PUTUS TUNANG

Pertunangan merupakan langkah pendahuluan dan hanya satu bentuk perjanjian untuk mengadakan perkahwinan sahaja dan tidak mengujudkan perkahwinan itu dengan sendirinya. Oleh itu mana-mana pihak berhak untuk membatalkan perjanjian jika ada sebab yang sah bagi membolehkannya berbuat demikian.

Sekiranya tiada sebab yang munasabah maka perjanjian saperti itu tidak harus dibatalkan berdasarkan kepada Firman Allah swt yang bermaksud:

”Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan perjanjian-perjanjian kamu”.[al-Maidah: ayat 1]
Selain itu Nabi Muhammad saw juga telah bersabda yang bermaksud ”Orang-orang Islam terikat dengan perjanjian mereka dan perkara-perkara yang mana mereka bersetuju”.

Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Sifat orang munafik itu ada tiga: Apabila berbicara ia dusta, bila berjanji ia memungkiri dan bila dipercayai, ia khianat”

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa ketika Abdullah bin ’Umar menghadapi maut ia berkata ”Lihatlah sifulan (sambil menunjuk seorang lelaki Quraisy) bahawa saya telah pernah berkata kepadanya tentang anak perempuanku yang dapat dikatakan sebagai janji, dan aku tidaklah senang akan menghadap kepada Tuhan sambil membawa sepertiga sifat kemunafikan. Kerana itu saksikanlah bahawa sekarang saya kahwinkan anak perempuanku dengan dia”

Mahar Yang Diberikan Pihak Lelaki Boleh Diminta Semula Jika Terputus Tali Pertunangan

IKLAN

 

Mahar atau mas kahwin yang telah diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan semasa majlis pertunangan boleh diminta untuk dipulangkan kerana mahar diberikan sebagai ganti dan imbalan perkahwinan. Selagi perkahwinan itu belum terlaksana, maka pihak perempuan belum mempunyai hak sedikitpun terhadap pihak lelaki.

Pandangan ini di dasarkan dari satu hadis daripada Salim, dari bapaknya katanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Barangsiapa memberikan hibah, maka dia masih tetap lebih berhak terhadap barangnya, selama belum mendapatkan imbalannya”

Berkenaan dengan hadiah barangan yang berdulang-dulang dihukumkan sama dengan hibah iaitu tidak boleh diminta kembali kerana ia merupakan suatu pemberian sukarela dan telah menjadi milik penerima barangan hadiah tersebut sama ada sebelah pihak lelaki atau pihak perempuan, ianya tidak bersifat sebagai penggantian dari sesuatu.

IKLAN

Hal ini didasarkan kepada beberapa hadis saperti berikut:

Dari Ibnu Abbas r.a. , Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ”Tidak halal seorang yang telah memberikan sesuatu, atau menghibahkan sesuatu lalu meminta kembali barangnya, kecuali ayah terhadap anaknya”[30]

Dari Ibnu Abbas r.a.,, Rasulullah saw bersabda yang bermaksudd ” Orang yang menarik kembali barang yang diberikannya, adalah laksana orang yang menarik kembali sesuatu yang dimuntahkannya”

Menurut golongan Syafie, barang-barangan hadiah harus dikembalikan samada yang masih berkeadaan baik ataupun yang telah rosak, dan jika telah rosak harus diganti dengan harganya (nilainya).

IKLAN

Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan dengan Allah swt sebagai pokok utama kesejahteraan sesebuah rumah tangga. Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan sahaja sebagai syarat yang akan mengsejahterakan dan mengukuhkan rumah tangga.

Tidak hairanlah selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya anak-anak tidak taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ”queen control” kepada suami dan suami hilang khemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut syariat Islam.

Mahar Yang Diberikan Pihak Lelaki Boleh Diminta Semula Jika Terputus Tali Pertunangan

Untuk mendapat keberkatan Allah swt, dari awal proses peminangan lagi kita mesti menjaga adab dan tatasusila menurut yang dibenarkan syarak. Keberkatan Allah swt ini tidak dapat hendak kita gambarkan kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu dua, namun sampai kehari tua.

Namun, kalau dalam sesuatu majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun mungkin rumah tangga itu nampak ’tidak cantik’ dan tidak bahagia. Ada sahaja kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal dirumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.

Sebab itu sangat penting menjaga suasana majlis peminangan, biarlah bersusah-susah sedikit asalkan syariat Allah swt dapat kita jaga dengan baik semuga mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah swt. Mudah-mudahan pengumpulan maklumat-maklumat di atas dapat dijadikan panduan dalam melaksanakan sesuatu majlis pertunangan menurut syariat Islam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI