Terlalu banyak kes bekas suami mengabaikan nafkah anak. Alasannya, kewangan tak stabil lepas berkahwin baru dan paling sedih bila bekas suami gunakan alasan ‘lupa’. Apa hak bekas isteri untuk tuntut hak anak? Ini yang anda patut tahu.
Melalui perkongsian Norashikin Mohd Rusli, perkiraan nafkah untuk anak-anak perlu dibuat dengan penuh perincian. Setiap perbelanjaan anak-anak diambil kira secara keseluruhan.
Ikutkan zaman sekarang, perbelanjaan untuk persekolahan pun boleh mencecah ratusan ringgit sebulan. Belum termasuk sambutan keraian di sekolah yang memerlukan ibu bapa membekalkan makanan dan persiapan dari segi pakaian bertema. Itu semua termasuk dalam perbelanjaan.
NAFKAH
Ayah berkira nafkah anak?
Buat tuntutan nafkah anak di mahkamah syariah segera.
Nafkah anak ni termasuk makan minum, tempat tinggal, persekolahan dan pakaian anak sebab itu sememangnya keperluan anak.
Anak 3 orang? Buat kiraan keperluan setiap anak tersebut.
Masukkan perincian untuk keperluan setiap bulan.
Barang basah,
Belanja sekolah,
Van sekolah,
Kelengkapan peribadi,
Tuisyen,
Tempat tinggal,
Dan lain-lain ikut pada keperluan anak. Kalau anak kecil masukkan susu dan Pampers.
Setiap anak mungkin tidak sama keperluannya, yang sorang sekolah menengah, sorang sekolah rendah, sorang baby. Setiap seorang tak sama, jadi masukkan perincian tersebut supaya detail. Asingkan setiap anak. 3 orang anak, jadi 3 perincian.
Tempat tinggal pula bagaimana nak kira sebab ibu duduk sekali. Ok begini kiraannya.
Jika rumah tersebut sewa rm600 sebulan bahagikan ikut kepala. Anak 3 orang dan ibu 1 orang. Jumlah 4 orang.
Rm600 ÷ 4 orang = rm150/kepala. Mudah kan kiraan? Tu belum lagi bil utiliti.
3 orang anak yang bersekolah bagi sebulan rm300 langsung tak munasabah. Ayah tak mampu? Ayah sihat tubuh badan bukan sakit terlantar yang tak mampu bekerja lebih kuat.
Nasihat saya untuk ibu pada situasi begini, buat tuntutan nafkah anak segera di mahkamah syariah!!!!!!
Kerana apa? Dapatkan perintah mahkamah segera supaya boleh tuntut sebagai hutang kemudian hari. Sebelumnya ada perintah, jika ayah tak beri nafkah anak tidak boleh claim sebagai hutang ya. Please take noted para ibu.
P/s :: bekerja lah lebih kuat untuk anak2 yang sedang membesar. Kelak anak2 akan lebih menghargai pengorbanan ayah.
Sekian.
Edit : masukkan juga dalam tuntutan, nafkah tahunan. Persekolahan dan perayaan Aidilfitri. Ikut pada keperluan persiapan untuk anak2.
Kredit : Norashikin Mohd Rusli
Group : Tuntutan Nafkah Anak
Sebelum pandemik, ramai yang buat majlis perkahwinan gah sampai berhutang sana sini. Bukan nak sangat majlis gemilang tetapi dek kerana nak tutup mulut orang, sanggup pula kita menanggung hutang. Kalau buat simpanan sejak bujang tak apa, sekurang-kurangnya dapat back up sikit duit untuk majlis.
Yang sedihnya, bila masa bujang tu kita sibuk habiskan duit entah untuk apa. Bila nak kahwin barulah nak buat simpanan. Masa tu dah susah sikit sebab komitmen lain pun dah menggunung.
Nak menyimpan duit satu cabaran yang semua orang susah nak buat. Betul. Sebab masa nak menyimpan tu macam-macam yang kita fikirkan. Cukup ke nak bagi pada mak ayah, cukup tak nak makan minum sebulan paling tak boleh terima bila kita takut duit kita tak cukup untuk shopping!
Antara cukup, tak cukup dengan cukup-cukup, kita selalu takut dengan istilah tak cukup. Tetapi apabila telah mula menyimpan, kita dapat rasa kesusahan itu pada awal-awal je. Along the way, kita bersyukur kerana di saat kita betul-betul perlukan duit, semuanya dah ada di tangan. Waktu kecemasan ni memang kita tak jangka. Kereta rosak, mak ayah sakit atau kita sendiri yang sakit. Macam-macam!
Perkongsian Rahsia Kahwin Muda ni boleh jadikan satu iktibar untuk anda.
PERLU KE ADA SIMPANAN KAHWIN UNTUK YG SINGLE?
==========================================
Dari dulu aku pernah disiplinkan diri untuk ada simpanan kahwin. Setiap bulan aku masukan dalam simpanan akaun kahwin konon kalau ada jodoh terus boleh masuk meminang. Hampir 5 tahun aku menyimpan duit dalam simpanan akaun kahwin dan tiba jumlah yahg aku simpan terlalu banyak.
Dari situ akan mula ada perasaan “Rugi kalau guna duit ni untuk kahwin”. Hang susah penat cari duit sorang, kumpul duit sorang-sorang dan hang nak berikan duit yang hang kumpul selama ni untuk orang yang baru kenal dan ajak kahwin. Duit hang, hang boleh beli apa yang hang nak, hang boleh enjoy dulu dengan duit yang hang ada.
Dari situ akan timbul perasaan macam tak adil jaa hang simpan duit selama ni semata-mata duit hantaran. Dan sekarang ni hang akan paham, kadang-kadang kita tak perlu nak susahkan diri untuk susah sorang diri untuk simpan duit kahwin atau sediakan semua benda sorang-sorang.
Pendapat akulah , best lah bakal wife hang sebab dia tak perlu tunggu lama, tak perlu nak tahu macam mana susahnya hang menyimpan selama ni. Dan tiba-tiba dah ada duit terus boleh kahwin? Perempuan mana yang tak nak kan?
Tapi ingat, Kahwin ni bukan semua benda kita perlu sediakan sorang2. Tapi hahwin ni adalah percarian dan kongsi semuanya tentang hidup dengan pasangan dari mula. Dari sebelum kahwin lagi hang kena biasakan benda ni. Kahwin ni adalah tanggungjawab bersama.
Susah senang bersama dari mula itulah yang akan menguji kemanisan dalam rumah tangga hang nanti. Memang kita ni lelaki kena sediakan everything, tapi lagi indah jika perkahwinan itu dapat dilakukan bersama. Takkan taknak susah langsung, Kalau dia terima hang sebab hang dah sediakan semua, tak mustahil bila hang kehilangan semuanya, dia akan pergi tinggalkan hang.
Nak kahwin memang best. Tapi lagi best kalau sejak dari awal lagi kita dah mula buat simpanan masa depan. Jangan tunggu sampai dah ada planning kahwin baru nak menyimpan. Masa single tu lagi banyak benda yang boleh buatkan kita berdisplin nak saving. Cubalah!
Kata orang, bila berbudi pada tanah akan dapat hasilnya. Memang itulah yang patut kita lakukan. Sejak PKP bermula, ramai yang menjadikan aktiviti bercucuk-tanam ini sebagai hobi malah ada yang menjadi peniaga kecil-kecilan dengan hasil tanaman yang ada. Dapat jual sikit-sikit pada jiran pun boleh dapat juga duit sikit untuk belanja harian.
Sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerja. Bila sebut je pasal bercucuk-tanam, alasan yang biasa kita dengar, “bukan tangan sejuk. Jadi susah nak dapat hasil.” Betul tak? Sebenarnya, tangan sejuk atau panas tak jadi masalah asalkan rajin.
Masa yang ada ketika berkurung di rumah ni bolehlah digunakan untuk melakukan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan. Jom kita baca macam mana Puan Nur Zaliana tanam terung dengan hanya menggunakan biji benih dari kedai Ecoshop sahaja! Selepas tujuh bulan, hasil tanaman terung ini masih mengeluarkan bauh yang lebat.
************************************************************************
Benih terung kedai ECO sudah 7bulan usia pohonnya masih keluarkan hasil. Alhamdulillah.
Tip yang digunakan untuk tanam terung:
1. Cara saya jaga kawasan kena lah sentiasa bersih.
2. Baja buangan sisa dapur seperti kulit bawang, air cucian beras, air cucian ikan dan mol kompos kulit pisang, baja tinja ayam proses.
3. Saya ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk gembur dan merumput serta membaja untuk elakkan serangga lalat buah.
4. Saya juga tanam serai wangi, serai masak dan ada juga tanam kunyit. Siraman air satu hari sekali tapi bila hujan, saya tak siram.
5. Pruning daun waktu buah rancak berbuah.
6. Untuk kawalan serangga itu sendiri, saya guna cili padi-bahan kisar seperti bawang putih,minyak masak. Tapis dan sembur pada bawah daun-daun, time berbunga lebat saya goncang-goncangkan. Tips ini saya ikut Tuan (Nur Amirul Nur Azmi) supaya buah lekat.
7. Ada yang tanya tak pakai baja biji (NPK/UREA) ke? Jawapan saya setakat ini Tiada. Seronok tanam terung produktif berperingkat dengan kata lain tak pernah putus,pokok tahan lama,dan yang paling penting boleh berkongsi dengan jiran-jiran.
Kata orang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Masa perintah berkurung inilah kita gunakan untuk memulakan aktiviti baharu. Selain mendapat hasil, boleh juga mengurangkan stres bila tengok pepohon hijau. Kalau tak boleh jaga pokok manja, boleh juga tanam pokok hiasan yang tidak memerlukan perhatian. Selamat mencuba!
Terujanya bila kita nak bagi hadiah pada orang, lebih-lebih lagi pada pasangan. Tapi setiap pemberian itu ada maknanya yang tersendiri. Kalau orang yang bakal menerima hadiah itu adalah seseorang yang dekat dengan kita seperti kekasih kita misalnya, makna tersirat perlulah sesuai dengan dirinya.
Jom kita lihat apakah makna pemberian hadiah-hadiah ini:
Bunga
Selalu sangat bunga menjadi hadiah paling mudah untuk difikirkan. Ada macam-macam jenis bunga dan pelbagai warna. Bunga juga menunjukkan penghargaan dalam bentuk romantik.
Namun hakikatnya, pemberian bunga tidak tahan lama. Ia pasti akan kering dan layu. Takut juga sekiranya percintaan anda dan pasangan akan layu dan mati bersama bunga-bunga itu.
Minyak wangi
Siapa yang tak suka minyak wangi. Selain keharumannya yang menarik perhatian, minyak wangi juga nampak lebih eksklusif terutamanya apabila ia dijadikan hadiah buat yang tersayang. Harumah itu akan membuat si pemberi rasa dekat dengan si pemakai.
Malah, si pemberi juga melihat anda sebagai wanita yang mempunyai pesona dan tarikan sensual tersendiri. Dia juga menganggap anda sebagai seseorang yang berpesonaliti menarik. Cuba pilih yang INI.
Bingkai gambar
Jika memberi bingkai gambar, jelas sudah maksudnya adalah agar anda meletakkan gambar anda untuk ditatap. Bila terasa rindu, terasa dekat sahaja pasangan di sisi lebih-lebih lagi apabila terpisah jauh. Jangan pula anda letakkan gambar orang lain!
Coklat
Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia dan gembira semanis cintamu. Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.
Telefon
Bertuah sungguh siapa yang menerima telefon sebagai hadiah pemberian. Dahlah berharga, banyak kegunaanya pula. Tapi, bila dapat hadiah ni, faham-fahamlah kerana si dia mahu kita sentiasa berhubung dengannya. Dan mereka juga mudah bosan apabila anda tiada di sisi. Cuba klik SINI untuk lihat keluaran terkini.
Patung beruang
Comel! Untuk sesetengah orang, patung beruang nampak kebudak-budakan tetapi buat anda yang suka benda-benda comel. Inilah hadiah terbaik. Lebih romantis, apabila tertera perkataan ‘I Love You’ di dada beruang. Alahai….rasa disayangi sangat!
Tudung
Agar tricky sikit. Sekiranya penerima tudung tidak berhijab, si dia sebenarnya memberi hint untuk anda memakai tudung. Dia juga mahu anda kelihatan manis dengan pemberiannya.
Novel atau buku
Ini satu petanda halus yang anda perlu kenalpasti. Apakah jenis buku yang disampaikan kepada anda. Andai anda menerima hadiah ini, fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda. Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relak.’
Cincin atau barang kemas
Kekasih yang memberikan hadiah begini sangat menyayangi dan menghargai anda. Si dia juga rasa amat bertuah kerana dapat bersama anda dan serius dalam perhubungan. Mereka akan membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius.