Beruntung mereka yang masih mempunyai ibu bapa. Bagi yang masih mempunyai keduaduanya, pastinya setiap kali pulang ke kampung, mereka dapat berkongsi cerita, bergurau, makan bersama serta mencium ibu bapa mereka.

Bagaimana perasaan anak-anak yang pulang ke kampung halaman, tetapi sudah tidak dapat lagi melihat salah seorang atau kedua-duanya?

Rumah yang dahulunya pernah mengisi pelbagai kenangan indah kini suram kerana tiada lagi terdengar suara nasihat serta wajah gembira menyambut kita pulang.

Jika Allah SWT masih memberi kita rezeki dapat menatap dan mendengar suara mereka, hargailah kedua-duanya sehingga ke akhir hayat mereka.

Mak Ayah Tak Pernah Tunjuk Mereka Sunyi Walaupun Mereka Tahu Anaknya Sudah Berkahwin

Sekiranya ada dalam kalangan kita pernah berasa kecil hati ditegur, ingatlah itu bukan bermakna mereka tidak suka atau mahu membebankan hidup kita.

Sebaliknya, itu tanda kasih dan prihatinnya mereka walaupun kita merasakan diri sudah cukup dewasa.

Sebenarnya, di dalam hati setiap ibu bapa sentiasa teringat serta mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.

Nabi Muhammad SAW menyatakan, keredaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu bapa.

IKLAN

Sehubungan itu, hati ibu bapa jangan sesekali dibiarkan terluka. Jika itu terjadi, maka tiada lagi keberkatan hidup buat anak itu serta menutup petunjuk Allah SWT kepadanya.

Ali bin Abu Talib meriwayatkan: “Aku mendengar Nabi Muhammad SAW berkata, ‘Aku berlepas diri daripada orang yang tidak memenuhi hak kedua-dua orang tuanya.’

“Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana sekiranya orang itu tidak memiliki apa-apa yang dapat diberikan kepada orang tuanya?’

“Nabi menjawab, ‘Apabila mendengar kata-kata orang tua itu, jawablah, ‘Aku dengar dan aku taat, jangan berkata ‘ah’ dan jangan membentak mereka dan katakanlah kata-kata yang baik.’”

Apabila bayi dilahirkan ke dunia, ibu adalah orang pertama mengajar segala-galanya. Bayi akan menangis kerana merasakan dirinya begitu asing ketika baru melihat dunia ini.

IKLAN

Pelukan dan ciuman ibulah yang akan menenangkan bayi ketika itu. Oleh itu, hukum berbakti kepada orang tua itu wajib.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israel (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Mak Ayah Tak Pernah Tunjuk Mereka Sunyi Walaupun Mereka Tahu Anaknya Sudah Berkahwin

Barangkali, ada dalam kalangan anak-anak menyesal atas perbuatan mereka dahulu pernah melukakan hati orang tua mereka.

IKLAN

Apa yang pasti, masa tidak dapat diundur lagi. Bagaimanapun, jangan berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada.

Ulama tersohor, al-Faqih Uthman bin Hasan bin Ahmad menyatakan, seorang anak masih ada kesempatan berbakti kepada orang tuanya yang sudah meninggal dunia.

Menurutnya, tiga perkara boleh dilakukan iaitu menjadi anak yang soleh, bersilaturahim dengan kaum kerabat dan sahabat-sahabat ibu bapanya serta memohon keampunan dan mendoakan rahmat Allah buat mereka.

Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan adalah bersedekah atau infak harta kerana pahala yang diniatkan itu akan sampai kepada orang tua kita.

Seorang sahabat juga pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Bagaimana sekiranya dia sudah tidak mempunyai ibu dan bapa di dunia ini, apakah yang perlu dia lakukan?”

Nabi SAW menjawab: “Bersedekahlah untuk kedua-dua ibu bapa dengan membaca al-Quran atau mendoakan mereka.

“Apabila ada anak mengabaikan hal itu, dia menderhaka kepada ibu bapanya. Sesiapa yang menderhaka kepada orang tua, dia berdosa besar.”

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI