pexels-photo-2292932

Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang romantik. Seseorang yang boleh menjaganya- seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Sebab itulah jika dilihat pada wayang dan kaca tv, ramai penerbit dan produser berlumba-lumba untuk membuat cerita tentang lelaki romantik. Tapi berapa ramai lelaki di luar sana yang betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap wanita? Di sini kami berikan idea untuk anda menjadi lelaki yang lebih romantik dan menyayangi wanita.

Lelaki Romantik Lebih Diingati Walaupun Selepas Ditinggalkan

#1 Peka dengan tarikh-tarikh penting
Kebiasannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila ‘set’kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.

#2 Berikan kejutan untuk si dia
Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya.

#3 Selalu memberi pujian
Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Mesti si dia cair!

#4 Berikan layanan istimewa
Tidak salah sekiranya anda memberikan layanan istimewa kepada si dia seperti membuka pintu kereta sewaktu menghantar si dia pulang.

#5 Pujuklah si dia ketika si dia merajuk
Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.

IKLAN

#6 Berpimpin tangan ketika berjalan
Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda

#7 Membawa si dia ke tempat-tempat yang romantik
Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian. Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.

#8 Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap
Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

IKLAN
Lelaki Romantik Lebih Diingati Walaupun Selepas Ditinggalkan

#9 Berikan senyuman manis dan menggoda
Seperti lelaki, wanita juga mudah cair apabila melihat senyuman yang paling manis daripada anda. Cuba berikan senyuman yang manis dan menggoda. Pasti si dia tidak dapat melupakan senyuman anda itu.

#10 Memakai pakaian yang sedondon
Biasanya, kita akan lihat sesebuah keluarga itu berpakaian sedondong menjelang hari raya. Namun, idea ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tidak semestinya perlu memakai corak yang sama. Cukup jika memakai warna yang sama. Barulah orang pandang nampak sweet bila anda berdua berjalan bersama.

#11 Ucapkan sayang dan cinta kepada si dia
Si lelaki memang berat mulut untuk mengucapkan lafaz cinta dan rindu kepada wanita. Ini biasanya disebabkan ego mereka yang tinggi. Apa salahnya ucapkan kata-kata cinta dan rindu setiap hari kepada si dia. Kata-kata cinta anda dapat membuatkan hati si dia berbunga-bunga.

IKLAN

#12 Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation
Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

#13 Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut
Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik – sayang, baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

Lelaki Romantik Lebih Diingati Walaupun Selepas Ditinggalkan

#14 Jadilah penyokong setia di belakang
Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

#15 Fahami dan peka dengan perasaan si dia
Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

#16 Jadilah pendengar yang baik dan setia
Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI