
Pelancaran Lounge In The Sky buat julung kalinya di Asia menjadi antara tarikan utama Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020. Lounge In The Sky ini mewujudkan detik-detik istimewa dengan membawa semua tetamu bersatu dengan alam semula jadi, satu pengalaman yang tidak pernah diadakan sebelum ini. Pengalaman unik ini harus dicuba oleh semua di mana ia akan membawa semua tetamu 150 kaki ke udara, dengan permandangan bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan eksklusif selama 45 minit. Daya tarikan yang berasal dari Belgium ini akan ditempatkan di Elements KL, TREC, Jalan Tun Razak dan ia merupakan penambahan kepada beberapa inventori pengalaman dan lokasi santapan unik di bawah kendalian TwoSpicy Entertainment (yang terkenal dengan Dinner In The Sky, Plane In The City & Whimsy) dengan kerjasama Elements KL.


Lounge In The Sky ini mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri dari reka bentuk platform yang menarik dan turut memberi ruang kepada sesi persendirian kumpulan terdiri daripada empat orang tetamu, kapasiti yang besar hingga boleh memuatkan seramai 32 orang tetamu dalam setiap sesi, dan juga pentas tambahan yang boleh menempatkan persembahan secara langsung seperti yang terdapat di ruang-ruang acara lain.
Lounge In The Sky mematuhi sepenuhnya langkah-langkah keselamatan yang diperlukan serta telah diperakui ciri-ciri keselamatannya oleh TÜV SÜD, organisasi Jerman yang mengesahkan keselamatan kesemua jenis peralatan untuk melindungi manusia dan alam sekitar daripada bahaya. Pengalaman yang tidak harus dilepaskan oleh semua hanya berharga RM199 seorang untuk pakej Kelas Ekonomi, RM299 seorang bagi Kelas Perniagaan dan RM499 bagi pakej Kelas Pertama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terima Kekurangan Tunang Kita, Barulah Tercapai Ke Jenjang Pelamin

Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.
Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT, maksudnya :

.
” Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.”
( Surah al-Baqarah 2 : 235 )

.
1. Jangan terburu-buru
Tidak perlu membincangkan idea tentang nama anak bersama pasangan di masa depan. Jangan terburu-buru membincangkan hal yang sebenarnya baru boleh dibicarakan selepas berkahwin.
2. Menahan diri
Walaupun sudah bertunang, sebaiknya anda tetap menahan diri untuk melakukan penzinaan. Tetap simpan semuanya setelah masa perkahwinan untuk detik-detik yang paling istimewa.
3. Rakan-rakan
Walaupun sudah bertunang, bukan bermakna anda sudah tidak ada masa untuk rakan-rakan. Hubungi rakan untuk berkongsi berita gembira dan habiskan masa seharian bersama mereka.
4. Berpisah sementara
Kadang-kadang, ada perasaan bosan di antara pasangan. Anda boleh cuba untuk berpisah sementara demi memupuk rasa rindu dan mengelakkan pergaduhan.
5. Mengenal keluarga
Hal ini sangat penting untuk dilakukan apabila memasuki fasa bertunang. Bagaimanapun, perkahwinan bukan semata hubungan kamu dengan pasangan sahaja, malahan akan melibatkan dua keluarga yang besar. Semakin baik hubungan dengan kedua-dua keluarga, semakin rapat hubungan silaturrahim.

.
6. Pergaduhan
Setiap hubungan pasti mempunyai masalah. Tetapi, sehebat apapun masalahnya, wajib selesainya dengan cara yang baik. Jangan dibiarkan berlarutan, mencari penyelesaian untuk kebaikan bersama. Malahan, ia boleh menyebabkan putus pertunangan jika dibiarkan berlarutan.
7. Masalah kewangan
Sebelum berkahwin, masalah kewangan juga perlu dipertimbangkan. Sekurang-kurangnya anda harus yakin urusan kewangan stabil untuk pengurusan apabila berumah tangga nanti.
8. Menerima keburukan
Bagaimana dengan keburukan pasangan? Anda jangan putuskan perhubungan, kenalinya terlebih dahulu dan terima kekurangannya.
gambar hiasan : Tangkap Picture
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menang Hati Mak Mentua, Percayalah Perkahwinan Akan Sangat Mudah

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri
dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya
bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari
awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil
anda akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal
kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah
mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama.
Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi
lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati.
Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa
yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan
dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan
ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya
dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda
terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita
tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa
bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat,
jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda
juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak
salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri
anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda
dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang
tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon
mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda
seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda.
Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika
menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung
perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang
membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri
dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut
dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun
anda keletihan,tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda
menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan
anak mereka,pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar
FOTO : TANGKAP PICTURE Azfarina Sulaiman
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beli HUAWEI NOVA 7 SE Dan Menangi 3x Hadiah Lumayan!


HUAWEI nova 7 SE akan membuat kemunculan sulungnya di Malaysia hari ini. Disambut hebat dari segenap lapisan pecinta telefon pintar, HUAWEI nova 7 SE ini terus mendapat perhatian hebat dari peminat khususnya di HUAWEI Experience Store di Sunway Pyramid yang sanggup menunggu dari seawal pagi kerana teruja untuk mendapatkan telefon pintar 5G hebat dengan harga paling berpatutan di Malaysia!

Namun, telefon pintar 5G paling berbaloi ini hanya berharga RM 1,499! Ia juga boleh disambungkan dengan HUAWEI FreeBuds 3i dengan harga RM399 je mulai hari ini! Bukan itu saja, hari ini juga permulaan untuk Karnival HUAWEI AppGallery 2020, salah satu acara tahunan yang terbesar dari HUAWEI!

Walaupun prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan untuk memastikan pelanggan selamat ketika membeli produk HUAWEI di kedai, jumlah pelancaran penjualan HUAWEI nova 7 SE adalah memberangsangkan walaupun dalam situasi semasa. Ini mengukuhkan lagi kedudukan HUAWEI di pasaran sebagai jenama global. HUAWEI sangat komited dalam penstrukturan teknologi yang mereka laksanakan dalam inovasi setiap produknya dan akan terus memberikan produk-produk berkualiti kepada pengguna.
Bagi yang masih kurang faham dengan kehebatannya, tonton video di bawah menerokai 9 keistimewaan siri HUAWEI nova 7 SE ni.
DENGAN SETIAP PEMBELIAN HUAWEI nova 7 SE ANDA BAKAL MENERIMA 3x GANJARAN HEBAT!

- Ganjaran hebat bernilai sehingga RM1,256!*
HUAWEI Band 4 *, HUAWEI Cloud Storage * – 15GB selama setahun, casing nova *, Huawei Video * (kategori Di bawah Dimsum) selama 3 bulan, HUAWEI Book * (Sehingga 30 Nov 2020) & Member Center Reward sehingga RM1,000 - Hadiah percuma dari Karnival HUAWEI AppGallery untuk setiap pembelian produk terpilih
- Peluang untuk memenangi 1 daripada 3 Proton X70 sebagai hadiah utama cabutan bertuah di Karnival AppGallery HUAWEI *
*Tertakluk kepada terma & syarat. Sah selagi stok masih ada.
SERTAI PERADUAN HEBAT DARI HUAWEI
Cuba nasib anda dengan memenangi HUAWEI nova 7 SE yang baru menerusi peraduan klik, kongsi dan komen yang mudah! Inilah cara anda dapat melakukannya:
- Lihat video 30 saat ini mengenai sembilan sebab utama mengapa anda harus mendapatkan siri HUAWEI nova 7
- LIKE FACEBOOK Page HUAWEI Malaysia
- Beritahu kami tiga ciri kegemaran anda mengenai HUAWEI nova 7 SE in bawah komen
- Kongsi video ini ke profil Facebook anda (Tetapkan profil anda kepada umum!)
Dengan hanya empat langkah mudah, anda boleh engambil gambar diri sendiri dengan HUAWEI nova 7 SE yang baru!
Peraduan berakhir pada 21 Jun 2020 pada 11:59 malam dan pemenang akan diumumkan pada 24 Jun 2020! Semoga berjaya!
*Tertakluk kepada terma dan syarat. Sementara stok masih ada.
HUAWEI AppGallery:
Mengenai HUAWEI AppGallery yang ada Siri HUAWEI nova 7, tidak boleh dihebahkan lagi kerana ramai sudah tahu ia mempunyai kelebihan tersendiri, malah sebilangan besar aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, tersedia di AppGallery ini.
Video : https://www.facebook.com/era.je/posts/10158932778497345
Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery, sila klik sini.
Sertai Karnival HUAWEI AppGallery!

Karnival HUAWEI AppGallery kini kembali! Mulai hari ini hingga 30 Jun ini, korang berpeluang merebut pelbagai tawaran dan memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2juta! Terdapat di semua HUAWEI Experience Stores (HES), antara hadiah yang menanti ialah Proton X70 dan 500 buah skuter elektrik.
Nikmati ganjaran menarik dengan Member Center Rewards
Dengan setiap pembelian HUAWEI nova 7 SE, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih daripada RM1,000! Antara rakan kongsi yang menawarkan ganjaran yang ada termasuklah AirAsia Big, Baskin Robbin’s, Domino’s Pizza, Puma, Texas Chicken, Lazada dan banyak lagi!
Kami juga tawarkan ganjaran, Baucar Diamond Royale untuk penggemar permainan video!
Cara untuk menebus ganjaran :
- Buka HUAWEI AppGallery > pilih ‘Gift’ > tebus hadiah Free Rire ‘Diomond Royale’ > salin kod
- Layari https://reward.ff.garena.com > log in akaun Free Fire anda > masukkan kod penebusan > klik ‘Confirm’
Jom singgah di HUAWEI Store atau HES yang terdekat sekarang!

Jom singgah di Huawei Store atau Huawei Experience Stores (HES) yang terdekat sekarang untuk ketahui lebih lanjut tentang nova 7 SE. Yang lagi best, HUAWEI juga menawarkan installment plan yang bermula dari RM5.20 sehari bagi mengurangkan beban korang
Dengan kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki Siri HUAWEI nova 7 tentu ada yang tidak sabar untuk memilikinya. Bagi yang ingin tahu maklumat HUAWEI nova 7 SE ini lebih lanjut boleh layari sini. Untuk informasi produk HUAWEI yang lain, klik sini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

