Lelaki hari ni memang dia nak girlfriend yang cun, pandai bergaya tapi sejauh mana dia nak jadikan perempuan itu sebagai suri hatinya. Adakah dia yakin dengan wanita tersebut mampu menjadi isteri dan ibu buat anak-anaknya kelak. Itulah yang difikirkan oleh seorang yang bernama lelaki. Ini 5 perkara yang perempuan kena tahu mengenai lelaki supaya korang tak tersilap fikir pasal diri mereka.
1. Mahu ‘awek’ cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan
Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.
2. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang
Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.
3. Tanya soalan yang sama
“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.
4. Walau Sibuk, Masih Ingat Pada Isteri atau Kekasih
Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.
5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak
Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya. Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri sendiri tidak penting. Asalkan ‘family happy’, mereka pun ‘happy’.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI