Makan Hati Dengan Perangai Suami, Kesabaran Isteri Ada Hadnya

Share

Baca perkongsian kisah wanita ini yang barang kali tidak mudah untuk dilalui ramai wanita yang bergelar isteri. Jika terjadi kepada anda, apakah yang akan anda lakukan? Berkahwin tetapi seperti tidak dipedulikan suami sendiri.

Isteri failkan penceraian hanya selepas setahun berkahwin.



Insya Allah bulan 10 ini saya akan bercerai dengan suami, anak baru berusia 6 bulan. Saya banyak makan hati dengan suami saya sebelum ini tetapi saya anggap itu resam keluarga.Setiap kali ada terasa hati, saya pendamkan dan diamkan. Tapi suami akan tanya juga. Bila saya luahkan, dia akan tunding jari dan cari silap saya.

Kami dari bercinta sampai dah kahwin PJJ. Perancangannya, selepas bersalin, saya akan berhenti kerja dan tinggal bersama suami. Saya bertugas di Hospital. Suami seorang penjawat awam. Kes ini jadi melarat saat kandungan saya berusia lebih 8 bulan. Waktu ini, saya punya terasa hati saya dah mula pendam. Pada suatu hari, anak dalam kandungan tak bergerak agak lama. Walaupun saya boleh memandu sendiri, tetapi memandangkan saya tinggal di rumah keluarga saya, saya jaga air muka suami dengan tidak menguruskan semuanya sendiri.

Saya ajak dia bawa saya ke Hospital untuk periksa kandungan. Di jawab "biasalah baby tidur memang tak bergerak". Masa itu betul-betul luluh hati saya. Saya terfikir, mana la rasa sikap susah hati dia dengan kandungan saya. Ada sekali sehinggakan saya berdoa Allah cabutlah nyawa anak saya. Sebab kalau dia hidup, si ayah nak tak nak sahaja melayan anaknya. Jadi, saya diamkan sahaja diri dalam bilik. Suami tidak peduli dan terus keluar. Mak saya yang kerisauan bertanya keadaan baby, "dah gerak ke?" Saya terpaksa tipu mak saya dengan mengatakan baby dah gerak. Masa itu saya tawakal sahaja.

Selama PJJ sebelum ini, semua saya buat sendiri termasuklah periksa perut dan kandungan di Klinik Kesihatan. Sehinggalah hari saya alami "contraction" yang pertama. Jam pada waktu itu pukul 2 pagi.


Sakit Nak Bersalin.

Saya kejutkan suami kerana terlampau sakit. Dari jam 11 malam lagi saya tak dapat tidur menahan kesakitan. Saya mengadu kesakitan. Kemudian dia bangun dalam keadaan marah sambil bersiap. Dalam perjalanan, dia diam seribu bahasa. Kereta dipandu dengan sangat laju. Langsung tidak bercakap dengan saya.
Sampai sahaja di Hospital dan selepas diperiksa, Doktor sahkan tiada bukaan lagi tetapi ada sedikit masalah yang membuatkan saya perlu masuk wad dan dipantau selama 3 hari. Selepas 3 hari, saya dibenarkan keluar. Setibanya di rumah, terus turun tanda. Cuma tak sakit lagi. Saya pun biarkan dahulu. 3 hari selepas itu pula, pada waktu yang hampir sama, sakit yang sama datang. Saya kejutkan dia. Sambil bangun acuh tak acuh, dia boleh cakap "pergi pun kalau tak bersalin lagi macam mana?

Menangis saya, terus keluar tunggu di depan rumah. Barulah dia keluar. Sampai sahaja di hospital, lebih kurang jam 4 lagi, bukaan sudah 3cm. Sakitnya bukan kepalang dah masa tu. Jam 7 pagi baru saya ditolak ke wad. Suami lepas letak barang-barang saya, dia terus hilangkan diri dan balik.

Bersalin Seorang Diri.

Tak sampai 10 minit lepas tu, contraction yang kuat saya rasai. Doktor sahkan bukaan sudah 8cm. Doktor tanya mana suami saya, ringkas jawapan saya "dah balik". Menangis lagi. Betul tak boleh tunggu dalam wad. Tapi bukan tak boleh nak tunggu di bawah. Dia pentingkan tidur lagi dari saya yang sedang bertarung nyawa ni. Mujurlah keluarga saya sudah sampai dan ada tunggu di ruang hadapan. Nurse kemudiannya telefon suami suruh patah balik. Jam 9:30 pagi saya selamat bersalin anak lelaki. Terjenguk-jenguk juga saya mencari suami. Tapi tak juga muncul-muncul.

Pukul 12:30 tengahari baru dia masuk azankan anak. Rupanya sebelum saya bersalin, di luar tempat menunggu sebelum dia balik tadi, dia asyik ajak mak dan adik-adik saya balik. Katanya nurse tak panggil maknanya tak bersalin lagi. Mujurlah mak berkeras nak tunggu. Lepas habis pantang, ada juga mak cerita yang pengawal yang usaha cari dia untuk azankan anak.


Anak Kena Kuning.

Anak ditahan di NICU kerana kuning. Saya dibenarkan pulang tetapi saya terlupa untuk belikan pampers anak. Bila suami pergi NICU dan hantar gambar anak, saya tengok anak pakai napkin. Saya minta dia keluar cari pampers. Dia kata di farmasi bawah hospital tiada. Saya minta dia cari di luar hospital, jawabnya "faham bahasa tak? Takde". Hancurnya hati saya. Tak nak langsung usaha untuk anak. Terkedu saya.
Alhamdulillah anak dapat keluar wad beberapa hari selepas itu. Tapi saya perlu pergi checkup semula bertemankan adik saya. Suami hanya tunggu dalam kereta, melayan telefon. Luka jahitan saya belum sembuh lagi.

Saya tak tahu nak gembira dapat anak atau bersedih melihatkan suami sebegini. Sehinggakan 1 hari mak saya cadangkan saya duduk di ruang tamu dan minta suami temankan. Takut jadi apa-apa kat baby kalau dalam bilik.

Anak Meragam.

Anak meragam, saya pun bagi susu badan. Dekat 2 jam saya pangku anak. Susu berapa banyak, jadi anak asyik merengek. Saya stress sangat. Saya pujuk baby, "adik, jangan nangis, nanti abah jaga". Suami sedap tidur dibuai mimpi sambil pekup bantal di telinga supaya tangisan anak tak mengganggu tidurnya.
Bila anak menangis kuat, dia bangun dan tanya saya, "tau tak anak tu kembung perut?" Saya rasa sangat tersentap, saya menjerit sekuat hati "HABIS, KALAU KEMBUNG PERUT NAK BUAT APA?" 2 jam saya pangku anak dengan luka jahitan yang masih sakit, dia buat apa?

Sambil menjerit, sambil menangis. Datang mak, ayah dan adik tenangkan saya. Dia kemas-kemas bantal dan terus masuk bilik. Hancurnya hati saya. Tak tahu kenapa nasib saya begini. Puas mak pujuk saya suruh sabar. Sampai ke pagi dia tak bertegur dengan saya. Anak pun dia tak layan. Malamnya pula, dibiarkan saya tidur dengan anak di luar. Dia tidur dalam bilik. Pagi esoknya mak tanya suami tak teman ke? Menangis lagi saya.

PS : Kesabaran seorang isteri ada tahapnya, kenapa seksa isteri jika suami dari mula tidak ada rasa cinta?

IKLAN