Sesi fotografi selepas majlis pernikahan dan resepsi sudah jadi perkara biasa. Tetapi jarang-jarang sekali bakal pengantin yang ‘rela’ wajah mereka dirakam secara close-up. Memanglah boleh edit tetapi jika banyak sangat editing, ketara pula. Dengan petua mudah dan murah ni, pengantin dah tak perlu risau.

 

Terlalu banyak petua yang kita boleh google di Internet untuk dapatkan kulit wajah cerah, bersih dan berseri. Ada yang menggunakan produk mahal, tak kurang juga yang berani mencuba produk murah namun memberi hasil menawan.

 

Kali ini, Pesona Pengantin nak berkongsi satu petua yang dikongsikan Teamon Malaysia di Tik Tok. Bahan semulajadi yang digunakan pun sangat mudah untuk di dapati. Paling untung bila bahan-bahan tersebut boleh di dapati di dapur dan halaman rumah.

 

 

IKLAN

Kulit Flawless Tak Perlu Edit, Cukup Tiga Bahan Ni Buat Pengantin Yakin Depan Kamera.

 

Hanya tiga bahan yang digunakan:

  1. Daun lidah buaya
  2. Serbuk kayu manis (1 sudu)
  3. Madu (1 sudu)

Caranya:

  1. Lenyekkan daun lidah buaya di dalam mangkuk.

Kulit Flawless Tak Perlu Edit, Cukup Tiga Bahan Ni Buat Pengantin Yakin Depan Kamera.

IKLAN

 

2. Campurkan sesudu serbuk kayu manis dan sesudu madu.

3. Gaulkan ketiga-tiga bahan dan oleskan pada wajah.

 

IKLAN

Tak susah nak cantik. Tapi kalau tidak ada usaha, memang tak akan nampak hasilnya. Cubalah amalkan tiga bulan sebelum majlis perkahwinan dan lihat hasilnya.

 

Selain penggunaan daun lidah buaya, madu dan serbuk kayu manis, bakal pengantin yang inginkan kulit wajah cantik perlu menjaga waktu tidur dengan baik. Tidur yang cukup serta minum air lapan gelas sehari boleh memberikan kulit senjata terbaik untuk mengekalkan kelembapan.

 

Di samping itu, pemilihan produk yang baik untuk kulit tidak sama di antara anda dan teman. Jika mereka serasi menggunakan produk A, tidak semestinya hasil yang sama juga akan anda perolehi. Cuba dulu dengan membeli produk bersaiz kecil atau travel kit, kemudian anda sendiri boleh menilainya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI