Hubungan

Lelaki Soleh Ialah Lelaki Yang Mengimpikan Syurga & Ingin Membawa Kita Bersamanya

Share

Ciri pertama yang perlu ada pada seorang lelaki adalah memiliki hubungan yang baik dengan Allah SWT. Hal ini dapat dilihat dari segi amal ibadahnya kepada Allah…

Setiap wanita mendambakan lelaki yang soleh dalam dijadikan teman hidup mereka. Mereka mengimpikan seorang lelaki yang bagus akhlaknya terhadap Allah SWT dan taat perintah-Nya. Selain itu, tutur kata yang sopan dan sedap mata memandang juga merupakan ciri-ciri yang dicari oleh wanita. Namun adakah setiap kriteria yang diinginkan itu mudah untuk diperoleh?

Malah tidak dinafikan juga ada sesetengah wanita tidak meletakkan ciri-ciri seperti yang di atas dalam mencari pasangan hidup. Mereka merasakan memiliki insan seperti itu terlalu sempurna untuk mereka. Lebih baik cari yang biasa-biasa sahaja.

Lelaki Soleh :

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang menjaga pandangan matanya agar tidak tergoda dgn nafsu,
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Yang mengimpikan Syurga dan ingin membawa kita bersamanya,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat..

“Jika datang (melamar anak gadismu) seorang lelaki yang engkau redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak gadismu itu). Jika tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah dan kerusakan di muka bumi.” (HR. At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan lain-lain)

IKLAN