Perkahwinan yang gah dan mewah bagai sudah menjadi trend dalam masyarakat Melayu masa kini. Malu katanya kalau buat majlis biasa-biasa. Dek kerana perkahwinan yang gah ini, ibu bapa di pihak perempuan mula minta hantaran dalam jumlah yang agak tinggi demi menampung kos perbelanjaan majlis.

Persoalannya, perlukah kita mengadakan majlis perkahwinan di luar kemampuan kita? Meminta hantaran terlalu tinggi hingga membebankan pihak lelaki dan akhirnya hubungan yang dibina terlerai kerana pihak lelaki tidak mampu menunaikan hasrat pihak perempuan. Membujanglah sampai ke tua. Mengapa perlu disusahkan perkara yang mudah? Sedangkan dalam Islam sendiri berpesan supaya mengadakan majlis secara sederhana dan tidak berlebihan.

Masalah yang ada dalam kalangan masyarakat kita adalah terlalu mengikut budaya dan adat. Tengok orang buat majlis perkahwinan yang mewah, kita pun nak juga buat majlis yang mewah. Ukurlah baju di badan sendiri. Kehidupan selepas berkahwin lebih penting berbanding majlis yang hanya berlangsung sehari.

Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Perkahwinan Melayu & Islam. Patutlah Ramai Yang Membujang!
Sumber: Google

Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin di laman Facebook miliknya, kehidupan selepas majlis itu yang memerlukan duit belanja yang banyak. Malah, beliau turut membezakan antara perkahwinan Melayu dan perkahwinan Islam. Jom kita baca perkongsiannya.

Melayu vs Islam Dalam Aturcara Perkahwinan…

Berapa jumlah yang perlu disediakan bagi mereka yang ingin berkahwin pada zaman sekarang? 20k, 30k atau 40k? Dan untuk apa perlu ada jumlah yang sedemikian jika ingin berkahwin?

Jom kita belajar tentang adat Melayu vs Islam dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aturcara perkahwinan…

Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Perkahwinan Melayu & Islam. Patutlah Ramai Yang Membujang!
Sumber: Google

1. Wang Hantaran dan Mas Kahwin

Kadar dan nilai yang perlu diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak wanita…berapa kadar yang sesuai atau perlu diberi?

IKLAN

Melayu – Ikut kelulusan dan pekerjaan si pengantin perempuan…lagi tinggi dia belajar, lagi hebat jawatan yang dipegangnya, maka lagi banyak wang hantaran dan mas kahwin yang ditetapkan oleh pihak perempuan…
Sebab?

Wang hantaran itulah yang akan digunakan keluarga pihak perempuan untuk book katering, khemah, dewan, hotel dan sebagainya…wang hantaran itu yang akan digunakan untuk majlis di sebelah pihak perempuan…dan pihak lelaki yang kena tanggung kehendak dan kemahuan akan bagaimana majlis tu akan berlangsung nanti…

Islam – Kadar mas kahwin adalah mengikut kemampuan pengantin lelaki…dan jika mengikut pesanan Rasulullah s.a.w, sebaik-baik mas kahwin itu adalah yang lebih rendah…

Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Perkahwinan Melayu & Islam. Patutlah Ramai Yang Membujang!
Sumber: Google

2. Majlis Kenduri

Kita lihat majlis perkahwinan sekarang…yang ‘WAJIB’ ada dan yang ‘SELALU’ kita tengok ialah:

IKLAN

Melayu – Door gift (goodies), side dishes (laksa, bihun sup, bubur, cucur, apom balik, aiskrim Malaysia), sudut untuk tangkap gambar (photobooth), bridesmaids, baju seragam adik beradik, PA system, persembahan (silat, kompang, menari) dan sebagainya…

Salah ke…?

Tak salah…tapi kalau semua kos itu diletakkan dalam nilai wang hantaran yang perlu diberikan oleh pihak lelaki, maka ianya akan membebankan si pengantin lelaki…itu semua bukan perkara yang wajib atau perlu ada dalam majlis, tapi ianya sekadar perkara sampingan yang hanya perlu ada sekiranya terlebih kemampuan dan ianya ditanggung oleh pihak pengantin perempuan…

Islam – Majlis yang dinasihatkan untuk diadakan ialah majlis yang mengeluarkan belanja yang sedikit kerana di situ ada keberkatan majlis tersebut…majlis yang sekadar diadakan sebagai tanda bersyukur dan ingin memberitahu kepada orang ramai bahawa mereka telah mendirikan rumah tangga…

Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Perkahwinan Melayu & Islam. Patutlah Ramai Yang Membujang!
Sumber: Reka Teemor

3. Perkara-Perkara Sebelum Perkahwinan

IKLAN

Sekarang photoshoot pra perkahwinan pun dah banyak dibuat…bukan sekadar waktu perkahwinan atau outdoor di hari majlis…tapi seminggu atau sebulan sebelum pun dah ambik gambar merata, siap guna dron lagi…then, majlis bertunang yang gempak dan majlis berinai yang meriah…belum lagi ada golongan yang buat bachelor party ala-ala mat salleh…

Perlu ke semua ni? Well, Tepuk dada tanya kemampuan…kalau mampu, tak salah…kalau berpura-pura mampu tapi takde duit atau duit cukup-cukup makan, maka tak payah…

Buat yang wajib sahaja dan buatlah dengan kadar yang sederhana tanpa perlu mengikut trend semasa…sebenarnya, duit yang dikumpul itu lebih banyak manfaatnya selepas majlis perkahwinan, dan bukan dihabiskan sebelum atau ketika majlis perkahwinan…

Lelaki Ini Kongsi Perbezaan Antara Perkahwinan Melayu & Islam. Patutlah Ramai Yang Membujang!
Sumber: Google

Kehidupan selepas majlis itu yang memerlukan duit belanja yang banyak…

Akhir kalam, semua perkara di atas perlu dipersetujui keluarga dan pihak pengantin…yang menjadi susah untuk dilaksana ialah apabila demand keluarga itu melebihi apa yang pengantin nak buat atau mampu buat…ada org tua yang nak compare dengan jiran, ada orang tua yang malu kalau buat lebih kurang, dan ada pengantin yang nak ikut perkembangan semasa, apa yang orang sekarang buat…

No problem, buatlah macam mana pun, ini sekadar satu pesanan daripada orang yang berpengalaman…

Sumber: Facebook Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI