
Ada orang lelaki bila masuk perihal kahwin sebab berkenan dengan perempuan cantik. Ada juga lelaki yang tidak memilih rupa paras seseorang wanita dan lebih mementingkan hati budi seseorang. Cinta itu buta, ye tak?
Namun, siapa sangka wanita berisi boleh memberi pasangan mereka berkali ganda kebahagiaan berbanding wanita yang kurus.
(sekadar gambar hiasan)
Ini adalah berdasarkan satu kajian oleh sekumpulan saintis yang merungkai perkara ini.
Kajian oleh Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Maroles dari Jabatan Psikologi Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM) telah membuktikan bahawa wanita gemuk lebih membahagiakan.
Menurut kajian, lelaki berkahwin dengan wanita badan berisi akan tersenyum lebih dan lebih rasional apabila berurusan dengan apa-apa masalah berbanding lelaki yang berkahwin dengan wanita kurus.
“Wanita kurus cenderung menjadi pendiam, tidak peramah dan kurang pandai meluahkan perasaan mereka. Wanita gemuk pula lebih yakin.”
Kajian itu juga menunjukkan bahawa wanita gemuk lebih baik dalam memenuhi keperluan dan keinginan pasangan mereka.
Sumber: Yourtango
Tip Pilih Kain Samping, Barulah Lengkap Bila Pakai Baju Melayu

Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.
Sumber: Omar Ali
Soalan Versi Baru Untuk Bakal Suami, Taklah Asyik Tanya “Sayang Saya Tak?”

Ketua Keluarga Tu Sendiri Malas Solat, Macam Mana Jadi Suami Ni?

Suami adalah pemimpin keluarga tapi bagaimana pula jika pemimpin yang diharap ini lalai pada agama. Bagaimana cara untuk menyayangi suami sebegini?
Tangani Suami Lalai Agama dan Marah Anak, Ini Nasihat Isteri Dr. Zakir Naik
Demikian soalan yang ditujukan kepada Farhat Naik isteri kepada pendakwah terkenal Dr.Zakir Naik, menerusi sesi soal jawab dalam program Power Talk Mingguan Wanita yang berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf.
Menjawab persoalan itu kata Farhat sekiranya suami tidak mempraktiskan Islam isteri seharusnya terus menyayangi suami dan mencari cara untuk membimbingnya.
” Dalam hal ini kasih sayang adalah cara paling berkesan. Biasanya apa yang isteri buat jika mahukan sesuatu daripada suami? Isteri selalunya akan gembirakan hati suami. Dia akan beri layanan yang baik.
“Demikian juga dalam hal ini. Limpahkan kasih sayang dan layanan yang baik untuk suami. Pada masa yang sama isteri sendiri tunjukkan contoh.
“Isteri perlu praktikkan ajaran Islam di rumah walaupun suami tidak melakukannya. Biar dia lihat dan menghayatinya.
“Kemudian cairkan hati suami dengan kasih sayang dan juga layanan seorang isteri. Iringi usaha ini dengan berdoa kepada Allah SWT agar suami berubah. Insya-Allah,” ujarnya sambil mengingatkan bahawa suami tetap menjadi pemimpin keluarga bukannya isteri dan mereka tidak menyukai isteri yang dominan.
Isu Marah Anak Ibu Berkerjaya
Dalam pada itu beliau turut menjawab satu lagi persoalan menarik tentang cara elak memarahi anak, yakni situasi yang selalu dialami muslimah berkerjaya rentetan tekanan kerja dan kepenatan menguruskan rumah tangga.
“Seorang ibu akan marah bila anak melakukan perkara yang tidak disukai atau tidak seiring dengan kehendaknya. “Daripada marah yakni sesuatu yang tidak disukai Allah atau memukulnya, adalah lebih baik seorang ibu itu mendoakan anaknya. “Setiap kali anak berbuat sesuatu yang tidak disukai hingga menyebabkan kemarahan, maka terus berdoa agar anak menjadi insan yang baik.
“Jangan memukul, memarahi menyebarkan kata-kata sebaliknya terapkan ucapan positif melalui doa. “Doa ibu adalah senjata ampuh,”ungkap Farhat Naik yang juga terlibat dengan dakwah khususnya kalangan wanita.
Cabaran Jadi Isteri Dr. Zakir Naik
Tidak ketinggalan dalam sesi itu, Farhat turut diajukan cabaran menjadi isteri kepada pendakwah terkenal Dr. Zakir naik. “Pelbagai cabaran, kesulitan dan tekanan yang terpaksa ditempuhi, namun dengan rahmat Allah SWT setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya,” kata Farhat.
Menurutnya setiap hari beliau berdepan rintangan dan kesulitan, tetapi sentiasa memanjatkan kesyukuran kerana Allah SWT sentiasa mempermudah urusannya.
Mengakui bukan mudah bergelar isteri kepada pakar perbandingan agama itu, Farhat bagaimanapun berpuas hati dengan cabaran dan kesulitan yang dihadapinya itu.
“Setiap hari kami akan berdepan cabaran. Alhamdulillah, Allah SWT memilih kami, ia merupakan satu rahmat. “Kerana setiap hari kita akan berdepan masalah, tetapi percayalah setiap masalah itu akan ada jalan penyelesaiannya dengan rahmat Allah SWT,” katanya.
Sebelum sesi soal jawab itu, Farhat terlebih dahulu menyampaikan ceramah bertajuk Muslimah Ideal yang berlangsung sejam dihadiri kira-kira 500 audiens.
Turut diadakan sesi bersama dua orang anak perempuannya, Zikra Naik yang menyampaikan ceramah berkenaan ibu bapa dan Rushda Naik yang memperdengarkan bacaan al-Quran.
Kebolehan anak-anak Farhat menyampaikan ceramah dan bacaan al-Quran ternyata memukau hadirin yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, termasuk remaja.