
Isteri kena terima hakikat, suami ditakdirkan boleh kawin 4. Kalau nak jadi isteri tunggal, kena la jaga suami dengan baik tanpa merungut penat dengan anak-anak, letih dengan kerja, nak urus rumahtangga.
Jaga nafsu suami sebaiknya dan layan macam raja tanpa alasan. Tak payah bagi alasan suruh suami faham, kita yang kena berusaha bagi suami rasa cukup. Nak melawa, tapi kecantikkan kita dilihat oleh lelaki lain. Maka, janganlah melenting kalau suami tertengok perempuan lain. Lawa kita, biarlah suami SAHAJA yang boleh lihat.
Make-up dalam rumah, luar rumah ni cukuplah pakai bedak senipis mungkin. Insyaallah, Allah akan takdirkan suami menunduk pandangan mereka.
Allah menciptakan nafsu suami, sehingga mampu melayan 4 isterinya. Renunglah, bagaimana kita nak melayan nafsu suami yang kekuatannya seperti 4 orang isteri supaya suami tak pandang wanita lain. Itulah pengorbanan kita, yang Allah janjikan syurga, yang boleh kita masuk dari arah pintu mana yang kita mahu.
Ketahuilah, pengorbanan kita sebenarnya masih tak dapat menandingi pengorbanan seorang suami, kita cuma sakit beranak, tak tidur malam bagi susu. Tetapi, suami kena tanggung dosa pahala kita yang andainya kena azab, azabnya sangat siksa, tak layak pun nak dibandingkan kesakitan kita hendak beranak. Neraka bukan tempat persinggahan, tolonglah jangan rasa megah dengan pengorbanan kita di hadapan suami.
Sekadar nasihat, kalaulah suami pandang wanita lain, muhasabahlah apa yang kita terkurang dalam rumahtangga, jangan ungkit pengorbanan kita, tapi cari apa yang kurang pada diri kita. Lagi satu, rumahtangga yang tak jaga hubungan dengan Allah, ketahuilah Allah tak jaga rumahtangga kita. Maka, perbaikilah ibadah kita sebaiknya.
Bagi yang punya suami, yang tidak bertanggungjawab, bersabarlah, banyakkan berdoa dan jagalah hubungan dengan Allah. Moga diberi ganjaran yang lumayan. Demi Allah. Bersabarlah.
Wallahu’alam
Suami Tidak Larat Bekerja, Isterikah Yang Perlu Beri Nafkah Kepada Suami?

KEWAJIPAN penyediaan nafkah untuk isteri dan anak-anak berkuat kuasa di saat seorang lelaki mengambil tugas selaku suami dan sebaik sahaja menjadi bapa kepada anak-anaknya.
Firman Allah dalam Surah at-Talaq, ayat 7 yang bermaksud: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.
“Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah daripada harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak meletakkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”
Dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf…”
Oleh itu, kewajipan itu tetap dipikul suami dan bapa selagi mana orang yang menerima nafkah itu berada di bawah tanggungannya.
Begitu juga dalam penguatkuasaan undang-undang. Sudah diperuntukan mengenai kewajipan menanggung nafkah isteri dan anak-anak di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.
Di dalam Seksyen 61 (Kuasa mahkamah untuk memerintah nafkah bagi seseorang tertentu) “Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang bertanggungan mengenai hal itu mengikut hukum syarak supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tidak upaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuan orang yang pertama itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.”
Manakala di bawah Seksyen 73 (Kewajipan menanggung nafkah anak):
n Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
Kecuali seperti di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah hukum syarak supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
Di dalam kitab al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah oleh Abdullah Rahman al-Jaziri, cetakan Dar Ihya al-Thurath al-arabi, Beirut, Lebanon, juzuk keempat, hal. 592, ada menyebut antara syarat yang menjadikan bapa wajib menanggung nafkah anak-anaknya ialah:
Hendaklah bapa berkemampuan
Hendaklah anak-anak mereka tidak berupaya walaupun dengan pekerjaan yang sesuai dengan mereka
Hendaklah bapa berkemampuan menangung nafkah isterinya dan anak-anak selama satu hari satu malam.
Justeru, bapa hendaklah berusaha lebih keras untuk mencari rezeki sehingga dia mampu membiayai sekurang-kurangnya kifayah ‘adna (keperluan asas) isteri dan anak-anaknya. Sekiranya bapa gagal, pihak ketiga iaitu waris kepada anak atau mana-mana badan kerajaan yang berkaitan perlu membantu memenuhi kadar keperluan asas nafkah anak itu dengan memberi hutang kepada
si bapa dan pembayaran dibuat setelah bapa itu mampu.
Sekiranya bapa hilang upaya dan sakit yang tidak berpotensi untuk sembuh, maka waris anak boleh diperintahkan mahkamah untuk membiayai nafkah anak itu sehingga memenuhi keperluan asasnya.
Jika waris kepada anak itu tidak mampu, hilang upaya atau tidak dapat dikesan, maka pihak kerajaan daripada bahagian baitulmal dan badan yang bertanggungjawab perlu mencukupi keperluan asasnya.
Pentaksiran kadar nafkah atau keperluan asas adalah dengan mengenal pasti keperluan asas isteri dan anak-anak yang boleh dikategorikan sebagai daruriyyat (asas), kemudian mengenal pasti keperluan lain (bukan asas) yang termasuk dalam klasifikasi hajiyyat (kehendak) dan tahsiniyyat.
Isteri dan anak-anak wajar menerima kadar nafkah sama dengan kualiti kehidupan atau sosiekonomi pembiaya dari segi kualiti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Itu adalah maksud kifayah iaitu pengertian kadar nafkah adalah menetapkan satu amaun munasabah dengan melihat kepada status sosioekonomi pihak-pihak.
Misalnya bagi orang berpendapatan rendah, kadar nafkah yang dipertimbangkan adalah dengan melihat keperluan daruriyyat pihak-pihak sahaja, sementara bagi golongan berpendapatan sederhana, keperluan yang diambil kira boleh melibatkan keperluan diperingkat hajiyyat, sementara bagi golongan berpendapatan tinggi, keperluan sampingan yang termasuk dalam perkara tahsiniyyat.
Bagi situasi di atas, isteri tidak diwajibkan untuk menanggung dan memberi nafkah kepada suami.
Bagaimanapun, sekiranya isteri tiada masalah dan reda serta sanggup bersabar, tiada halangan jika dia bekerja lebih keras untuk menanggung semua keperluan rumah tangga termasuk suami.
Namun, jika tidak mampu lagi bersabar atau keperluan asas yang jelas tidak mencukupi, isteri mempunyai ruang untuk mendapatkan nafkah mencukupi dari pihak waris suami dan ia menjadi hutang yang perlu dilunaskan suami apabila berkemampuan kelak.
Ajak Pasangan Bersenam TANDA Caring & Loving. Bila Sihat, Barulah BAHAGIA Sama-Sama!

Tahukah anda, sikap saling memberi motivasi agar bersenam dan mengeluarkan peluh boleh mengeratkan lagi hubungan cinta antara suami isteri? Apatah lagi jika senaman dilakukan bersama-sama, Sekaligus dapat memberi pengalaman baharu sambil mengenali pasangan dengan lebih rapat lagi.
Lebih mengujakan, bersenam dengan pasangan tidak memerlukan kamar khas, cukup dengan sebuah ruang terbuka dan selesa untuk bernafas bersama!
Banyak kelebihan yang boleh dikongsi sewaktu anda dan pasangan bersenam. Pada awalnya, mungkin terdapat sedikit perbezaan terhadap tahap kecergasan masing-masing tapi itu bukanlah halangan. Banyak lagi alasan untuk mencuba aktiviti ini bersama-sama.
(1) Keselamatan
Apabila pasangan anda melihat setiap gerak langkah senaman yang dilakukan, keselamatan akan lebih terjamin berbanding melakukannya berseorangan diri. Siapa lagi yang lebih khuatir akan keselamatan anda daripada dirinya, bukan?
(2) Masa Berkualiti
Anda berdua dapat meluangkan lebih masa bersama selepas penat bekerja. Daripada bersenam di gimnasium seorang diri, aturkan waktu senaman yang sesuai dengan masa anda berdua. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat mencapai sasaran kecergasan, bahkan tidak mengorbankan satu-satunya masa dengan si dia.
(3) Minat Yang Serupa
Letakkan senaman dalam senarai minat dan hobi yang dikongsi bersama. Jadikan ia sebagai aktiviti unik yang menyeronokkan.
(4) Motivasi & Sokongan
Pasangan anda merupakan pemberi galakan yang terbaik. Ini menjadikan anda lebih konsisten dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
(5) Keintiman
Senaman mengeluarkan sejenis kimia di dalam otak yang mencetuskan perasaan gembira, mengurangkan stres serta merangsang libido. Beberapa kajian menunjukkan bahawa lelaki dan wanita yang kerap bersenam mempunyai kesihatan seks yang amat baik.
(6) Respek & Harga Diri
Mengambil berat tentang tubuh dan kesihatan anda menunjukkan betapa anda mahu memberi yang terbaik kepada mereka. Bukan sahaja menyerahkan hati dan perasaan, malah seluruh diri anda untuk dirinya.
(7) Keseimbangan
Golongan wanita lazimnya menggemari senaman kardio manakala lelaki pula menggemari latihan kekuatan. Dengan menggabungkan kedua-duanya, anda dan pasangan dapat menikmati semua kebaikan. Kecapi pengalaman kecergasan baru bersama-sama.
Jenis-Jenis Senaman
(i) Berdansa
Sambil memutarkan lagu-lagu kegemaran, gerakkan kaki dan ayunkan pinggul anda dengan pasangan tercinta. Antara senaman berbentuk tarian yang menyeronokkan adalah Zumba, diinspirasikan dari Latin dengan gerak langkah seksi untuk membakar kalori berlebihan. Selain itu, anda berdua juga boleh mencuba tarian salsa, ballroom atau hip-hop.
(ii) Aktiviti Luar
Bagi segelintir pasangan, aktiviti luar dapat mengeratkan lagi hubungan yang semakin renggang. Nikmati kesegaran udara dan panahan mentari dengan berbasikal, sama ada mengayuhnya di tengah bandar atau sekadar di taman tasik. Sambil melihat pemandangan, aktiviti ini juga akan menguatkan stamina anda berdua. Aktiviti lain seperti mendaki, merentas hutan, berkhemah atau paragliding.
(iii) Aktiviti Menenangkan
Menggunakan pendekatan Zen untuk kecergasan, aktiviti yoga yang dilakukan dengan pasangan dapat membakar kalori, menguatkan dalaman, mengurangkan stres dan meninggalkan mood yang baik. Pengamal yoga juga dikatakan cenderung makan lebih seimbang dan menyihatkan. Aktiviti lain yang sesuai ialah pilates, berkayak dan berenang.
Allah Beri Jodoh Yang Kita ‘PERLU’, Bukan Yang Kita ‘MAHU’

Jodoh, ajal, pertemuan semuanya Allah telah susun yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hambanya hanya perlu berdoa dan tidak putus asa dengan apa yang terjadi. Tidak dinafikan, kadang kala susah untuk kita menerima takdir. Tapi percayalah, itulah yang terbaik yang Allah telah susunkan untuk kita.
Kalau betul dia jodoh anda, Allah pasti akan gerakkan hati kedua-duanya untuk bersama kembali. Nama pun kalau dah ‘jodoh’ berpisah macam mana pun kalau Allah dah tentukan dialah orangnya, maka itulah orangnya. Ini 10 tanda dia akan menjadi jodohmu!
1. Berasa Selesa
Antara tanda dia jodoh kita boleh dirasa dari segi perasaan selesa yg kita alami. Contohnya, adakah kita selalu rasa tenang bila bertemu dengannya? Tak serabut kepala or rasa tertekan. Jika ye, mungkin kerana adanya keserasian!
2. Dia Memahami Kita
Jika dia adalah pasangan kita yang telah ditentukan di Luh Mahfuz, sudah tentu si dia itu sangat boleh membaca minda dan gerak hati kita. Bila korang murung je, dia orang pertama yang detect dan akan tenangkan kita.
3. Jujur dan Real
Jika anda perasan, selalunya orang yg jujur dgn kita akan selalu menjadi dirinya sendiri. Dia TAK PERLU JADI FAKE utk menyenangkan hati kita. Jika pasangan anda ada sifat asli ni, mungkin ia adalah tanda seseorang itu jodoh kita.
4. Sudah Bersedia untuk Menggalas Tanggungjawab
Satu tanda dia jodoh kita adalah tanpa berlengah, dia sudi untuk membawa kita bertemu dengan ibu, bapa dan adik beradiknya yang lain. Sebab dia dah nampak masa depan kita bersama dia.
5. Sanggup Berkorban
Adakah pasangan kita selalu menunjukkan sifat membantu atau sanggup berkorban untuk kita? Jika dia sanggup buat perkara yg menyentuh hati, sudah terbukti ada rasa sayang dan ikhlas dlm hatinya untuk kita – itulah tanda jodoh!
6. Selesa Meluahkan Masalah Tanpa Rasa Dihakimi
Percaya atau tak, ada sesetengah orang mampu utk membuatkan kita rasa teragak-agak utk berkongsi masalah dengannya. Namun, jika anda tak berasa sebegitu dgn pasangan anda, ia adalah petunjuk yg bagus.
7. Gaduh sekejap-kejap
Dah pasti, dlm setiap perhubungan, ada pasang surutnya. Gaduh tu pasti. Jika anda perasan yg si dia tu sifatnya susah marah dan cepat sejuk, maka dia sememangnya calon yg sesuai dan yg anda tunggu2 selama ni – ia jodoh dari Allah.
8. Dia Ambil Berat Akan Anda
Ya, ada setengah orang mungkin menyayangi kita, tapi dia betul ambil berat tentang kita ke? Jika seseorang itu mmg jodoh kita, dia akan selalu tanya khabar, ingin tahu keadaan semasa kita, dan sudi luangkan masa dgn kita.
9. Rasa Percaya yang Kuat
Lagi tanda dia jodoh kita adalah ada rasa percaya yg kuat antara kita dan dirinya. Jika anda selalu tertanya adakah dia curang di belakang kita, tu adalah tanda yg belum ada rasa percaya yg kuat, dan itu boleh jadi isyarat yg tak baik.
10. Hubungan Terjadi Tanpa Dipaksa
Jika anda perasan yang hubungan anda dan pasangan berlaku secara sendiri atau rasa sayang itu hadir tanpa dibuat-buat, maka mungkin ini adalah tanda seseorang itu jodoh kita!
Kredit : awantona