
Siapa tak suka bila sebut bab kahwin. Tanyalah sesiapa pun yang sedang menuju ke arah ini, semua pasti tersenyum bila ditanya mengenai perkahwinan.
Ramai orang nak kahwin sebab nak halalkan hubungan setelah sekian lama bercinta. Atau nak menghalalkan ‘ikhtilat’ supaya mereka lepas-lepas ni boleh la mesej dan lakukan dengan jalan yang halal. Sebab tu mereka nak kahwin. Pokoknya, nak tinggalkan maksiat.
Mukhlis Rosdi kongsi kisah menarik macamana dia mengorat teman wanitanya hingga menjadi isterinya kini.
Dulu sebelum kahwin susah nak kerja sama2 nak buat itu nak buat ini sebab dia duduk kl. Sekarang Alhamdulillah boleh run bisnes sama2 & kalau ada apa2 je benda yang takfaham & taktahu macam mana nak buat, terus boleh bincang sebab dah duduk sebumbung kann. Sebab tu Islam suruh kita kahwin cepat2 sebab segala benda jadi mudah. Paling penting bila dah couple tu mesti nak keluar sama2 kan. Tu yang salah sebab setan mesti kacau punya. Actually keputusan nak kahwin ni saya buat secara tiba2 sebab takut setan makin bertambah sampai si Reen ni mula2 macam taknak sebab sy buat keputusan terlalu mengejut ? Tapi kita lelaki kena convince dia yang kita memang kena kahwin even duit takbanyak pun. Sebab satu susah nya nak berbisnes sebab jauhh. Susah nak bincang. And saya convince si @nazreenazurahijab ni yang kita kena kahwin & takyah takut la ada duit ke takde duit sebab yakin je dengan Allah rezeki lepas kahwin mesti Allah luaskan lagi. Alhamdulillah sampai ke hari ini saya bersyukur dengan apa yang Allah bagi even takbanyak tapi cukup. Kalau bersyukur, semuanya pasti cukup ?
Cemburulah Berpada-pada. Takut Yang Ditakuti Tu Jadi Kenyataan Pula

Ketika seseorang itu cemburu, segala sesuatu menjadi sangat buruk di matanya. Perasaan cemburu, lebih-lebih lagi ‘cemburu buta’ bakal mengundang rasa sakit hati yang menyakitkan serta boleh merosakkan akal dan fikiran manusia.
Kebimbangan yang berlebihan terhadap pasangan turut mengakibatkan anda hilang kepercayaan dan terus diselubungi perasaan takut. Pelbagai prasangka yang belum tentu betul mula timbul. Ini tip untuk anda atasi masalah kuat cemburu dalam diri.
.
1. Beri masa dan ruang buat diri sendiri
Rasa cemburu selalunya datang beriringan dengan rasa curiga. Ketika perasaan itu dating, jangan terburu-buru terus menyerang pasangan anda dengan sejuta pertanyaan.
Carilah dan tentukan sedikit waktu untuk anda mengatasi sifat cemburu anda. Nilailah setiap kebaikan atau keburukannya pada hubungan anda. Ingati apa kesannya pada anda dan si dia tiapkali anda cemburu.
Jika anda mula berasa bersalah terhadap diri anda kerana sering berasa cemburu terhadap orang lain, anda akan berasa semakin dengki terhadap orang lain. Tak elok bersikap sebegini, jadi terimalah rasa cemburu anda itu dengan sebaiknya, hadapi secara positif dan terus melangkah maju.
2. Hormati pasangan anda
Si dia juga sama seperti insan lain,sama seperti anda,punya hak dan berhak untuk menilai kebaikan/kecantikan orang lain yang berada di sekelilingnya.
Penting bagi anda mempercayai pasangan, walaupun ia memang tidak semudah yang diucapkan. Tetapi berfikirlah positif sambil berusaha. Anda boleh membuktikan pada pasangan bahawa anda boleh memegang teguh komitmen bersama.
Mungkin dengan menunjukkan keseriusan anda dalam menjalinkan hubungan tersebut juga akan membuatkan si dia turut berusaha mengimbangi dan menghargai anda sebagai seorang yang penting dalam kehidupannya.
.
3. Kenal pasti faktor penyebab
Anda harus mengenal pasti apakah sebab musabab yang menyebabkan anda berasa terlalu cemburu terhadap pasangan.
Adakah ia disebabkan oleh peristiwa hitam yang pernah berlaku pada anda sebelum ini? Atau anda kurang percaya dan yakin pada pasangan anda? Atau anda kurang yakin pada diri anda sendiri?.
Carilah sebabnya agar anda tahu di manakah puncanya perasaan cemburu buta itu terbit. Selain itu, cubalah untuk terbuka terhadap apa yang anda rasakan. Tetapi pastikan anda melakukannya dengan cara positif.
Selalu berfikiran optimis dan postif bukan hanya boleh mengatasi rasa cemburu. Bahkan juga membuatkan hubungan cinta anda menjadi lebih harmoni.
4. Bina keyakinan diri
Kurang yakin terhadap diri sendiri adalah salah satu punca kepada sikap cemburu buta. Merasa sangsi terhadap pasangan kerana merasakan diri sendiri tidak hebat dan banyak kekurangan boleh meretakkan sesuatu hubungan.
Jadi, anda harus yakinkan diri bahawa anda adalah seorang yang mempunyai kualiti serta kelebihan dibandingkan orang lain. Sebelum anda berasa cemburu pada lelaki atau wanita lain, cuba berdiri di hadapan cermin dan yakinlah bahawa anda adalah orang yang paling layak untuk dicintai oleh pasangan, sehingga dia tidak akan berpaling tadah daripada anda.
Percayalah juga bahawa anda adalah orang yang benar-benar dicintai oleh pasangan anda.
.
5. Berfikiran positif
Menghilangkan rasa cemburu salah satu caranya adalah dengan berfikiran positif atau ‘positive thinking’. Cuba hilangkan prasangka buruk terhadap pasangan. Tidak perlu memeriksa atau menyelidik telefon bimbit atau diari hariannya. Yakinkan pada diri sendiri, bahawa hanya anda sahaja yang berada dalam jiwanya.
Ketika anda berfikiran positif, fikiran pun akan menjadi lebih terbuka dan anda akan melihat kebaikan dan rasa kasih sayang pasangan dengan teguh, tanpa diganggu oleh prasangka yang buruk.
Jangan biarkan perasaan cemburu merosak hubungan adan dengan pasangan. Jika ada orang lain mengganggu pasangan, anggap sahaja itu sebagai sesuatu yang boleh anda banggakan. Ini adalah kerana mereka hanya boleh mengganggu si dia, sedangkan anda sudah memilikinya!
Jika semua usaha telah anda lakukan untuk mengatasi perasaan cemburu tersebut, namun tetap gagal. Mungkin sudah waktunya anda mencari bantuan profesional untuk mengatasi perasaan dan fikiran anda yang tidak rasional ini. Jangan berasa ragu atau majlu untuk meminta bantuan orang lain demi kesejahteraan hubungan cinta yang telah anda bina itu.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Suami Yang Tidak Bertanggjawab Boleh Menyebabkan Huru-Hara Rumah Tangga

Suami yang baik adalah satu rezeki yang tak ternilai buat para isteri. Jika ada anak, mempunyai ciri suami terbaik ini akan membentuk satu keluarga yang bahagia. Sebagai isteri bukan wang ringgit yang diperlukan untuk membentuk keluarga bahagia. Ada orang kaya, hidup serba mewah tetapi tidak bahagia kerana suaminya tidak bertanggungjawab. Suami yang tidak bertanggjawab boleh menyebabkan huru-hara rumah tangga dan paling menyedihkan membawa kepada perceraian.
.
Jadi apa ciri suami terbaik yang menjadi idaman para isteri.
1. Ajar dan Bimbing Isteri Ke arah Agama
Sebagai seorang Muslim, perkara paling utama adalah dapat membawa isteri dan anak-anak berpegang teguh kepada ajaran Islam. Suami boleh menjadi imam solat fardhu, ajarkan baca Al-Quran dan tunjuk tauladan para nabi kepada anak-anak. Doa keluarga bahagia
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Surah Al-Furqan, ayat 74
Kita semua tidak sempurna, mungkin ada suami yang kurang arif ilmu agama tetapi usaha ke arah agama itu paling diperlukan. Boleh sama-sama ikuti kelas agama yang ada di masjid dan Internet. Boleh juga membaca buku-buku agama. Suami boleh juga bertanya kepada rakan-rakan yang arif tentang agama.
Semua perkara ini akan membawa keluarga ke arah lebih dekat dan diredhai Allah. Pada akhirnya, kita akan kembali mengadap Ilahi dengan segala amal baik yang kita lakukan di dunia.
2. Rajin Berusaha Mencari Rezeki
Ciri suami terbaik berikutnya adalah rajin berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Contohnya, rajin bekerja, tidak malas dan sentiasa mahu menambah pendapatan keluarga. Asalkan rezekinya halal dan diberkati. Sebagai seorang suami sudah pasti mahukan rezeki terbaik seperti makanan untuk diberikan kepada isteri dan anak-anak.
3. Bijak Urus Duit
Duit gaji diurus dan digunakan dengan sebaiknya. Suami yang bijak akan aturkan wang untuk perbelanjaan dapur, nafkah isteri dan keperluan anak-anak. Mengurus wang adalah satu ilmu penting kepada keluarga. Jangan sampai ‘tercekik’ di tengah bulan gara-gara berbelanja tanpa perancangan.
Selain berbelanja, seorang suami juga perlu merancang untuk menyimpan wang untuk kegunaan ketika sukar nanti. Beli itu dan ini dah akhirnya duit habis tetapi tidak nampak apa-apa dibeli. Ada juga suami memberikan duit bulanan kepada isteri untuk diuruskan. Suami begini lebih yakin kepada isterinya berbanding diri sendiri. Bimbang, jika duit di tangan cepat habis dibelanjakan ke tempat lain.
4. Bantu Basuh dan Sidai Pakaian
Dunia sekarang rasanya susah nak jumpa basuh baju pakai tangan. Banyak sudah guna mesin basuh. Membantu isteri basuh dan sidai baju juga satu ciri suami terbaik idaman wanita.,Hanya masukkan baju, tunggu sejam dua dan siap. Kemudian sidai. Basuh baju tidak perlu mengadap mesin basuh sehingga tidak boleh kerja lain. Waktu menunggu boleh buat perkara lain seperti poin seterusnya di bawah.
5. Tolong Memasak Di Dapur
Sementara tunggu baju siap di basuh, boleh tolong isteri memasak. Ada suami dikurniakan bakat pandai memasak. Bonus sangat besar kepada isteri. Namun tidak semua suami pandai memasak. Tak mengapa, masih boleh tolong isteri dengan potong bawang, siang ikan dan potong sayur. Janji dapat tolong isteri di dapur.
.
6. Bantu Basuh Pinggan Selepas Makan
Ada keluarga sudah bahagi tugas. Isteri memasak dan suami basuh pinggan. Bagus cadangan ini supaya dapat hidup dalam suasana harmoni dan bertanggungjawab. Apa salahnya membantu isteri basuh pinggan setelah dia penat memasak di dapur. Masak bukan untuk orang lain tetapi untuk kita juga.
7. Beri Nafkah Zahir dan Batin
Nafkah adalah pemberian wajib daripada suami kepada isteri. Berdosa seorang suami mengabaikan perkara ini. Nafkah zahir seperti duit belanja diri, keperluan pakaian dan tempat tinggal. Sementara nafkah batin seperti memberikan kasih sayang dan ihsan kepada isteri.
8. Bantu Keluarga Sendiri dan Mertua
Ciri suami terbaik berikutnya adalah dapat berkongsi rezeki yang ada. Duit gaji diperuntukkan untuk ibu bapa sendiri setiap bulan. Walaupun sedikit, namun banyak keberkatan bersedekah kepada ibu dan bapa. Lebih baik, jika suami memberikan juga wang belanja kepada keluarga mertua. Niatkan untuk bantu mereka, insya-ALLAH diberkati rezeki kita.
9. Rajin Kemas Rumah & Buang Sampah
Hari-hari ada sampah di rumah. Jika hidup berdua pun sudah banyak, apatah lagi hidup dengan anak-anak yang ramai. Paling kurang sehari satu plastik penuh dengan sampah. Rutin kemas rumah termasuk sapu lantai, cuci kipas dan bilik air. Sebelum keluar kerja, boleh kumpul sampah tadi dan buang. Kerja senang, rumah bersih, isteri tersenyum riang.
10. Bawa Isteri dan Anak-anak Beriadah
Hujung minggu sebaiknya bawa isteri dan anak-anak beriadah. Tidak perlu jauh dari rumah pun, sekadar bawa ke taman pun sudah memadai. Selain menghilangkan stress tempat kerja, boleh mengeratkan hubungan kasih sayang.
11. Temankan Isteri Beli Barang Dapur
Kebanyakan dari suami jika beli barang dapur mesti bawa isteri. Jika datang berseorang mesti ada checklist atau guna aplikasi seperti Google Keep untuk senaraikan barang. Jika bawa isteri untuk membeli barang dapur menjadikan tugasan suami lebih mudah dan tepat. Kita bantu bawa barang sahaja, biar isteri pilih barangan terbaik untuk keluarga. Keluar shopping juga salah satu masa emas untuk bersama pasangan.
12. Tak Minta Duit Isteri Untuk Beli Benda Tak Berfaedah
Kecuali keadaan mendesak, boleh pinjam duit isteri. Tidak bolehnya, jika minta duit isteri dan beli benda tak berfaedah. Anda sendiri tahu perkara apa tidak berfaedah, bukan? Lebih buruk lagi, sudahlah malas bekerja, dimintanya duit isteri dan buat perkara tidak elok.
NANA MAHAZAN Mahu Jadi Isteri Terbaik. 13 Tahun Susah Senang Bersama Suami

Sejak ‘penghijrahannya’ pada Ogos 2021 yang lalu, nama Nana Mahazan mula menjadi perhatian ramai. Pengacara, penyanyi dan bekas pelajar Akademi Fantasia musmi ke-6 ini suatu ketika dulu terkenal dengan imej daring kini berubah secara total. Penampilan yang cukup menyejukkan jiwa!


Walaupun kini tampil sederhana dengan berpakaian longgar mengikut syariat, gaya tudung yang ringkas, solekan tipis tapi Nana tetap nampak fashionable. Cantik sangat!
Selain itu, sejak bertudung rezeki Nana dalam dunia bisnes kian mencurah-curah dengan adanya jenama sendiri iaitu Selauk Nana dan Nana Mahazan Beauty. Percayalah, kalau kita berubah ke arah yang lebih baik secara tak langsung ia turut menjemput rezeki yang tak disangka-sangka.

Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan mendirikan rumahtangga dengan Mohamed Raqeem Brian Abdullah yang berasal dari Sarawak dan berketurunan Cina-India. Mereka bernikah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan sepasang cahayamata, Althea dan Aaqib. Tahun ini masuk tahun ke-13 usia perkahwinan mereka.

Dalam satu posting di akaun Instagramnya, Nana pernah berkongsi ungkapan ringkas buat suami tersayang sebagai menghargai pengorbanannya selama ini.
Tulisnya di ruangan kapsyen:-
“Penguat semangat, walaupun kadang dia pun terbeban ngan kerja dia yg banyak. But tetap la dia sentiasa ada bila diperlukan. Dari pelbagai sudut. Xpernah penat. Dia pernah penat tapi dia buat jugak. Sayangnya dia pada bini dia yg baik lagi menawan.. aderrrr.. i luv u chomby..”
Walau sibuk dengan karier dan bisnes, Nana juga seorang yang mengutamakan keluarga. Nana dilihat rajin ke dapur untuk memasak dan menyediakan hidangan buat yang tersayang. Salah satu menu yang dipelajari oleh Nana dari ibu mentuanya ialah Laksa Sarawak.
Semoga Nana terus istiqamah dan kekal bahagia bersama suami dan anak-anak sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Nana Mahazan