya selain daripada mengeluarkan zakat fitrah:
Menghidupkan malam raya dengan berqiamullail. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Abu Umamah, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Hiasilah kedua hari raya kamu dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis.”
Riwayat Abu Nuaim
Berdasarkan hadis-hadis di atas, antara amalan yang patut dilakukan pada malam hari raya dan pada hari raya ialah:
Qiamullail
Berdoa kepada Ilahi
Bertakbir (الله أكبر)
Bertahlil (لا إله إلا الله)
Bertahmid (الحمد لله)
Dan bertasbih (سبحان الله)
Hari raya dikenali dengan hati anugerah atau al-Jawaiz. Hal ini berdasarkan banyak hadis dhaif. Imam al-Zuhri berkata: Apabila hari raya fitrah, orang ramai keluar kepada Tuhan yang Maha Perkasa, lantas Allah melihat perbuatan mereka, seraya berfirman: Hai hamba-hamba-Ku, kamu berpuasa kerana-Ku dan juga berqiamullail, pulanglah kamu dalam keampunan Allah.
Mengikut Mauriq al-Ijli yang berkata kepada sebahagian sahabatnya di tempat solat pada hari raya fitrah: Hari ini kamu akan kembali seperti baru dilahirkan oleh ibu kamu. Hal ini juga dinyatakan oleh Abu Ja’far al-Baqir dan ramai lagi tokoh ulama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila disebut soal “JODOH” ianya adalah sesuatu yang sangat rumit.Tambahan pula jika orang muda itu usianya sudah mencecah 25 tahun,pasti mereka akan kelam kabut mencari pasangan yang bakal memenuhi ruang hati mereka.
Mereka berfikiran jika mereka kahwin lambat,”mereka adalah loser”.Kepada orang muda,jodoh ini jangan dipandang mudah.
Ada orang yang berkahwin pada usia muda,tetapi akhirnya terpaksa berdepan dengan penceraian kerana tidak bersedia dan tersalah memilih pasangan.Sebelum kahwin semuanya nampak indah,selepas kahwin,haa rupa rupanya pasangan kaki mencarut,kaki pukul,kaki hutang dan kaki judi.
Ada orang yang berkahwin lambat dan terpaksa menunggu jodoh sehingga lanjut usia.Malah ada juga yang terpaksa memekakkan telinga dari mendengar mulut sampah masyarakat di sekeliling mereka.
“Tengok dia tu kahwin lambat,mesti memilih sangat ni.Tak pun mesti tak laku.”
“Itu lah,kawan-kawan dah ada anak 2,tengok dia tu jadi anak dara tua lah nanti”.
Pekakkan telinga wahai orang muda.
Ada juga orang yang bertemu jodoh lambat,tetapi rumah tangaa yang dibina olehnya bahagia sehingga ke akhir hayat.Dikurniakan pasangan yang memahami,solat lima waktu dan juga berpegang kepada agama.
Tidak salah jika anda ingin memilih! Anda pilih jodoh bukan seperti beli kereta.Jika kereta rosak ianya masih boleh diperbaiki.Jika rumahtangga rosak,cerai sahaja lah jawapannya.
Soal jodoh ini adalah urusan tuhan,
Dengan siapa kita berkahwin,
Bila kita akan berkahwin,
Semuanya telah ditetapkan.
Yang penting kita juga perlu usaha.
Jika sehingga ke hari ini anda masih belum bertemu jodoh,janganlah bersedih dan anggap sahaja tuhan sedang susun perkara yang baik untuk anda.
“Apa guna jika kahwin awal kalau dapat pasangan caca marba.”
Semoga anda yang masih belum bertemu jodoh akan dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik pada masa akan datang.
Orang mengata?
Pekakkan saja telinga,lama-lama mereka diam lah.Buat apa nak layan.Baik kau layan upin ipin.Eh tiber.Haha
Sekian sahaja sedikit pesanan dari aku terutamanya kepada orang muda yang sudah mencecah umur 20 an ke atas.Posting ini tidak sesuai kepada budak bawah umur.Belajar pandai-pandai dulu dik kalau nak baca.Haha
Aku juga adalah seperti kalian yang sentiasa mengharapkan jodoh yang terbaik pada hari yang mendatang.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!