Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap. Lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal perasaan malu apabila berdepan dengan seorang gadis atau wanita buat pertama kali.

Agak sukar untuk berjumpa dengan lelaki pemalu pada zaman sekarang. Namun, jika anda mempunyai rakan atau kekasih pilihan dan anda tidak tahu bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu sepertinya.

Lelaki PEMALU Ni Sangat Limited Untuk Buat Suami

Jom, kenali ciri-ciri lelaki pemalu

1.Sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara

Melakukan ‘eye contact’ ketika berbicara merupakan satu trik untuk memikat hati pasangan anda. Tapi bagi lelaki pemalu, mereka akan sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara dengan anda. Lelaki pemalu memang suka untuk memandang wanita yang mereka suka tetapi dengan cepat akan mengalihkan kembali pandangannya ke tempat lain.

2. Sibuk dengan diri sendiri dan tidak dapat duduk diam

IKLAN

Lelaki pemalu akan sering kali menyentuh rambutnya, menggaru-garu wajah, bermain dengan jari atau menjadi gugup ketika anda berada dekat dengannya, itu menandakan dia adalah lelaki pemalu dan ingin kelihatan sempurna di depan anda. Lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka.

3. Gugup atau tergagap ketika berbicara

Anda perlu bersabar dengan lelaki pemalu kerana mereka biasanya akan berasa gugup apabila berdepan dengan anda. Kadang kala soalan yang ringkas pun akan membuatkan dia tergagap untuk membalasnya.

4. Lebih selesa berkomunikasi menggunakan media sosial

Disebabkan lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka dan gugup ketika berbicara, mereka lebih selesa untuk berkomunikasi menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter ataupun chat online. Jika anda mendapati lelaki pemalu ini sering menegur anda di media sosial, ada kemungkinan mereka menaruh hati terhadap anda.

IKLAN

5. Sangat sensitif dengan sentuhan

Sentuhan biasa seperti memegang bahu atau tersentuh lengan dari seseorang yang mereka sukai akan menimbulkan kesan terkejut yang cukup besar seperti tubuhnya tersentak atau cepat-cepat mejauhkan diri dari anda. Ini adalah disebabkan oleh kesan elektrik yang mengalir dalam tubuh lelaki pemalu saat tangannya tersentuh dengan tangan anda. Jadi, bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu?Lelaki PEMALU Ni Sangat Limited Untuk Buat Suami

6 Tips Pikat Lelaki Pemalu

1. Bersikap Comel Dan Manis
Apa kata, jika anda cuba latih diri anda untuk bersikap secomel mungkin. Anda juga perlulah bersikap pura-pura malu walaupun pada hakikatnya anda bukanlah seorang yang pemalu. Berikan hadiah comel seperti coklat atau buku kepada lelaki pemalu dan berikan senyuman manis kepadanya. Percayalah, taktik ini sangat berkesan untuk memikat si lelaki pemalu.

IKLAN

2. Jangan bersikap gelojoh
Ingat bahawa lelaki pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka. Jangan jadikan langkah pertama anda gagal di situ shaja. Bijaklah mengawal setiap butir bicara anda.

3. Berilah pujian kepada lelaki pemalu
Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, begitu juga lelaki yang mengharapkan pujaan hati mereka sentiasa memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah seperti memuji bajunya atau rambutnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki.

4. Bersikap kelakar
Apabila anda cuba untuk memikat si lelaki pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang dapat menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.

5. Gunakan cara non-verbal
Anda boleh meluahkan perasaan anda menggunakan sms, video call, email, ataupun melalui Facebook serta video YouTube. Cara ni dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Apabila anda berjaya berbuat begitu, pasti si lelaki pemalu kagum dengan keberanian anda.

6.Memulakan perbicaraan mengenai topik umum

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu berbicara mengenai topik umum. Topik umum biasanya tidak akan menjadikan anda berdua kekok untuk bebicara. Bertanya juga tentang hobi mereka, pasti mereka akan galak berbicara.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI