Amalan bercukur haruslah dilakukan dengan teknik yang betul agar penampilan di hari bahagia tampak lebih kemas. Memiliki kumis dan janggut merupakan trend popular di kalangan lelaki masa kini.
Walaupun bercukur dianggap antara rutin mudah bagi seorang lelaki, namun hakikatnya masih ada segelintir lelaki yang tidak mengetahui aturan sebenar ketika bercukur. Berikut dikongsikan langkah demi langkah untuk bercukur dengan langkah yang betul.
BERSIHKAN WAJAH
Cuci wajah anda dengan pencuci muka pilihan agar dapat menanggalkan segala kotoran degil, selain melembutkan bulu pada wajah yang hendak dicukur. Mungkin ada yang beranggapan, cukup sekadar mencuci menggunakan air.
Tetapi, tahukah anda bahawa pencuci muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati serta bertindak membuka liang roma agar kulit wajah terasa lebih lembut di sekitar janggut dan misai.
Ads
Kemudian, bilas semula muka dengan air suam dan keringkannya dengan menyapu keseluruhan wajah menggunakan kain yang bersih. Biarkan sedikit kelembapan bagi mengekalkan kesegaran.
KRIM PENCUKUR
Untuk melancarkan cukuran pada wajah, sapu losen atau krim cukuran pada bahagian yang ingin dicukur menggunakan berus agar lebih rata berbanding jari. Berus yang lebih halus dan lembut adalah baik agar anda rasa lebih nyaman dan menyeluruh. Pilih krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan yang baik dengan formulasi yang selamat untuk kulit bagi mengelakkan iritasi pada kulit wajah.
Mulakan cukuran pada rahang, leher dan pipi terlebih dahulu. Ini kerana bahagian ini mengikut lengkungan pada wajah serta bagimengelakkan kulit daripada terluka. Bagi bulu wajah yang tebal dan panjang, haluan pisau cukur perlulah mengikut arah bulu manakala bagi melicinkan kesan cukur bahagian bulu halus, perlulah dilakukan dengan cara melawan arah.
Ads
Cukuran pada kumis dan janggut perlu mendapat perhatian khusus mengikut pola dan gaya yang diingini. Jika tidak, anda pasti gagal mendapatkan kemasan yang diingini. Lakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kulit daripada terluka.
Untuk membentuk pola pada kumis atau janggut anda, gunakan gunting kecil yang dikhaskan. Lakukan dengan teliti untuk mendapatkan hasil yang diingini. Gunting terlebih dahulu bahagian tepi kumis dan janggut.
Ads
Untuk hasil yang lebih tipis, gunakan hairclipper.Kemasan terakhir juga turut dilakukan dengan menggunakan gunting kecil bagi memastikan kumis dan janggut anda dalam keadaan yang rapi dan kemas.
BILASAN TERAKHIR
Setelah selesai dengan cukuran, bilas wajah dan bersihkannya menggunakan tuala. Untuk mengembalikan kelembapan pada kulit wajah yang kering akibat kesan daripada cukuran, sapukan penyegar atau pelembap. Manakala set cukuran pula haruslah direndam seketika dengan air panas sebelum dikeringkan dan disimpan.
Semua pasangan yang bertunang pernah merasai cabaran dan dugaan semasa tempoh alam pertunangan. Zaman bertunang adalah fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Lazimnya, semakin lama tali pertunangan itu diikat, semakin banyak cabaran dan dugaan yang perlu dilalui. Melalui perkongsian Hafi Zah memang ada pelbagai dugaan yang dihadapi oleh pasangan yang bertunang.
GODAAN: Gunalah duit sikit untuk melabur. Lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. Kahwin banyak pakai duit. Kurang sikit ja sekarang. Nanti dapatlah ganti lebih.
NOTA PENTING: Pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. Jika ada duit lebih boleh guna. Tapi kalau duit tu memang cukup-cukup untuk keperluan kahwin, ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan.
Ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. Wedding kena tangguh.
GODAAN: Saya sayang awak lagi. Kalau saya masuk meminang awak? Saya tunggu awak. Saya snggup tunggu awak sampai awak cerai and etc.
PERINGATAN PENTING: Kenapa dia jadi ex? sebab dia adalah EXperienced! lepas dan mulakan! Hargai yang lebih menghargai.
Kalau dulu bukan percinta yang baik, sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. Insyaallah.
GODAAN: Tiba-tiba tunang menjadi terlalu sensitif, baran, kurang sabar.
NOTA PENTING: Bila niat nak kahwin, sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. Sebab banyak benda nak kena pikiaq, settle, ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih-lebih.
Benda simple jadi complicated. Syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik, makin meletuplah!
Sabaq…masa ni masing-masing kena main peranan. Takkan settle benda dalam keadaan marah, ajak solat hajat, mengaji, ambil wudhuk. Bila dua-dua dah tenang, bincang tanpa melibatkan emosi.
Yang penting ingat niat asal! Nikah kerana Allah. Tengok masalah, bincang penyelesaian. Jangn fokus pada punca sahaj, rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. InsyaAllah akan jadi lebih baik dari sebelum gaduh.
GODAAN I: Hang nak kahwin dengan dia? Tapi kenapa? Tak rasa muda lagi ka? Banyak lagi cita-cita nak capai? Bersedia ka nak jadi wife ni? dan etc.
Yang ni semua orang alami. Nikah sebab nak redha Allah. Kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? Mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. Stop pikiaq negatif!
Tak ada orang bersedia, yang penting cuba bersedia. Cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebagainya). Soal boleh ka tak jadi wife or menantu, itulah pengalaman. Baiki dari kesilapan. Contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. Kita takkan terus jadi perfect tapi kita boleh berusaha kan? Ubah mindset!
GODAAN II: Betul ka aku nak kahwin dengan dia ni. Kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni.
*Istighfar. Kembali dengan niat asal, nikah kerana apa? Jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas-jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. Walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. Kita rasa tenang tengok.
Bila gaduh, tetap rasa nak bersama. Doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah.
GODAAN: Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka.
Walau apa pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya. Keluarga. Terasa hati dalam keluarga.
Mula rasa betul ka mertua akan suka aku, betul ka ipar duai akan berkenan dekat aku. Hal ni semuanya dari syaitan yang sentiasa menghantui kita untuk membatalkan niat yang baik.
Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan.
Selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh.
Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.
Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai betapa seriusnya hubungan ini, dan bagaimana komitednya anda terhadap perkahwinan yang bakal berlaku. Maka, mungkin sebab ini menjadikan anda resah dan gelisah.
GODAAN: Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda.
Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Undang-Undang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan ganti rugi sekiranya sesuatu pertunangan diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab yang kukuh.
Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian anda kepada si dia, lebih-lebih lagi jika anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan.
Oh ya, kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi.
Sedangkan, lelaki ini belum lagi berhak dipatuhi oleh wanita tersebut sebelum melafazkan akad nikah. Begitu juga seorang wanita yang tidak berhak meminta sebarang bentuk tanggungan daripada pihak lelaki.
Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada, sama ada sudah bertunang ataupun belum.
Sibuknya menjelang majlis pernikahan! Pada saat-saat akhir, tak mustahil ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. Namun, semua ini adalah di luar kawalan kita.
Dugaan semasa bertunang antaranya boleh berlaku kesilapan teknikal dalam sebut harga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi.
P/s: Just share niat baik, nak jadi halal. Bukan senang, banyak dugaan yang terpaksa ditempuh sebelum ikatan halal yang sah. Nak kahwin kan. Apa-apa pun, setiap kali ujian, cari Allah! Ujian tu tanda kita perlu lebih kuat dengan Tuhan.
Semoga perkongsian ni bermaafat. Semoga Allah redha. Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa semua dugaan semasa bertunang yang datang ini adalah daripada Allah, sebagai ujian kepada hambaNya.
Oleh itu, walau apa pun dugaan semasa bertunang yang terjadi, kita harus sentiasa redha dan meminta pertolongan daripada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui.
Di samping itu, berusahalah mendekatkan diri dengan Allah sebelum kita menjejakkan kaki dalam alam rumah tangga, sebagai persediaan menjadi ketua dan pembimbing kepada institusi kekeluargaan yang bakal didirikan.
Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54: “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
Poligami, perkataan ini kalau boleh tidak mahu didengar langsung oleh semua wanita. Poligami madu bagi kaum lelaki tetapi racun bagi kaum wanita. Tanyalah mana-mana wanita, semuanya enggan untuk hidup bermadu.
Namun siapalah kita yang mampu menidakkan ketentuan Ilahi. Sudah suratan takdir jika ‘terpaksa’ hidup bermadu.
Bagi Adira Suhaimi, bergelar isteri kedua tidak menjadi masalah buat dirinya. Penyanyi yang berasal dari Sabah ini cukup akrab dengan madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red.
Dalam satu perkongsian dilaman TikTok, Adira memuat naik satu video yang telah berjaya menarik perhatian warga maya. Tidak hanya Adira, Datin Red juga turut memuat naik video yang sama di laman Tiktoknya.
Dalam video tersebut, kelihatan Adira bersama Datin Red ketika menghadiri satu majlis pertunjukan fesyen yang menampilkan kemunculan pertama anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan.
Namun yang menarik perhatian ramai, dalam video tersebut, Adira dan Datin Red, berjalan sambil berpimpinan tangan.
Manakala hantaran Datin Red pula menyatakan dia sangat sayangkan madunya dan berharap dapat memelihara hubungan akrab tersebut.
Pada masa sama juga, Datin Red turut menyampaikan ucapan tahniah buat anak sulungnya, Awin atas kemunculan pertama di pentas peragaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya berasa kagum dengan hubungan akrab antara mereka berdua.
Berikut antara komen-komen warga maya diruangan komen TikTok Adira:
* “Alhamdulilah makin cantik Datin Red, dia sangat sabar dan Adira sangat bagus main peranan ygan baik dan tahu di mana tempt dia. Saya doakan anda semua bahagia.”
*“Smoga Allah sentiasa menjaga hubungan kalian sekeluarga.. Inshallah.. Jannatul Firdaus menanti both of you.”
* “Contoh isteri kedua menyantuni isteri pertama. Takde berebut-rebut macam kebanyakan yang ada sekarang ni. Dia tau kat mana kedudukan dia.”
* “Tak mudah utk dorang sampai ke level ini. memang salute kat dedua.”
* “Kite tgk time indah ni je. Apa yg dorg dah lalui Allah je yang tahu. Yang penting sabar mereka berbuah hasil. Bahagia. Kan Allah dah janji..”
Untuk info, Adira telah berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) pada 3 Disember 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Adira merupakan isteri kedua, manakala perkahwinan pertama Datuk Red bersama Datin Red dikurniakan lima orang cahaya mata.
Tular satu video pelakon, Datin Intan Najuwa menerima seekor kuda hadiah istimewa daripada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman sempena ulang tahun kelahiran yang ke-26 tahun.
Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dalam akaun TikTok, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid itu berkongsi video memaparkan dia bersama kuda yang diberi nama Trulala.
Jelas dirinya cukup bahagia dan bertuah, ramai netizen turut menzahirkan rasa teruja dan tumpang gembira melihat hadiah tersebut dan menyifatkan kehidupan Intan tak ubah dilayan seperti seorang puteri.
“Meganya hadiah hari lahir Intan, awak memang dijaga lelaki yang tepat, saya tumpang gembira melihat kebahagiaan awak,” komen seorang peminat.
“Kehidupan Intan macam seorang puteri dalam kisah dongeng, sempurna dan bahagia menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang saling melengkapi,” demikian komen seorang lagi netizen.
Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan tersebut pada 18 Ogos lalu di Desaru Coast, Johor dan menerima wang hantaran sebanyak RM222,000.
Walau menjadi suri hati kepada lelaki berpangkat Datuk, Intan lebih selesa dipanggil namanya kerana baginya, gelaran semua manusia sama sahaja di sisi Yang Maha Pencipta.
Begitulah bertuahnya Intan dengan kehadiran jodohnya, selayaknya dilayan seperti seorang puteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...