Zaman sekarang, makin ramai isteri ambil alih tugas membantu suami. Bekerja untuk sama-sama menyara pendapatan keluarga. Lelaki bernama Mizan Dzai ini kongsi, tak kisahlah tinggi mana jawatan & gaji isteri, suami perlu laksanakan tanggungjawab asas ini.

TANGGUNGJAWAB ASAS SUAMI.

Kenalan aku yang dulu terutama zaman nakal dan bujang pasti terkejut sebab aku berkahwin pada usia yang agak awal.

Beranak pinak dan serius berumahtangga adalah jauh dari simpang dengan Mizan Dzai yang dahulu.

Usung perempuan kehulu-kehilir dari zaman sekolah adalah hobi aku sedangkan masa tu hobi anak muda adalah mengumpul setem atau menangkap rama-rama.

Tapi semuanya terletak pada diri sendiri, kalau aku berterusan tidak bertanggungjawab pada diri, macam mana aku nak ada tanggungjawab pada keluarga sendiri nanti?

Pada yang nak berkahwin atau dah pun berkahwin tapi mungkin terlupa asas tanggungjawab dek kesibukan kerja dan menguruskan berumahtangga, kita sama-sama mengingatkan kembali tanggungjawab kita sebagai suami dalam Islam.

Terlupa dan buat-buat lupa itu memang kita, jangan kata orang lain aku sendiri pun sama.

Kita sebagai suami perlu ambil berat tentang perkara ni, kalau isteri kita tidak redha dan tidak ikhlas membeli keperluan diri, keperluan anak-anak dan keperluan rumah atau belanja yang dikeluarkan olehnya maka berdosalah kau wahai si ayah, wahai sang suami.

Ads

Tak kisah tinggi mana jawatan dan pendapatan si isteri, 5 asas ini suami Harus penuhi.

1️⃣ Ubat-ubatan buat isteri.

2️⃣ Alatan kecantikan dan mandian isteri.

3️⃣ Makan minum isteri (minimum sehari 2 kali).

4️⃣ Pakaian atau persalinan isteri (minimum 2 set setahun).

Ads

5️⃣ Rumah yang selesa buat isteri (tak kisah kecik atau besar yang penting digemari atau diredhai isteri).

Janganlah kau sebagai suami memakai barangan mewah tapi bagi barangan yang buruk untuk isteri dan anak-anak.

Kau kemain baju Ralph Lauren sehelai RM400 tapi isteri dan anak pakai baju bundle RM10.00 dapat 3 helai.

Kalau 5 tanggungjawab asas ini pun kau terkial-kial atau tak pernah ambil tahu, jangan gatal kepala nak berbini dua.

Ingat, tanggungjawab suami juga lebih luas dan besar iaitu merangkumi tanggungjawab kepada ibu bapa (terutamanya), kepada masyarakat dan negara.

Ads

Bukan sekadar balik rumah macam bos, nak syok nak sedap je memanjang sedangkan tanggungjawab isteri adalah mengurus suami dan anak-anak sahaja.

Sebab itu, sifat wanita adalah agak halus dan menghalusi sesuatu perkara seperti, tak mudah untuk bohong isteri kerana mereka boleh baca dan hidu segala pergerakkan kau dengan hanya ekor mata sahaja.

Kalau boleh hiduplah berdikari, susah macam mana sekalipun biarlah hanya kau dan isteri sahaja yang tahu. Bergaduh besar mana pun, janganlah mengadu domba pada keluarga.

Cari penyelesaian antara pasangan, air dalam cawan yang kita pegang takkan tumpah melainkan kita sendiri yang cuai dan gopoh mengaduk gula yang belum larut.

Jaga isteri, anak-anak dan keluarga kerana doa seorang isteri dimakbulkan oleh Allah terutamanya isteri yang taat dan solehah kepada suami dan perintah Allah.

Mereka ini yang membawa rezeki, memberi pahala dan yang akan mendoakan kita sebagai suami atau pendiri keluarga.

#SuamiMithali

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI