
Apakah tips untuk kita menjadi isteri dan ibu yang tenang walaupun dihimpit dengan pelbagai amanah dan tanggungjawab?
1. Banyakkan Istighfar kepada ALLAH.
Istighfar mendekatkan diri kita kepada ALLAH, menghilangkan resah-gelisah dan hati kita dididik agar sentiasa ikhlas kerana ALLAH.
2. Mulakan hari anda dengan Solat Tahajjud dan al-Quran.
Saat air mata seorang isteri mengalir mencurah-curah memohon kekuatan dari ALLAH di sepertiga malam akhir, ALLAH pasti tidak akan mensia-siakan doa isteri tersebut InsyaALLAH.
Pohonlah kekuatan dari ALLAH, hati akan lebih tenang dan kuat untuk berjuang meneruskan hidup insyaALLAH.
3. Bahagikan masa dengan baik.
Kenalpasti prioriti, yang mana tugas yang lebih penting dan perlu dilakukan segera.
Sediakan masa untuk bermesra dengan anak-anak kerana sebagai ibu, kita juga adalah madrasah buat anak-anak.
Semoga Ramadhan ini membuka lembaran baru buat diri kita sebagai isteri dan ibu..Amin.
Penulisan Ummu Salamah Arief An-Nasry
Anak Itu Rezeki Tapi Cubalah Jarakkan Tempohnya, Untuk Kebaikan.

Ada mak-mak yang ambil berat pasal mengandung, malah tak kurang juga yang bersikap sambil lewa apabila membincangkan isu merancang kehamilan.
Katanya, tak apalah kalau Allah nak bagi. Tetapi seeloknya biarlah usaha dulu tubuh badan cukup sihat. Dan kalau ikutkan saranan WHO pun, tahap kesihatan wanita untuk kembali hamil setelah melahirkan anak adalah 2 tahun.
.
Kenapa? Sebab bila mak-mak menjarakkan kehamilan selama 2 tahun, luka bersalin atau pembedahan sudah sembuh sepenuhnya. Tetapi kalau ada yang naik tahu lebih mengenai perancangan kehamilan, jemput baca perkongsian ilmu yang dipetik dari Program Tanyalah Ustazah oleh Pegawai Farmasi Rabihah Abdul Rashid ini..
Islam sangat mementingkan perancangan dan strategi, apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini. Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dpt tahu pregnant lagi, rasa gembira nk sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa2
Waktu terbaik hamil: usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam.
Seeloknya Jarakkan Dua Tahun
.
Sebaik-baiknya jarak 2 tahun mcm dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat clear dari Allah. Kalau tak penting tak ada la sebut dalam Quran kan. Dalam 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina suggests lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++.
Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden (boleh Google). Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “hm kami nk tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.
.
“Anak itu rezeki, jadi kita tak patut tolak rezeki (tak patut merancang)?”
Mengandung Itu Rezeki Dari Allah Tapi…
Rezeki anak itu ada dengan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya.
Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah. Dr.Harlina suggests juga pengantin baru utk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak.
Supaya boleh saling kenal hati budi dalam keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak leh gostan dah. Hihi. Tapi ni depends la pada kehendak masing-masing.
.
Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yang belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Last-last kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya. Pil perancang memang untuk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna utk orang yg nak berzina (teringat masa kat Australia asyik dispense pil perancang je. Kadang-kadang kena kaunsel utk morning after pill. Pengalaman yang menarik.
Allah marah orang membunuh anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membvnuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang: bukan “saya tak nak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”
Kesimpulannya,
Tanya diri
Tanya keluarga (suami)
Tanya doktor
Kredit : Rabihah Abdul Rashid
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Saat Berjauhan, Ada Isteri Yang Sentiasa Sujud Agar Suami Tidak Melupainya

Bermula dari alam percintaan sehinggalah anda berhasrat untuk berkahwin, ada yang dipermudahkan ada juga yang diuji dengan pelbagai dugaan. Tidak semuanya mudah melainkan anda memang benar-benar buat persediaan dari awal. Apa pun hubungan yang halal itu memang mencabar, tapi cabaran itulah yang membuatkan ia manis untuk dikenang nanti. Ikuti kata-kata semangat dari Mizan Dzai ini khas untuk anda yang pernah rasa down tatkala lalui alam perkahwinan.
Bila dikenang balik masa mula-mula perjalanan kita bina rumahtangga dulu, macam-macam yang kita dah hadapi. Susahnya nak kumpul duit nak sediakan itu dan ini untuk buat majlis kahwin.
Itu belum lagi nak hadap cabaran dan kerasnya hidup pada awal-awal kehidupan berumahtangga. Ada suami sampai buat 2-3 kerja sehari sebab nak kumpul duit hantaran.Ada suami kerja siang malam bantai semua shift sebab nak overtime.
Ada isteri yang orang tuanya tak berkenan sebab pasangan pelajaran tak tinggi dan berlatarbelakangkan keluarga yang bercerai berai. Ada isteri yang orang tuanya tak restu sebab taraf ekonomi pasangan dan kerja yang tidak sekufu.
Ada suami yang zaman bercinta dan bertunangnya diuji dengan kesetiaan dan kejujuran.Ada isteri yang dah putus asa sebab asyik ditipu dan dikecewakan oleh pasangan. Ada suami yang ralit dok mengira duit syiling buat minyak dia dan makan isteri sampai tak perasan isteri menitik air mata mengintai di celah pintu.
Ada isteri yang menangis sujud berdoa siang malam agar suami tak melupakan dia dan anak-anak saat kerja berjauhan. Ada suami menjerit meraung atas motor dan dalam kereta sebab tak ada duit nak beli susu, tak ada duit nak beli barang dapur dan ubat anak-anak. Ada isteri yang menahan rasa meminta-minta dari suami sebab hanya dia tahu bagaimana kewangan keluarga.
Sabarlah. Allah tahu.
Jaga hubungan dengan Allah. Kalau waktu susah pun kita tak ingat pada Dia, mana mungkin waktu senang kita tak lupakan Dia? Teruskan bertahan walau apa pun cabaran dan dugaan hidup berumahtangga ini selagi kita mampu. Dan ingatlah baik suami mahupun isteri, hubungan yang halal akan mula bermasalah saat kita mengejar yang haram.
Pertemuan Di Moscow Akhirnya Menyatukan Pasangan Ini

Foto: Pretty Peektures (@prettypeektures)
Perkenalan selama tiga tahun ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Moscow, Russia dalam bidang perubatan menyatukan pasangan Muhammad Hanif Zamri dan Alia Zafira Zaferi.
“Kami bertemu pada pertengahan tahun 2014, pada musim bunga. Ketika itu, saya berusia 19 tahun dan Hanif 23 tahun. Saya sedang berada dalam tahun pertama, semester kedua, dia pula sedang dalam tahun kelima, semester ke-10. Hanif merupakan kapten pasukan frisbee yang mewakili universiti kami. Hanif pertama kali mengajak saya untuk menyokong pasukan universiti kami di dalam sebuah temasya sukan yang diadakan pada setiap tahun. Dia mesej saya melalui Instant Messenger di Facebook. Habis satu dorm menjerit kegembiraan,”cerita Alia.
Selepas tamat posting kelima sebagai seorang “houseman”, Hanif bercadang untuk bertemu kedua ibu bapa Alia untuk berbincang dengan lebih serius tentang hubungan kami. Akhirnya tali pertunangan diikat pada 5.8.2017.
”Hanif tidak melamar saya secara romantis seperti di dalam filem, tetapi dia terus berjumpa dengan kedua ibubapa saya untuk mendapat restu mereka.Perasaan ketika itu amat terharu dan sangat bertuah kerana lelaki idaman saya akhirnya memutuskan untuk memilih saya sebagai teman seumur hidupnya,” ujar Alia.
Hanif merupakan seorang lelaki yang bijak. Bukan sahaja dari segi pelajaran, malah bijak dalam aspek kehidupan, secara umum. Alia kagum dengan kebolehannya yang menyeluruh. He’s definitely one of those guys whom we would call an “all-rounder”.
Pernikahan dan resepsi
Tarikh yang dipilih merupakan salah satu daripada tarikh yang cantik pada tahun 2018 (11.8.18). Tidak ada alasan lagi untuk Hanif terlupa tarikh perkahwinan kami pada masa hadapan.
Tema pernikahan”Spring Garden” menjadi pilihan. Sekeluarga memilih tema berwarna putih dan emas kerana ia melambangkan kesucian dengan sedikit elemen elegan. Hasil dekorasi Adi Putra Decor begitu mengagumkan.
“Winter Wonderland”. pula menjadi tema resepsi. I felt like a princess walking down the aisle with my prince charming and all eyes were on us.Warna biru muda menjadi pilihan kerana ia melambangkan kelembutan dan juga musim sejuk.
”Tema ini menjadi pilihan kerana kami berjumpa pertama kali di bumi Rusia. Rusia terkenal dengan musim salji yang sangat sejuk.Untuk menunjukkan dan menampilkan elemen bumi Rusia, kami memilih untuk mengadakan “Winter Wedding” di mana semua dekorasi adalah berunsur salji. Saya memilih Adi Putra Decor untuk menghiasi pelamin kami kerana saya percaya akan kebolehan Adi dan Azman sebagai “wedding decorator” yang terkenal. Mereka pernah menghiasi pelamin Shila Amzah.
Pereka baju Kashfi Zulkufli menjadi pilihan Alia. Dia merupakan pereka busana yang sangat berkarisma dan berdedikasi. Pertama kali menunjukkan inspirasi busana idaman kepadanya, dia tanpa berlengah terus mengerah idea dan tidak putus-putus memikirkan tentang rekaan busana yang dimpikan. Encik Kashfi dan pembantunya sangat mesra dan tidak lelah melayan karenah Alia dan mama.
Yna Sakinah merias Alia di hari persandingan kerana sentuhannya sangat minimalis, tidak keterlaluan tetapi “flawless”.
Alia sempat berkongsi cabaran beberapa hari sebelum hari nikah. Hanif dilarang oleh ibunya untuk bertemu Alia sehari sebelum bernikah. Hanif merupakan seorang “Medical Officer” di Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Oleh hal yang demikian, Hanif tidak kerap pulang ke Semenanjung. Hanif cuma pulang pada 9.8.2018, dua hari sebelum pernikahan.
“Perancang perkahwinan saya telah menetapkan 10.8.2018 sebagai hari “full rehearsal” kami. Tanpa berfikir, saya dan Hanif bersetuju. Namun pada hari tersebut, ibunya telah melarang Hanif untuk keluar dari rumah. Katanya pantang orang tua, bakal suami tak sepatutnya berjumpa dengan bakal isteri sehari sebelum hari pernikahan. Kami cuba memujuk ibunya tapi tidak berhasil. Saya sempat juga menyuruh ibu saya memujuk ibunya, juga tanpa hasil. Akhirnya kami mengadakan rehearsal tanpa Hanif. Rasa kelakar pula bila rehearsal tapi bakal pengantin lelaki tiada. Disebabkan dek pantang larang orang tua, kami terpaksa mengadakan lagi satu rehearsal pada malam pernikahan kami (11.8.2018). Walaupun penat melayan tetamu, Hanif masih lagi “sporting” dan melayan karenah saya dan perancang perkahwinan,”cerita Alia.
Menurut Alia, hantaran yang paling istimewa adalah bekas cincin yang dibeli dari Moscow. Ia merupakan sebuah replika “Fabergé egg” yang direka khas untuk Empress Maria Fedorovna, isteri kepada Alexander III. Bagi Alia, ia merupakan sebuah simbol perkenalan kami di bandar Moscow.
Harapan kedua agar dapat menempuhi cabaran hidup bersama sebagai suami dan isteri sampai bila-bila. Memandangkan keduanya bekerja sebagai doktor, pasti bakal menempuhi pelbagai dugaan pada masa hadapan.
Akui Alia masih belum sempat berbulan madu kerana harus pulang ke Moscow untuk menyambung tahun akhir pelajaran. Cadangan berbulan madu ialah ke Iceland.