Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Orang Kita Selalu Buat Salah Bila Masuk Bab Uruskan Majlis Kahwin

Share

Lelaki bernama Azizul Azli Ahmad kongsi kesalahan yang sering kita lakukan bila masuk bab majlis kahwin. Kadang-kadang kita mungkin tak perasan tapi bila dah selalu, ini dah menjadi kebiasaan sampai kita anggap biasa.

#TabungKahwin.

KESALAHAN MENGURUS PERKAHWINAN.

Dalam program Tanyalah Ustaz bersama Dai Haidari sahur tadi

  • Perbelanjaan kahwin mesti dari duit ibubapa kita bukan dari duit hantaran lelaki.
    Jika mampu 3 talam, buat sahaja 3 talam. Jangan guna duit orang buat kenduri kesyukuran kita.
  • Jangan bezakan jemputan vip dan orang biasa. Bolehkan asing tempat lelaki dan perempuan jika ada ruang, jika tiada tak mengapa.

  • Wajib hadir kenduri kahwin dan bawa buah tangan
  • Sunatnya datang jumpa pengantin dan ucap selamat dan tahniah kepada pengantin

  • Bagikan sumbangan pada pengantin bukan mak dan bapak pengantin.
  • Doakan kebaikkan pada pengantin sebaiknya.
  • Jangan kecil hati tak pangil pun tak apa. Bila dijemput wajib datang.
  • Jemputan utama ibubapa, adik beradik, kaum kerabat dekat dan jauh, diikuti jiran tertangga kanan dan kiri.

  • Kita jemput, moga Allah mudahkan urusan orang agar mudah datang.
    Telefon membunuh pertemuan dalam menjemput walimatulurus. Semuanya nak ringkas dan cepat.
  • Kad jemputan jangan ada ayat AlQuran

  • Jika kita dijemput dan nak bawak orang lain, perlu maklum kepada tuan rumah.
  • Perbelanjaan walimah tanggujawab ayah dan ibu pengantin lelaki.
  • Guna duit simpanan sendiri bukan suruh buat pembiayaan bank.

  • Kenduri perempuan sepatutnya lebih acara kecil dari kenduri lelaki. Di Malaysia sebaliknya berlaku.
  • Tiada tarikh baik dan buruk dalam Islam.

Azizul Azli Ahmad

#KahwinSederhana

#UrusCaraIslami

IKLAN