Indahnya alam perkahwinan ni ada banyak. Tapi yang paling best untuk dikongsikan bersama adalah apabila suami kita sendiri menjadi imam dalam setiap waktu solat. Ada yang kata mustahil tapi sekurang-kurangnya keistimewaan itu dapat juga dinikmati ketika ada kelapangan.

 

Lepas solat, keindahannya tak habis di situ sahaja. Pasangan suami isteri boleh duduk bersama dan berdoa secara berjemaah. Jika ada masa untuk solat bersama ahli keluarga lain, berdoalah secara berjemaah.

 

Seperti yang dikongsikan di laman Instagram Ustaz Azhar Idrus, inilah kelebihan berdoa selepas solat.

 

*************************************************

Disunatkan ke atas imam dan makmum dan yang solat sendirian berdoa selepas dari berzikir setiap kali selesai solat fardu dengan sepakat sekelian ulamak.

Berkata Imam Nawawi :

IKLAN

قَدْ ذَكَرْنَا اسْتِحْبَابَ الذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ لِلْإِمَامِ وَالْمَأْمُومِ وَالْمُنْفَرِدِ وَهُوَ مُسْتَحَبٌّ عَقِبَ كُلِّ الصَّلَوَاتِ بِلَا خلاف

Artinya : “Sungguhnya kami telah sebutkan disunatkan berzikir dan berdoa bagi imam dan makmum dan yang solat sedirian. Dan berzikir dan berdoa ini disunatkan selesai setiap solat fardu tanpa khilaf.” (Kitab Al-Majmu’)

Dan berdoa secara berjemaah yaitu seorang seperti imam membaca doa dan makmum mengaminkan bersama-sama dan ia lebih hampir kepada dimakbulkan doa.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

ﻓﻘﺪ ﺫﻫﺐ ﺟﻤﻬﻮﺭ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﺇﻟﻰ ﻣﺸﺮﻭﻋﻴﺔ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﻲ ﺩﺑﺮ ﺍﻟﻤﻜﺘﻮﺑﺎﺕ ﻭﻫﻮ ﻣﺬﻫﺐ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻴﺔ ﻭﺍﻟﺤﻨﺎﺑﻠﺔ ﻭﻫﻮ ﻗﻮﻝ ﻓﻲ ﻣﺬﻫﺐ ﺍﻟﺤﻨﻔﻴﺔ ﻭﺍﻟﻤﺎﻟﻜﻴﺔ

IKLAN

Artinya : “Maka sungguhnya jumhur ulamak berjalan kepada disyariatkan berdoa secara berjemaah pada setiap selesai solat lima waktu. Ialah mazhab Syafir dan Hanbali dan satu pendapat pada mazhab Hanafi dan Maliki.”

Telah diriwayatkan daripada Habib bin Maslamah Al-Fihri ra. Berkata :

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا يجتمع قوم مسلمون يدعـو بعضهـم ويؤمـن بعضهـم إلا استجاب الله دعاءهم

Artinya : “Aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda : Tidaklah berkumpul satu kaum orang Islam yang berdoa olih sebahagian mereka dan mengaminkannya olih sebahagian dari mereka melainkan Allah akan memperkenankan doa mereka itu.” (Hadith riwayat At-Tabarani & Al-Hakim)

Setengah fuqahak berkata bahawa hadith Habib bin Maslamah ini menjadi dalil disunatkan berdoa secara berjemaah samada selepas solat berjemaah atau pada pertemuan orang ramai yang lain.

IKLAN

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. secara marfu’ :
ﺍﻟﺪﺍﻋﻲ ﻭﺍﻟﻤﺆﻣﻦ ﺷﺮﻳﻜﺎﻥ ﻓﻲ ﺍﻷﺟﺮ، ﻭﺍﻟﻘﺎﺭﻯﺀ ﻭﺍﻟﻤﺴﺘﻤﻊ ﻓﻲ ﺍﻷﺟﺮ ﺷﺮﻳﻜﺎﻥ ﻭﺍﻟﻌﺎﻟﻢ ﻭﺍﻟﻤﺘﻌﻠﻢ ﻓﻲ ﺍﻷﺟﺮ ﺷﺮﻳﻜﺎﻥ
Artinya : “Yang berdoa dan yang mengaminkannya berkongsi keduanya pada pahalanya. Dan pembaca Quran dan pendengarnya berkongsi keduanya pada pahalanya dan orang alim serta yang belajar itu berkongsi keduanya pada pahala.” (Riwayat Imam Ibnu Kathir)
Dan disunatkan imam berhadap kepada makmum ketika berdoa itu tetapi harus dia berdoa mengadap ke arah lainnya.

Berkata Imam Nawawi :
وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُقْبِلَ عَلَى النَّاسِ فَيَدْعُوَ
Artinya : “Dan disunatkan imam mengadap ke arah makmum dan berdoa.” (Kitab Al-Majmu’)
Dan antara hikmah berdoa olih imam dan mengaminkan olih makmum itu ialah membangkitkan rasa rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Berkata Imam An-Nafrawi :
الِاجْتِمَاعُ فِيهِ يُورِثُ الِاجْتِهَادَ فِيهِ وَالنَّشَاطَ
Artinya : “Berjemaah pada berdoa itu mendatangkan kesungguhan padanya dan rasa rajin.” (Kitab Al-Fawaqih Ad-Dawani)

Dan jika imam dan makmum masing-masing berdoa secara sendirian maka hukumnya adalah harus tidak menjadi sebarang kesalahan.

wallahua’lam

Kredit: Instagram Ustaz Azhar Idrus Official

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI