Penat macam mana pun suami, jika isteri masakkan lauk untuk kita dan keluarga, jamahlah sedikit walau tidak banyak. Ambillah hatinya, mungkin dalam setiap apa yang dimasakkan untuk kita itu ada rezeki, doa dan kasih sayang yang tak perlu kita minta.

Ini perkongsian Pak Utih untuk kita hayati bersama pasangan.

Makan Bersama Isteri

Suami yang bekerja di pejabat, dapat menikmati makan tengahari di restoren yang banyak jenis lauk-pauk yang disukai. Dapat kita memilih mengikut selera kita. Malah boleh juga mendapat layanan yang “special” dari pelayan-pelayan restoren pilihan kita itu. Biasanya kita makan bersama-sama dengan rakan sepejabat. Ada juga yang mengajak bersama rakan sepejabat wanita beramai-ramai untuk majlis-majlis tertentu. Maka penuhlah di atas meja makan kita itu dengan lauk-pauk pilihan kita. Kadang-kadang kalau ramai yang datang, kita akan satukan dua-tiga meja sekali. Kita dapat merasakan keseronokan itu.

Ads

Pernah tak kita bayangkan pula bagaimana isteri kita yang full-time house wife tu makan tengahari di rumah. Dia memiliki amat terbatas pilihan untuk tempat makannya dan pilihan lauk-pauknya pula juga amat bergantung pada apa yang dia sendiri masak. Jemu-jemu makan di dapur, dia akan makan mengadap TV dan tak mungkin dia makan di atas katil kita. Maka sendirianlah dia dengan melongokkan nasi dan lauk-pauk ke dalam satu pinggan. Sungguh menjemukan dia. Walau bagaimanapun, dia tetap juga masak lauk-pauk untuk kita pada malam nanti.

Kita pun balik ke rumah dengan sifat kita yang sentiasa sibuk dengan urusan rekreasi, jamaah dan persatuan. Kita tidak sempat menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isteri kita pada hari itu. Malah selepas maghrib, sebaik saja isteri telah menghidangkan makan malam, kita pula bergegas keluar tak sempat nak bersama dengan mereka kerana ada urusan jamaah, persatuan dan masyarakat yang “penting” atau kawan-kawan “calling” ajak mengeteh di luar. Balik tengah malam, kita pun terus masuk tidur dan bangun pagi dengan semangat baru dengan penghidupan baru.

Ads

Kita tidak sentuh pun nasi dan lauk yang isteri kita simpan untuk kita semalam. Yang mana semalamnya, isteri kita melarang anak-anak kita menyentuh lauk kegemaran kita itu kerana bimbang kita balik nanti,…tak ada lauk pula. Bila bangun pagi isteri kita lihat, nasi dan lauk langsung tidak berusik….KECIK HATI DIA.

Apa silap suami?

Ads

Makan bersama di satu meja lelaki dan wanita adalah satu perhormatan sosial yang menggambarkan pasangan yang sedang makan itu sedang menjalin hubungan kasih sayang antara mereka. Malah yang lebih nak menunjuk-nunjuk tu, dengan menyedut straw serentak dalam satu gelas yang sama. Ini menunjukkan mereka sedang berkomunikasi pada umum yang mereka adalah pasangan “ideal” yang sedang bercinta. Dan dengan lain perkataan, wanita ini jangan kacau… aku yang punya.

Begitu juga isteri kita. Makan bersama itu adalah satu penghormatan suami terhadap isteri atas sumbangannya dalam rumah tangganya itu. Seolah-olah kasihnya berbalas. Malah lebih menyeronokkan isteri ialah dia dengar perbualan telefon kita dengan rakan menolak ajakan makan di luar disertai dengan nada megah memberi tahu rakan-rakan kita yang malam itu isteri dah masak untuknya. Malah lebih sangat seronok lagi, bila suami membawa bekal nasi dan lauk ke pejabat yang disediakan oleh isteri pagi-pagi lagi.

Bagi isteri yang kerja pejabat satu bangunan dengan suami , elok dijadikan budaya makan bersama dengannya di kanteen pejabat tu. Ada peristewa seorang suami berbangga kerana tak pernah dalam sejarahnya makan semeja dengan isterinya. Dan malah berbangga kerana ketua jabatannya masih tak kenal siapa isterinya itu…. rupa-rupanya mereka menghadapi masalah komunikasi rumahtangga.

Jadi, berilah penghormatan sosial kepada isteri kita itu. Beritahulah pada umum yang isteri kita itu adalah pasangan ideal kita di dunia dan juga akhirat. Jika hubungan kita dengan isteri tidak se ideal yang kita harapkan.. maka hisablah diri kita akan tingkahlaku kita.. berapa kali kita makan bersama dengannya… berapa kali kita memuji keenakan masakannya.. berapa kali kita pernah berdoa waktu makan bersama-sama dengan nya.. berapa kali kita menyebut “Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka yang panas” bersama-sama mengangkat tangan dengan isteri dan anak-anak kita. …. jika belum banyak,….. maka: “Selamat mencuba”

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI