Walaupun sudah setahun lebih kami mendirikan rumah tangga atas pilihan keluarga, kami berdua masih gagal memupuk rasa cinta antara satu sama lain. Sebelum berkahwin, masing-masing telah mempunyai pasangan, namun apakan daya atas kehendak keluarga, kami disatukan.
Kami bersetuju kerana tidak mahu melukakan hati keluarga. Akhir-akhir ini kedua-dua keluarga sudah bertanyakan kami tentang zuriat.
suami
Bagaimana ingin ada zuriat sedangkan kami tidak tidur sebilik. Walaupun begitu saya dan suami masih bertegur seperti biasa cuma kami tidak mesra seperti pasangan suami isteri yang lain. Bantulah kami.
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab dan amanah untuk saling membahagiakan tidak kira perkahwinan itu wujud atas pilihan sendiri atau pilihan keluarga.
Ads
Isteri bertanggungjawab membahagiakan suami dan suami juga bertanggungjawab untuk membahagiakan isteri, bukan hanya berpura-pura bagi membuktikan bahagia kepada ibu bapa yang mengatur jodoh antara kalian berdua.
Dalam usaha menangani isu ini, sebagai isteri, anda boleh memulakan dengan menggoda suami sendiri.
Ads
Suami atau lelaki, biar tidak cinta pada mulanya, in sha Allah akan tergoda dan jatuh cinta juga dengan isteri sendiri jika isteri pandai memujuk dan menggoda.
Ads
Tunjukkan keprihatinan anda dengan mengambil berat tentang dirinya, gunakan kata-kata manja dan ayat-ayat cinta. Berikan sentuhan dan belaian. Cari jalan untuk tidur bersama. Dalam masa yang sama, berdoa agar anda mencintainya dan suami juga menerima dan mencintai anda.
Usahakan dahulu dalam masa tiga bulan. Andai tidak ada hasil, dapatkan bantuan daripada kaunselor untuk menegur dan menasihati suami pula tentang tanggungjawabnya untuk membahagiakan anda sebagai isterinya. segala yang terbaik untuk anda.
Oleh pakar: Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga Dan Guaman Syarie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. …
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?
Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. ….
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. …
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang. ..
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)
FAKTA Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur dan semestinya akan lebih cantik kerana dapat tidur yang cukup dan berkualiti.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.
Jadi pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? kalau belum praktik mlm ni cuba ya…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang selalu kita dengar hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Pendek kata walaupun RM1, kita wajib membayarnya! Ada yang kata dalam duit gaji sebulan, lebih separuh daripadanya adalah untuk bayar hutang.
Peningnya memikirkan hutang kan? Mari kita tengok perkongsian Eyfa Amir ini apabila dia berjaya selesaikan hutang RM20,000 dalam masa dua bulan sahaja.
Mungkin ini boleh membantu kita semua untuk keluar daripada bebanan hutang.
Kongsinya;
Disclaimer: Ni adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result berbeza dengan anda. Sebenarnya saya dah mula plan untuk selesaikan hutang sejak 7 tahun lalu. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la dua bulan ni. Jangan risau kalau gaji kecil, tak ada bisnes besar dan tak ada support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tip mudah ni pada anda semua:
1. Tuliskan semua hutang
Wajib tulis semua hutang dan jumlah baki.
Pilih hutang mana nak selesaikan dulu. Saya sendiri bincang dengan coach kewangan hutang mana yang patut selesaikan dulu. Fokus untuk selesaikan satu hutang dulu.
2. Kurangkan belanja
Stop beli tudung baru
Stop beli baju baru
Stop beli kasut baru
Stop/kurangkan makan luar
Stop merokok kalau anda perokok
Stop online shopping dan lain-lain
Kawal belanja sedia ada
Artikel berkaitan: Warganet kongsi pengalaman duduk sebelah pesakit positif Covid-19
3. Tambah pendapatan
Ramai stuck dekat sini sebenarnya. Nak tambah pendapatan ada kaedah dan seninya. Ada lima kaedah untuk tambah pendapatan.
Setiap kaedah ada prosesnya. Kalau betul cara insyaAllah boleh dapat lebih 10k. Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain. Bila hutang selesai, memang tidur lena la dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kan.
Jom kita cuba cara Eyfa Emir ini, cepat-cepat habiskan bayar hutang. Moga-moga berjaya.
Sumber: Eyfa Emir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di hujung-hujung Ramadan ini, terlalu banyak hikmah yang menanti umat Islam. 10 malam terakhir ini boleh dimanfaatkan dengan melakukan seberapa banyak amal ibadah demi mencari malam Lailatul Qadar.
Disarankan, pada malam-malam terakhir ini untuk melakukan solat sunat taubat demi memohon keampunan dari Allah SWT. Bagi anda yang bakal berkahwin pula, perbanyakkanlah amalan dan pohon agar urusan jodoh dan majlis anda dipermudahkan.
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat.
Dalam Islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.
Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
p/s : jangan pernah jemu untuk memohon keampunan kerana syaitan tidak pernah jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamamya didalam neraka..nauzubillah..
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...