gambar sekadar hiasan

Boleh ke lelaki dan perempuan menjadi kawan? Ia sangat luas sebenarnya skop ni jika nak diulas. Antara soalan-soalan utama yang terlintas difikiran ialah:

Apa tujuannya?
Apa kebaikannya?
Apa had dan batasnya?

Boleh atau tidak lelaki dan perempuan berkawan? Cukup sekadar kawan, tak lebih dari seorang kawan.

Lelaki Dan Perempuan Tidak Digalakkan ‘Berkawan’ Jika Sudah Berpunya
gambar sekadar hiasan

Sesuatu yang kita perlu ingat smpai bila-bila ialah pergaulan lelaki dan perempuan itu menurut islam ada batasnya hatta sebagai seorang kawan sekalipun terdapat pelbagai jenis “kawan” yang ada antara lelaki dan perempuan. Sebagai contoh, kawan sekerja, kawan sekolah, kawan sekelas, kawan setaman, kawan sekampung dan lain-lain lagi.

Kita ambil contoh kawan sekerja atau sepejabat. Bila guna terma kawan sebegini, maka hadnya sekadar di pejabat, atas urusan kerja. Tak lebih sehingga perlu berhubung di luar waktu pejabat itu batas kawan sekerja.

Bila dah namanya “kawan” yang berlainan jantina ni, maka mengambil berat, meluahkan masalah dan berkongsi pandangan atas sesuatu isu yang bukan sepatutnya seorang kawan bualkan akan mendatangkan masalah. Jika terlebih menasihat, terlebih menunjukkan kebijaksanaan, terlebih mengambil berat, maka si kawan tadi akan mula menyimpan perasaan.

Ads

Lelaki Dan Perempuan Tidak Digalakkan ‘Berkawan’ Jika Sudah Berpunya

Akan jadi lebih dari sekadar kawan. Kalau bujang,tidak mengapa. Sabarlah. Tapi klu masing-masing dah ada pasangan, maka tiada kebaikan dan manfaat yang kita boleh dapat dgn berkawan sehingga melebihi batas seorang kawan.

Jadi, jawapan kepada persoalan boleh atau tidak lelaki dan perempuan berkawan ialah, tidak digalakkan jika dah ada pasangan, tapi boleh jika diri masing-masing masih bujang.

Ads

Nota kaki : Masih bujang dan merasakan diri itu “bujang” adalah dua terma yang sgt berbeza.

 

 

Ads

 

 

 

 

Kredit : Firdaus shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI