Peranan sebagai seorang ibu adalah bersifat monumental dan amat menggalakkan. Bukan sahaja dia berhadapan dengan kegembiran dan kesukaran mengandung dan melahirkan anak, malahan dia mendedikasikan seluruh hidupnya untuk memupuk dan menjaga anak-anaknya.

Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk membesarkan dan mendidik mereka untuk sentiasa jujur dan menjadi manusia yang beramal soleh. Dia memasak, membasuh, memupuk dan mendidik, juga dia bertanggungjawab keatas kerohanian mereka, emosi dan juga kesihatan fizikal dan kesejahteraan.

Peranan seorang ibu tidak berakhir apabila anaknya membesar dan memulakan kehidupan sendiri. Ia akan terus berjalan dan berjalan dan terus mempengaruhi anak-anak dan cucu-cucunya. Pada hari ini, dimana peranan seorang ibu semakin menjadi lemah di setiap penjuru dunia, wanita perlu belajar memanfaatkan kekuatan mereka, mencontohi wanita yang hebat seperti Maryam ini, ibu kepada Nabi Isa AS.

Lelaki Kuat, Belakangnya Mesti Ada Wanita Yang Hebat

Siapakah wanita dibelakang lelaki yang hebat?

Seorang lagi wanita yang berjaya membesarkan seorang lelaki yang hebat meskipun penuh dengan rintangan dan kepayahan adalah Assiya. Dia lebih diingati sebagai isteri kepada Firaun; namun wanita hebat ini adalah ibu angkat kepada Nabi Musa AS. Seperti juga Maryam, ibu kepada Nabi Isa, Assiya adalah wanita pilihan Allah SWT untuk memelihara seorang anak kecil yang akan membesar menjadi nabi kepada Allah.

Apakah kualiti yang ada pada Assiya yang membolehkan dia menyokong dan mempengaruhi Nabi Musa? Sekali lagi, ianya adalah kepercayaan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Sebagai isteri kepada lelaki paling berkuasa dan sombong di seluruh Mesir, Assiya dikelilingi dengan kemewahan, kekayaan dan kecantikan namun dia masih mampu memahami bahawa tanpa Allah, manusia akan sesat tanpa petunjuk dan tidak lengkap.

“Ramai lelaki telah mencapai tahap kesempurnaan, namun tiada seorangpun wanita yang mencapai tahap sedemikian kecuali Maryam, anak Imran dan Assiya, isteri Firaun.” (Sahih Al-Bukhari)

Apabila ibu kandung nabi Musa dipaksa oleh keadaan untuk meletakkan bayi kecilnya yang baru lahir dalam bakul dan mengapungkan dia di sungai Nil, hatinya hampir hancur luluh dan tidak dapat diubati. Tetapi Allah adalah sebaik-baiknya perancang. Pembantu Assiya mengeluarkan Nabi Musa dari sungai dan menyampaikan bekas kecil itu kepada isteri Firaun. Assiya, berbeza dengan suaminya yang sombong dan bongkak, adalah seorang yang benar, dan penyayang.

Ads

Allah membukakan hatinya, dan Assiya melihat ke arah bayi kecil itu dan merasa dikuasi oleh rasa kasih sayang akan dia. Dia meminta kepada suaminya untuk menerima bayi tersebut ke dalam keluarga mereka.

Lelaki Kuat, Belakangnya Mesti Ada Wanita Yang Hebat

Dan berkatalah isteri Firaun: “(Dia) adalah penyejuk mata bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia menjadi anak angkat,” sedang mereka tidak menyedari.(al-Quran 28:9)

Sekali lagi, al-Quran menceritakan sedikit sahaja tentang Assiya dan juga mengenai hubungannya dengan anak angkatnya, Nabi Musa. Walaubagaimanapun, sebagai seorang wanita yang beriman, dia pastinya telah memberi banyak pengaruh yang mendalam keatas anak angkatnya itu. Nabi Musa, adalah seorang yang berterus terang dan berani menyuarakan pandangannya, dan mempertahankan golongan yang lebih lemah dalam masyarakat. Setiap kali dia melihat kekejaman dan penindasan, dia sendiri merasa mustahil untuk menghentikan dirinya daripada campur tangan.

Akhirnya, Firaun mendapat tahu bahawa isterinya secara diam-diam menyembah Tuhan kepada nabi Musa. Dia merasa geram dan amat marah sekali. Firaun mengugut pada masa sama memujuk isterinya Assiya, tetapi hatinya milik Allah saja.

Ads

Firaun menawarkan kepada isterinya pilihan, untuk menerima dia (Firaun) sebagai tuhan atau terus menyembah Tuhan kepada Musa dan diseksa sehingga mati. Assiya memilih penyeksaan dan kematian dan disaat-saat akhir hidupnya, dalam penuh kesakitan dapat didengar dia memanggil nama Allah.

“Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim” (al-Quran 66:11)

Sebagai penjaga utama dan juga pendidik, si ibu memegang banyak tanggungjawab yang berat. Tanggungjawab yang terutama adalah dalam mengajar anak-anak yang diamanahkan kepadanya oleh Allah.

Ads

Ibulah yang pertama sekali mengajarkan anak-anak dalam mengenali dan mengasihi Allah. Cara terbaik adalah mengajar mereka melalui kisah-kisah teladan dimana mereka dapat berinteraksi dengan persekitaran mereka, dan dalam proses yang sama mempelajari amalan-amalan yang baik di dalamnya.

Sebagai ibu, kedua-dua Maryam dan Assiya telah mendidik anak-anak lelaki dalam jagaan mereka untuk memiliki kepercayaan penuh kepada Allah Yang Satu.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (al-Quran 30:21)

Perasaan cinta dan kasih sayang yang tertanam dalam hati anda adalah satu cara yang indah untuk menggambarkan hubungan yang tenang antara seorang lelaki dan seorang wanita.

Perkahwinan adalah satu ikatan suci, sesuatu yang dilakukan bukan sekadar antara seorang lelaki dan seorang wanita, namun antara satu pasangan dengan Allah SWT. Ianya adalah hubungan di mana hak dan tanggungjawab amat jelas dan tujuannya adalah untuk menyenangkan Allah dengan berusaha mendapatkan tempat di Syurga,

Seperti mana seorang ibu mampu memberi pengaruh yang besar keatas anak-anaknya, isteri-isteri juga dapat mempengaruhi golongan suami mereka. Wanita yang hebat, wanita yang mengasihi Allah di atas segala-galanya adalah satu rahmat dan suami mereka kebiasaannya menjadi lelaki yang hebat kerana menerima sokongan padu daripada isteri-isteri mereka.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI