Lubuk pahala seorang isteri yang kita perlu ambil kira, jangan alpa lepas kahwin ya sis.

Luasnya Lubuk Pahala Seorang Wanita Bergelar Isteri

1. Jangan ungkit kebaikan yang kita berikan kepada suami & anak2 kita.
2. Jangan halang suami kita untuk buat baik pada mak ayahnya kerana itu tanggungjawabnya.
3. Taati suami selagi mana ia tidak bertentangan dgn syarak.
4. Berlumba2 melakukan kebaikan kepada suami dan keluarga.
5. Tunaikan hak-hak suami krn walaupun kita sebagai wanita sering tuntut hak kita dari suami, kita lupa nasihat saidatina Aisyah kpd wanita2

“ Wahai wanita(isteri-isteri) , jika kamu tahu (sebetul-betul) Hak-hak suamimu keatasmu, nescaya kamu akan membersihakn debu dikakinya(suamimu) dgn menggunakan pipimu”

IKLAN

Saya amati kata2 ini, sungguh besar dan mendalam nasihat Saidatina Aisyah ni kepada kita para wanita/isteri.

6. Tanggungjawab isteri kepada suami tidak gugur meskipun suami tidak menjalankan perintah Allah. Sebab perintah mentaati suami dtg dari Allah, bukan dari suami.
7. Suami yang tidak menjalankan amanahnya akan brdosa dan disoal dihadapan Allah. Kita yang tidak mentaati suami juga akan berdosa dan disoal dihadapan Allah.
8. Ada dosa2 kita lakukan tanpa sedar, cth; selalunya kita sebagai isteri selalu minta suami memujuk kita bila hati kita terguris. Tapi kita lupa, suami juga manusia biasa yang juga akan terguris hatinya kita juga perlu minta maaf. Rasa berdosa dgt, sbb kadang-kadang saya tak hiraukan yang ini.
9. Saya baru tahu sebenarnya Isteri yang tidur tanpa kebenaran suami yg pada ketika itu suaminya berkehendak keatasnya dibenci oleh Allah dan Malaikat.
10. Menjaga Amanah suami kita, seperti masak masakan jangan berlebihan, tidak membenarkan org yg tidak disukai oleh suami kita masuk kedalam rumah, menjaga harta suami.
11. Bersolek untuk suami juga merupakan hak suami keatas kita sebagai isteri. Perkara ni pun saya banyak dosa, sebab saya bersolek lebih cantik bila keluar dari rumah utk kelihatan cantik pd mata org lain, tapi bila dgn suami saya biasa2 je.
12. Suami boleh merotan sedikit kaki kita, kalau kita enggan bersolek utuk suami kita, ini pun saya baru tahu
13. Sesuatu yang telah menjadi uruf itu tidak salah dlm Islam, sepertimana suami belikan bahan makanan dan isteri memasak utk suami dan anak2, atau suami bantu membantu kita masak didapur. Memasak utk keluarga ni sebenarnya menambah rasa kasih syg seorg suami dan anak2 kepada isteri/ibu. Masakan ibu la katakan. Saya suka memasak untuk keluarga saya.
14. Saya selalu fikir, menyenangkan hati suami tu bila dalam bilik je, tpi hakikatnya menyenangkan hati suami tu luas maksudnya.
15. Mendidik anak2 adalah tanggungjawab bersama.
16. Bagaimana kita sebagai isteri nk dapat pahala jihad sepetimana suami kita berjihad diluar kalau kita kat rumah hanya layan FB, duduk rehat sahaja, atau tidak mentaati Allah, suami dan menjaga amanah suami kita.

Sebenarnya kalau difikirkan kita sebagai isteri/wanita yang lebih sukar utk mencari pahala yang konsisten jika nak dibandingkan dgn perkara2 dan perintah2 yang Allah telah susunkan utk lelaki/suami yang mana walaupun banyak tapi telah tersedia pahala utk mereka. Lebih general/fleksibel sebenarnya lebih sukar utk kita cari pahala sebab kadang-kadang tak tahu nk buat yang mana satu.

IKLAN

4 perkara Rasulullah kata yang mana kalau wanita buat, boleh memasuki Syurga dari mana2 pintu;
1. solat fardhu 5 waktu
2. berpuasa di bulan Ramadhan
3. menjaga kehormatan diri
4. mentaati perintah suami

Walaupun hanya 4 jika nak dibandingkan dgn lelaki. Saya selalu tanya pda diri saya;

IKLAN

-Sempurnakah solat 5 waktu aku? (dari sudut bacaan dan perbuatan, menjaga hadas, selepas haid..dll)
-Sempurnakah puasa Ramadan aku? (ganti puasa selalu lambat, last2 minit)
-Sempurnakah aku menjaga kehormatan diriku? (dari aspek pakaian memelihara aurat, menjaga mulut, anggota badan, akhlak, menjaga kehormatan sebagai anak, isteri dan umat Islam)
-Sudahkah aku menjadi isteri yang solehah utk suamiku (tanggungjawab yang sgt besar bagi aku)

Kalau rasa semua tidak sempurna, perkara yang menambah pahala kita lagi ialah dengan berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan pada keluarga.

SUMBER : IIUMC

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI