Bermacam-macam alasan yang kita dengar mengapa sesebuah perselisihan faham itu boleh berlaku. Bayangkan disebabkan sikap dan rutin harian yang berbeza boleh menjadi punca pergaduhan. Pelik tapi inilah kenyataan dan ragam berumahtangga yang terpaksa dijalani oleh setiap pasangan.

Bukan ingin menyokong sebelah pihak, tetapi tidak dinafikan kaum wanita juga mempunyai banyak kekurangan namun sesetengah kaum lelaki semakin culas dalam bab berumahtangga sehingga sewenangnya meletakkan tanggungjawab yang terlalu berat keatas wanita.

Lunaslah Tanggungjawab Sebagai Suami, Supaya Tidak Dipersoal Kelak
Kredit: CST Production

Wanita Seperti Ketua Keluarga

Jika dilihat di dalam Islam, tanggungjawab menjaga anak-anak dan isteri diletakkan ke atas suami dimana mereka wajib menyediakan tempat tinggal, menyediakan makanan, pakaian dan ubat-ubatan bagi meneruskan kehidupan.

IKLAN

Malahan suami juga diwajibkan memberi nafkah kepada isteri untuk membeli barang peribadi si isteri, tidak termasuk barang keperluan keluarga.

Namun apa yang menyedihkan, ramai para suami mengambil kesempatan dengan sikap kasihan dan toleransi si isteri sehingga ada yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Sampaikan barang keperluan asas pun tidak disediakan secukupnya sehingga isteri terpaksa keluar bekerja bagi menanggung anak-anak dan keluarga.

IKLAN

Memang benar, kos sara hidup kini sangat tinggi sehinggakan untuk mempunyai anak ramai terpaksa berfikir banyak kali. Ekoran dari itu juga ramai isteri yang terpanggil untuk sama-sama bekerja bagi menampung kos sara hidup bersama suami tercinta.

Lunaslah Tanggungjawab Sebagai Suami, Supaya Tidak Dipersoal Kelak

IKLAN

Namun sayang, banyak suami yang mengambil kesempatan dengan membiarkan isteri sendiri menanggung semua kos-kos seperti keperluan anak-anak, makanan harian malah bil-bil rumah juga ditanggung isteri.

Belum lagi tanggungjawab menjaga anak yang rata-rata dilepaskan kepada si isteri. Jangan terkejut sekiranya berjumpa seorang bapa yang sekali pun tidak pernah membasuh berak anak mahupun membasuh pinggan di dapur.

Sudahlah disuruh mencari duit, dilayan seperti orang gaji, sampai bila stigma ini akan berakhir? Dan bilalah kaum lelaki akan mula mengalas tanggungjawab mereka dengan baik dan mengikut ajaran agama?

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI