Jatuh cinta tidak mengenal usia. Sesungguhnya jodoh itu adalah rahsia. Kadang-kadang anda tidak boleh memilih siapa yang akan membuat anda jatuh cinta, termasuk jika anda jatuh cinta dengan lelaki yang lebih tua.
Kebiasaannya perbezaan umur yang ideal untuk hubungan antara seorang wanita dan seorang lelaki bagi kebanyakan orang adalah tidak lebih daripada 10 tahun.
Walaupun ramai yang bimbang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang jauh lebih tua, sebenarnya banyak kelebihan berpasangan dengan lelaki yang lebih tua:
TAHU ADAB
Lelaki yang lebih tua mempunyai sikap dan pemikiran yang matang. Dia juga telah dilatih untuk menjaga kesopanan, baik terhadap wanita mahupun orang lain. Tidak syak lagi dia akan berhati-hati dan menghargai anda. Jika anda menolak, dia juga akan lebih memahami.
Ads
KEDUDUKAN KEWANGAN YANG KUKUH
Kelebihan bercinta dengan lelaki yang lebih tua ialah status kewangannya yang mantap dan stabil. Ia adalah jaminan masa depan yang boleh anda amanahkan kepadanya. Bukan bermaksud materialistik, tetapi ini adalah pertimbangan logik setiap orang.
Sikapnya bukan sahaja matang, dalam berfikir dia juga boleh diharap. Emosi lelaki yang lebih berusia lebih tenang dalam menghadapi pasangan yang lebih muda dan berkemungkinan masih tidak stabil.
JUJUR DAN LEBIH BERTANGGUNGJAWAB
Sudah tentu setiap wanita menginginkan hubungan yang jujur, jelas dan berterus terang. Inilah yang boleh ditawarkan oleh lelaki yang lebih tua. Dia akan mendedahkan apa yang dia mahu daripada hubungan anda berdua, apa tujuan dia berpasangan dengan anda dan tidak bersikap tidak sopan dan kebudak-budakan seperti lelaki muda. Dia menjadi dirinya kerana tiada masa untuk bermain-main.
Ads
ROMANTIK DAN PANDAI AMBIL HATI
Lelaki yang berusia ini biasanya lebih romantik. Mereka lebih menghargai pasangan. Selalu sahaja buat kejutan untuk pasangannya. Wanita yang berhubungan dengan lelaki yang berusia ini akan rasa lebih dihargai.
Jika anda mencari lelaki yang boleh menjalin hubungan yang serius, maka lelaki yang lebih tua boleh menjadi pilihan yang tepat. Sebab dia tidak akan mengelakkan diri apabila anda mengajaknya untuk berjumpa dengan keluarga. Ini adalah isyarat lembut yang ditunjukkan jika dia serius tentang anda.
Ads
BUKAN JENIS CEMBURU BUTA
Jika dibandingkan dengan lelaki muda yang sering tidak stabil dan cemburu hanya kerana bercakap dengan rakan lelaki, berbeza dengan lelaki yang lebih tua. Mereka boleh menjadi lebih memahami dan tahu bahawa anda juga memerlukan kehidupan sosial yang normal. Mereka juga mempunyai keyakinan penuh bahawa hati anda tidak akan berpaling.
Mengapa dia memilih anda daripada semua wanita yang mungkin sebaya dengannya? Dia jelas tahu bahawa umur anda sangat berbeza dan pasti akan ada banyak kontra. Ini membuktikan bahawa dia boleh menerima anda seadanya, menerima watak dan peribadi anda.
Kredit foto (top image): Instagram CTDK dan Instagram Bung Moktar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali tengok orang kulitnya licin, putih dan mulus saja. Tak ada sebiji jerawat dan pori muka lebih halus. Agaknya macam mana golongan ini menjaga kecantikan wajahnya?
Haaa.. baik kali ini wanita yang bakal jadi pengantin atau sudah lama berumah tangga boleh cuba tip daripada @teamon yang pernah dikongsi menerusi video tiktoknya tentang cara nak kulit cantik bersih.
Paling best, hanya memerlukan 3 bahan saja, sudah boleh buat kulit anda cantik menawan.
Kulit Licin Dan Bersih Guna 3 Bahan, Bakal Pengantin Digalakkan Cuba!
Inilah cara nak kulit licin dan bersih, perlu sediakan aloe vera, madu dan serbuk kayu manis saja.
Caranya:
1. Ambil isi aloe vera (kalau tak ada yang original boleh juga guna yang siap diproses seperti gel)
2. Kemudian, masukkan satu sudu madu dan satu sudu serbuk kayu manis.
3. Kacau sebati dan boleh saja tepek pada kulit wajah.
4. Boleh jadikan masker dan pakai selang sehari dan elakkan pakai setiap hari.
5. Hasilnya kulit brekilat, pori lebih halus dan wajah lebih cerah.
Ini bukan paksaan ya tetapi satu pilihan jika anada tak suka pakai set penjagan wajah. Jadi, boleh teruskan guna cara ini jika anda selesa untuk cantik guna petua tradisional.
Sumber: teamon (@tiktok)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu kandung dan ibu mentua, kedua-duanya perlu disayangi dan dilayan dengan baik. Jika boleh jangan ada ‘pilih kasih’ antara keduanya.
Layanilah dan santunilah mereka dengan sebaik mungkin. Berkat doa kedua-dua insan istimewa ini membuatkan rezeki anak menantu sentiasa mengalir dan dipermudahkan.
Saya kongsikan kisah saya ini sebagai inspirasi kepada sahabat semua.
Tiap kali nak berjalan ke mana-mana, ma dan ibu takkan pernah tercicir. Mesti ajak dua-dua pintu syurga saya yang masih ada di dunia.
Ibu dan ma selalu cakap, banyak abih duit nanti. Tapi saya bagitau ma dan ibu, tiap kali saya belanja untuk ibu dan ma, tak penah lagi duit saya abis. Yang lagi saya syukur sangat-sangat, rezeki tiba-tiba melimpah datang tak disangka.
Ma pun dah sebulan kat rumah saya. Memang saya siapkan bilik untuk Ma tinggal dengan saya lepas abah meninggal dunia masa Raya Haji baru-baru ni. Ma risau nyusahkan saya.
Kata saya, tiap kali ma datang, ma bawak rezeki, berkat. Kalau anak tak korban untuk ma, takkan orang lain nak korban pulak kan.
Buat anak-anak, sementara ibu ayah masih hidup, berkorbanlah buat mereka. Kalau nak berjalan ke mana-mana, ajaklah mak ayah dulu. Kalau mak ayah tak dapat ikut, takpe.
Setidak-tidaknya kita tak lupakan mereka. Kalau nak pegi dengan famili memasing je, tak yah la plan macam-macam depan mak ayah, tanpa ajak mereka. Ada mak ayah nak sangat ikut, tapi takut anak tak mampu nak bawak. Terasa hati mak ayah.
Saya syukur dan sangat beruntung sebab ma (mentua) saya sangat baik. Dan ma pun beruntung sebab dapat menantu yang baik. Hihi…(jangan marah). Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan ma.
Kebiasaannya pasangan mempelai memilih sesi fotografi di studio atau pun di lokasi-lokasi yang berlatar belakang lokasi yang cantik seperti di hotel, di tepi pantai dan sebagainya.
Bagi kebanyakan pasangan pengantin, momen indah itu perlu ada untuk dikenang hingga ke anak cucu.
Berlainan pula dengan pasangan doktor veterinar yang memilih pusat jagaan kucing jalanan sebagai latar belakang gambar perkahwinan mereka.
Usai diijabkabulkan, pasangan mempelai ini memilih untuk bergambar bersama hampir 1300 ekor kucing di dalam sangkar utama. Pasangan pengantin baharu ini telahpun selamat diijabkabul hujung November yang lalu.
Kedua-duanya staf Bustana Kucing dan berkhidmat sebagai doktor yang bertanggungjawab merawat ke semua kucing-kucing di situ. Mereka berdua juga merupakan pencinta kucing.
Selepas pasangan askar pada tahun lepas, doktor-doktor veterinar ini merupakan pasangan pengantin kedua yang sudi merakamkan detik-detik indah pada hari bahagia mereka bersama si bulus di Bustana Kucing.
Sama-sama kita doakan moga hubungan yang baharu sahaja pasangan pengantin ini hubungkan diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh-NYA.
Doakan juga moga mereka senantiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan bagi menempuh dugaan alam rumah tangga. Semoga mereka berdua akan terus bersama Bustana Kucing, merawat kucing-kucing sakit.