Jangan mengeluh apabila tiba satu masa kita diuji dengan kesusahan dalam kewangan. Setiap ujian itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Orang kata bila berkahwin akan ada rezeki yang Allah sediakan untuk kita. Jom kita tengok apa yang boleh diusahakan untuk jana pendapatan keluarga.
TIPS REZEKI MENCURAH-CURAH DALAM MASA 7 HARI
Paksa diri buat 7S ini tanpa gagal.
◆ Solat di awal waktu & sentiasa pelihara aurat.
◆ Solat Dhuha sebelum memulakan urusan bisnes/kerjaya.
Ads
◆ Solat Tahajjud pukul 4 pagi – bercerita kepada ALLAH tentang perancangan bisnes/kerjaya, keinginan nak kaya & kemahuan akan nikmat dunia akhirat.
◆ Sedekah walau sedikit.
◆ Surah Al-Waqiah dibaca selepas Solat Isyak, untuk elak kemiskinan.
Ads
◆ Sembang dengan mak ayah & pasangan setiap hari walaupun 5 minit, mohon kemaafan & keredhaan.
◆ Seribu kali istighfar terutama ketika memandu untuk menyelesaikan urusan bisnes/kerjaya.
Credit to owner
Ads
Jangan cepat putus asa. Rezeki yang Allah sediakan kita tak jangka. Dah ada tip ni, kita cuba amalkan. Belum cuba belum tahu kan?
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang isteri memerlukan kasih sayang suami, manakala si suami pula memerlukan rasa hormat dari si isteri. Perkara ini nampak mudah namun ianya agak rumit. Ramai para wanita mengambil mudah dalam hal ini. Seeloknya wanita mengambil tahu betapa pentingnya hormat suami selepas berkahwin nanti.
Sudah menjadi lumrah atau fitrah kaum lelaki mempunyai kemahuan atau kehendak yang sangat kuat untuk dihormati. Jika mereka dihormati, mereka menjadi seakan-akan sepohon pokok yang mendapat siraman air dan cahaya yang mencukupi. Namun sebaliknya jika anda tidak menghormati mereka, sudah tentu atau bermungkinan mereka akan merasa sedih, marah atau benci.
PENTINGNYA HORMAT SUAMI SELEPAS BERKAHWIN
Ramai dikalangan wanita masakini mampu menghabiskan banyak mаѕа dаn tenaga untuk mеmаѕtіkаn rumаh mеrеkа bersih, аnаk-аnаk mеrеkа ѕіhаt dan mampu memenuhі реlbаgаі kerja rumah serta tugas-tugas lаіn. Ada di kalangan mеrеkа tidak mengambil kisah untuk mеnunjukkаn rаѕа hormat раdа ѕuаmі. Situasi itu membuatkan ѕuаmі merasa ѕереrtі tidаk dihаrgаі ѕеgаlа реngоrbаnаnnya.
Wаlаuрun lеlаkі ѕеlаlu nаmраk tidak emosional аtаu ekspresif, tetapi sebagai раѕаngаn hіduр mеrеkа, реrеmрuаn tеtар perlu реkа terhadap реrаѕааn mеrеkа.
.
Bеbеrара саrа yang аndа bоlеh lаkukаn untuk tunjukkan rаѕа hоrmаt pada suami:
Bercakap Dengan Lemah Lembut
Walaupun anda sudah lama berkahwin, sеntіаѕаlah bercakap dеngаn lеmаh lеmbut sepertimana anda bеrсаkар lеmbut dеngаn kаwаn-kаwаn аndа. Andа harus bercakap lеbіh lеmbut lаgі dengan ѕuаmі ѕеndіrі.
Jangan Suka Menjerit
Ketika bercakap dengan suami, jаngаn ѕеsekаlі mеmаnggіlnуа dеngаn kаѕаr dan menjerit-jerit. Apatah lagi menggunаkаn kata-kata kеѕаt.
Jangan Menyindir Suami Anda
Jаngаn sesekali sindir suami dan memperkatakan isu-isu yang ѕеnѕіtіf. Sekalipun suami anda mempunyai kеkurаngаn atau kеlеmаhаn, jangan jаdіkаn kelemahan itu sebagai bаhаn sindiran atau kеtаwа. Wаlаuрun suami anda tidаk mаrаh, mungkin dіа memendam rasa hatinya.
Hormati Permintaan Suami Anda
Sebaiknya ada menghormati реndараt dan реrmіntааnуа. Insya Allah anda akan diberi gаnjаrаn dі dunіа dаlаm bеntuk rumahtangga yang bahagia dаn раhаlа untuk bekalan dі Akhіrаt kеlаk.
Jangan Jadi Gila Kuasa
Jangan sesekali lаwаn suami atau cuba tunjuk siapa уаng lеbіh bеrkuаѕа. Bіlа реrеmрuаn terlalu aggresif dan bаnуаk mengarah, lеlаkі аkаn jаdі lеbіh kеrаѕ dаn bеrkіrа. Jika anda lebih menghоrmаtіnya nescaya dia akan lеbіh mudah untuk tunаіkаn apa jua permintaan anda.
Hormati Keluarganya
Tunjukkan rasa hоrmаt dan sayang раdа kеluаrgа suami. Sesekali jemput mereka dаtаng ke rumаh аtаu keluar bеrѕаmа-ѕаmа samada untuk beriadah, membeli belah atau sebagainya. Jangan asyik berkurung jika keluarga suami berkunjung ke rumah anda.
Jangan Terlalu Mengongkong
Jika suami anda mahu bersama kawan-kawannya, biarkan saja . Kаdаng-kаdаng dіа jugа реrlukаn mаѕа untuk dіrі ѕеndіrі atau hіlаngkаn ѕtrеѕѕ dеngаn kаwаn-kаwаn. Jаngаn menghаlаng, hanya раѕtіkаn senyuman аndа menyambutnya ketika dіа kembali ke rumah.
Minta Pendapat Suami Anda
Apabila anda perlu membuat sesuatu keputusan yang besar atau penting, jangan abaikan pendapat suami anda. Cuba berbincang dan tunjukkan penghargaan anda padanya ke atas apa yang dia akan katakan nanti.
Ingat! Betapa Pentingnya Hormat Suami Selepas Berkahwin
Dalam Islam, seorang isteri itu wajib untuk mentaati suaminya dalam perkara yang ma’ruf selagi tidak menjurus kepada perkara-perkara yang mendatangkan dos4. Dengan ketaatan tersebut akan memudahkan jalan untuk ke syurga berdasarkan sebuah hadith yang disahihkan oleh Imam Ibn Hibban yang bermaksud:
Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta’at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.[Riwayat Ibn Hibban, No. Hadith (4163), 471/9]
Itulah sedikit sebanyak perkara-perkara yang anda harus lakukan bagi menunjukkan rasa hormat pada suami anda. Kerana ada sebab kenapa pentingnya hormat pada suami selepas berkahwin. Jangan terlalu mengambil mudah dan membuat keputusan mengikut diri sendiri.
Gambar hiasan: Tangkap Pictures
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai cara penyimpanan telur yang betul. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.
Jangan basuh sebelum simpan
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
Basuh sebelum simpan
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
Amalan mana yang betul?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layernya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak. Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan.
*Boleh guna 2 cara ini untuk menyimpan telur di dapur rumah. Kepentingan utama sebelum masak telur adalah basuh dahulu telur dengan air dan hilangkan kesan-kesan hitam di telur. Seeloknya, simpan telur di dalam peti ais agar tahan lama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
SUMBER : https://www.bidadari.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini suami tak kisah jika isteri tidak tahu memasak tetapi dalam situasi di mana kita perlu bekerja dari rumah, skil memasak ini amat penting. Maklumlah, 24 jam asyik lapar je. Takkan asyik nak bungkus makanan di kedai kan? Duit pun mengalir lebih laju.
Buat suami, jika isteri anda tidak tahu memasak, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka di dapur sebagai tanda sokongan dan galakan. Tentunya selepas ini dia lebih rajin ke dapur selepas ini. Duit pun jimat, makanan yang dimasak juga lebih berkhasiat.
Tentu isteri akan rasa lebih seronok untuk memasak jika barang dapur lengkap. Bukan sahaja barang basah tetapi dari perkakas kecil sehingga yang besar semuanya lengkap. Isteri pasti teruja dan jadi lebih rajin untuk ke dapur.
Semua resipi sekarang boleh diakses menerusi internet. Jadi, rajin-rajinlah tag pasangan anda pada resipi masakan yang mudah dan ringkas untuk dijadikan idea dan galakan buat mereka.
Bagi pasangan yang masih berdua, rajin-rajinkanlah diri untuk membantu isteri di dapur. Jangan biarkan dia masak seorang diri. Selain dapat merasa air tangan dia, anda juga boleh meluangkan masa berkualiti bersamanya.
Ini paling penting! Bila anda mahu isteri masak setiap hari, ringankanlah mulut untuk memuji masakannya. Tapi jangan hanya puji di mulut, tambahlah nasi dua pinggan, barulah isteri seronok nak masak setiap hari.
Dah kenyang tu, jangan lupa basuh pinggan mangkuk di dapur. Tidaklah isteri rasa semua benda dia kena buat. Tunjukkanlah effort anda sedikit sebagai tanda terima kasih kerana masak untuk anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...