Bercinta sudah, berkasih sudah. Nak berkahwin pula bukan hanya berdasarkan cinta semata-mata. Duit hanyalah sebahagian daripada agenda perkahwinan tetapi yang penting adalah lelaki sanggup memberi komitmen untuk bergelar suami. Perlu komited untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga.

 

Tak susah nak kahwin, tetapi yang menjadi susahnya bila niat nak kahwin tu hanyalah semata-mata untuk menghalalkan hubungan. Kononnnya boleh bermesra-mesraan tanpa batasan. Apa kata niat tu kita ubah kepada niat untuk menjalankan ibadah kepada Allah…Lillahitaala. Kan lebih manis.

 

Apa sahaja yang kita lakukan dalam perkahwinan itu adalah berpandukan kepada apa yang diajarkan dalam Islam. Pernah tak kita terfikir kenapa bila dah kahwin, pasangan suami isteri hilang rasa malu bermesra di khalayak ramai. Bercium, berpeluk sakan macam tak ada hari esok. Bermesra tu tak salah tetapi kalau berlebihan, boleh mendatangkan pahala pula.

 

Belum masuk cerita suami isteri yang kononnya nak nampak sporting. Niat berkahwin tu dari awal lagi dah ada celanya. Tanpa segan silu, buat tarian suami isteri lalu ditayangkan di media sosial. Allahuakbar. Malu!

 

IKLAN

Jadi, pilihlah bakal suami yang bersedia bukan hanya dari segi kewangan tetapi dari segi tanggungjawab dan toleransinya terhadap keluarga yang bakal di bina. Seperti coretan ini, anda nilailah sendiri kebenarannya…

 

Kalau kita nak memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Maka pilihlah dia yang paling bersungguh nak menghalalkan kita. Effort dia untuk ke next step tu ada. Kita nampak semua usaha dia. Baik jumpa mak ayah, buat kerja lebih masa dan sebagainya. Bukan hanya dia pandai cakap I love You tapi lembu pun boleh terbang. Nak kahwin tapi persiapan masih zero.

 

Dah datang berjumpa mak ayah tapi masih lagi tak bersungguh nak berkahwin. Sekarang bukan lagi satu kepastian kalau seseorang tu dah datang berjumpa kedua mak ayah kita. Dia akan berkahwin dengan kita. Dia ikhlas nak dekat kita.

IKLAN

 

Kerana hanya akad yang indah menjadi bukti cinta sebenar. Perasaan cinta dan sayang saja masih tak cukup. Cinta tak boleh menghilangkan rasa lapar disaat kamu kelaparan. Apatah lagi ketika kau tengah kebuluran sebab tak makan.

 

Kita bukan hidup dalam alam fantasi, atau hidup dalam novel cinta yang penuh dengan rekaan. Sedarilah kita berdiri pada bumi yang nyata.

IKLAN

 

Dan satu lagi.

Nak pilih dia jadi pasangan hidup kita. Biar dia sayang kita lebih dari kita sayangkan dia. Sebab itu adalah tanda dia ikhlas mahu hidup berdua dengan kita. Tapi kalau kita ni dah tak lagi diperlukan. Menghargai tapi dihargai. Better angkat kaki je. Kenapa kita nak menghargai seseorang yang tak menghargai kita? Move on. Usah terus berharap pada hati yang dah tak sudi menerima kita.

 

Betul tak?

Kredit: @jentikhati

Kredit foto: Sweetpictures KL

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI