Melahirkan seorang anak merupakan pengorbanan paling besar buat wanita yang bernama ibu. Pengorbanan mereka tidak akan dapat kita balas dengan kata-kata. Sakitnya bersalin itu hanya mereka sahaja yang tahu.

Namun, apa tanggungjawab anda sebagai seorang bapa? adakah anda sudah menjalankan tanggungjawab anda kepada isteri sepenuhnya? Bagi lelaki yang bergelar bapa, anda perlu tahu apa yang perlu anda lakukan selepas isteri anda bersalin. Jangan lepas tangan dan berharap kepada ibu/ ibu mentua anda sahaja. Sila hadam perkara ini :

Lepas Isteri Bersalin Suami Wajib Jaga, Jangan Lepas Tangan

1. Buang air besar dan kecil akan jadi sangat sakit. Lepas bersalin bahagian perineum akan menjadi sangat sensitif.

2. Isteri mungkin akan buasir tapi jangan risau, lama-lama ianya akan pulih kembali dan baik. Pastikan isteri makan makanan yang membantu sistem penghadaman.

3. Nak perut isteri kurus dan kempis balik bukan magic. Memanglah baby dah keluar. Tapi tetap akan ambil masa, insyaAllah dalam 5-6 minggu untuk kembali asal.

4. Rambut memang akan gugur, rumah akan ada banyak rambut isteri berguguran. Kesan dari hormon estrogen yang turun mendadak. Dalam masa setahun akan pulih. Tolonglah sapu rambut tu, jangan biar je.

Ads

5. Yes. Berpantang memanglah macam biasa. Tapi jangan melampau sangat sampai air kosong pun tak bagi minum. Hati-hati, dan banyak dapatkan nasihat doktor.

6. Baby Blues boleh berlaku lepas bersalin. Faham-faham je, hormon yang tak stabil akan buat emosi pun tak stabil. Tapi kalau berlarutan lama sangat, kena dapatkan nasihat doktor takut jadi Post Partum Depression.

Lepas Isteri Bersalin Suami Wajib Jaga, Jangan Lepas Tangan

7. Luka bersalin (koyakan) memang tak dinafikan dasyat tapi kena ingat juga luka emosi dan dalaman jiwa isteri juga perlukan rawatan dan sokongan yang berterusan.

Ads

8. Otot bahagian abdomen isteri memang akan melonggar. Ambil masa untuk kuat kembali. Nanti sokong isteri dalam usaha menguatkan otot setelah 3 bulan selepas bersalin. Boleh tanya doktor, senaman yang sesuai.

9. Jangan marah isteri kalau nampak sedikit berisi berbanding sebelum ini. Lemak yang ada akan digunakan sebagai simpanan tenaga untuk penyusuan. Ambil masa untuk kembali ke bentuk asal, setelah 9 bulan mengandung. Jangan push untuk kurus. Beri motivasi serta sokongan.

10. Jika isteri anda bersalin melalui kaedah caesarean, pasti akan mengalami masalah sukar untuk bergerak pada mulanya akibat luka yang sakit.Tapi jangan sampai larang isteri untuk tidak bergerak langsung. Bergerak itu penting, bagi memastikan pengaliran darah yang baik.

Ads

 

 

 

 

 

Kredit: Najmi Nawawi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI