Lelaki ‘Sengkek’ Penyebab Ramai Tak Kahwin

Share

Masalah kewangan yang dialami kaum lelaki merupakan antara sebab yang mendorong kepada kemerosotan kadar perkahwinan di Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan dari Journal of Marriage and Family, data diambil antara tahun 2007 hingga 2012 dan dari 2013 hingga 2017 sebagai statistik bagi Kajian Komuniti Amerika.

Pengkaji mengkaji faktor kemerosotan perkahwinan dan membandingkan profil ekonomi kedua-dua gender bagi mencari perbezaannya.

Hasil kajian menunjukkan, calon suami ideal mempunyai pendapatan 58 peratus lebih tinggi berbanding pendapatan lelaki sebenar yang tidak berkahwin.

“Kebanyakan wanita mengimpikan untuk berkahwin tetapi berdepan kekurangan calon lelaki yang boleh dikahwini iaitu lelaki memiliki pekerjaan dan pendapatan stabil terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang menawarkan kerja dengan gaji rendah.

“Perkahwinan hari ini masih lagi berdasarkan cinta tetapi transaksi ekonomi juga sama pentingnya. Ramai lelaki muda hampir tidak mempunyai tawaran menarik untuk perkahwinan, terutama ketika tahap pendidikan wanita secara purata kini lebih tinggi daripada pasangan mereka,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Daniel Lichter.

Apa lagi agaknya alasan orang tak kahwin?

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : era.je

IKLAN