Lelaki biasanya memulakan langkah untuk memikat wanita. Tetapi ada juga lelaki yang pemalu. Dalam hati kata mahu.. tapi tiada tindakan yang dilakukan untuk wanita yang diminatinya.. jadi.. nah.. kami kongsikan beberapa tips kepada wanita untuk anada memikat lelaki yang pemalu ini.

1. Sensitif

Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

2. Bersikap Comel Dan Manis

Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.

IKLAN

Lelaki Pemalu Adalah Yang Paling Limited!
.

3. Bersikap Ramah

Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.

IKLAN

4. Jangan Gelojoh

Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.

IKLAN

Lelaki Pemalu Adalah Yang Paling Limited!
.

5. Kenali Si Dia

Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.

Gambar sekadar hiasan

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI