Outdoor photoshoot adalah satu aktiviti yang amat menyeronokkan baik bagi jurufoto mahu pun untuk subjek (model, pengantin dan sebagainya). Kena pulak kalau dah dapat lokasi yang menarik, kadang-kadang aktiviti yang perancangan asalnya hanya 2 jam boleh terlajak sehingga 4-5 jam.
Kami kongsikan beberapa perkara penting yang perlu diambil berat untuk melakukan sesi outdoor photoshoot.
Kredit: Tangkap Pictures
1.Kenal pasti tema yang ingin diketengahkan bagi sesi tersebut. (santai, tradisional, bollywood, picnic, rock chic, retro, alien, puteri, fantasi dan macam-macam lagi).
2. Setelah dapat tema, kenal pasti pula lokasi yang sesuai. Ini kerana tema dan lokasi mestilah selari. Contohnya jika tema rock chic lokasi yang sesuai rasanya tentulah dilorong-lorong bangunan yang agak usang, dengan latar belakang grafiti. Lokasi sedemikian tentulah tidak sesuai jika bertema pakaian tradisional.
Pastikan juga lokasi yang dipilih bukanlah tempat yang dilarang untuk penggambaran. Ada setengah tempat seperti Empangan Batu di Ulu Yam yang meminta surat kebenaran dari pihak berkuasa bagi aktiviti penggambaran. Ada juga tempat seperti FRIM di Kepong dan Botanical Garden di Putrajaya yang mengenakan bayaran untuk penggambaran.
Ads
3. Tetapkan waktu yang sesuai untuk memulakan penggambaran. Ada setengah-setengah tempat tidak sesuai pada waktu-waktu tertentu. Sebagai contoh, Taman Layang-Layang di Kepong (Taman Metropolitan) mempunyai terlalu ramai pengunjung selepas pukul 5.00 petang. Untuk ke sana adalah dinasihatkan sebelum pukul 4 petang agar mudah mencari tempat letak kereta.
Bawalah props yang sesuai. Penggunaan props dapat membantu menghidupkan lagi suasana. Ia membantu subjek agar tidak kelihatan kaku. Contohnya jika mereka membawa belon, mereka boleh mengarahkan tumpuan kepada belon. Dengan cara ini mereka akan kelihatan lebih santai dan tidak kaku.
Subjek iaitu model atau pengantin amat digalakkan untuk membawa props mereka sendiri. Antara contoh-contoh props adalah seperti gitar, buih sabun, kincir angin berwarna-warni, beg pakaian bentuk kotak, layang-layang dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan haiwan kesayangan, basikal, motorsikal dan kereta sebagai props.
Ads
4. Bawalah teman anda. Ada beberapa kelebihan jika membawa seorang atau lebih teman. Yang pertama ialah mereka dapat membantu memeriahkan sesi penggambaran. Yang kedua mereka boleh membantu dalam penjagaan barang-barang. Kadang-kadang kita akan membawa bermacam barangan semasa fotoshoot.
Ini termasuk alat solek, beg tangan, handphone, ipad, tab, pakaian dan lain-lain lagi. Jika tidak ada yang menjaga dikhuatiri ada pula pencuri yang bawa lari. Yang ketiga ialah mereka ini juga boleh diajak sama untuk bergambar.
Kredit: Tangkap pictures
5. Bawa tisu, span solekan atau tuala lembut. Kadang-kadang penggambaran luar atau outdoor dilakukan dalam cuaca yang agak panas. Ini akan menjadikan kita berpeluh dengan mudah. Oleh itu tisu atau tuala lembut amat penting bagi mengelap peluh. Dapatkan juga nasihat dari jurusolek anda tentang cara yang betul bagi mengelap peluh agar tidak menjejaskan solekan anda.
Ads
6. Bawa selipar atau sandal. Jika mengenakan kasut tumit tinggi semasa photoshoot anda dinasihatkan untuk membawa bersama sepasang selipar atau sandal. Ini kerana sepanjang penggambaran outdoor anda mungkin perlu berjalan agak jauh dan mungkin dipermukaan yang tidak sesuai untuk kasut tumit tinggi. Anda bolehlah bertukar kepada sandal dulu untuk berjalan bagi memudah dan mempercepatkan pergerakan.
Pastikan keselamatan di lokasi. Anda perlu berhati-hati bagi melakukan photoshoot di tempat yang dipilih. Lokasi seperti bangunan lama yang tidak berpenghuni mungkin mempunyai risiko seperti tempat penagih dadah mahu pun tempat tinggal makhluk halus (ini merupakan perkara benar!).
Bagi tempat sebegini, melakukan photoshoot secara berkumpulan adalah amat digalakkan. Photoshoot di dalam hutan juga mempunyai risiko tersendiri seperti binatang buas, haiwan berbisa dan sebagainya.
7. Hormatilah pengguna lain. Jika tempat yang anda lakukan photoshoot ada ramai pengunjung atau pengguna lain hormatilah mereka. Jika anda memerlukan ruang untuk photoshoot mintalah dengan sopan dari mereka. Biasanya mereka akan memberi kerjasama yang amat baik. Bahkan ada juga yang turut membantu.
Kredit: Wedpedia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain aspek penjagaan diri, bakal mempelai lelaki juga disarankan melakukan senaman khusus bagi menjaga kesihatan dan meningkatkan kecergasan tubuh badan.
Berikut beberapa senaman yang harus dilakukan:-
Angkat Berat
Angkat Berat
Latihan angkat berat menghasilkan hormon testosteron yang merupakan faktor pendorong seks seorang lelaki.
Push Up & Sit Up
Push-Up Dan Sit-Up
Latihan otot seperti push-up dan sit-up dapat membantu memperkuatkan bahu, dada dan perut.
Kegel
Senaman Kegel
Senaman kemut atau kegel mampu memperkuatkan otot pinggul dan melambatkan ejakulasi.
Yoga
Yoga
Latihan yoga membantu anda lebih fleksibel dan lebih kreatif dalam mengatur posisi seks sesuai yang anda inginkan.
Berenang
Berenang
Berenang sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu mampu meningkatkan daya tahan seksual dan membantu menurunkan berat.
Berjalan Cepat
Berjalan Cepat
Berjalan cepat dan berlari dapat membantu meningkatkan peredaran aliran darah dan mampu menurunkan risiko kegagalan ereksi sebanyak 30 peratus.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama dah tiba hari bahagia. Mesti banyak perkara yang bakal pengantin nak buat terutamanya bab mencantikkan diri. Ada yang lebih selesa mencantikkan diri dengan cara moden dan ada juga yang memilih cara tradisional. Tahukah anda putih bunga ros juga banyak memberi manfaat dalam proses kecantikan semulajadi?
Banyak perkongsian mengenai rosebud tea ni. Dan salah satu daripadanya adalah yang dikongsikan Aisyah Badar Bajrai di laman Facebooknya.
Sempena merdeka ni, Aisyah nak resepi teh rose yang boleh merdeka kan lelemak dari badan korang.
Teh rose ni best sangat sebab bukan setakat boleh kuruskan badan. Tapi kalau konsisten minum, badan pun bau wangi tau.
Jom tengok cara buat dia;
Bahan-bahan:
3-5 kuntum rose kering
1 hiris jus lemon
Cara buat:
Rendam rose kering dalam air panas mendidih. Sebelum minum perahkan jus lemon.
Air teh rose ni ada memacam khasiat lain jugak seperti;
– mengurangkan minyak di muka
– kurangkan jerawat
– melancarkan penghadaman / sembelit
– mencantikkan kulit
– mengurangkan senggugut
– meningkatkan kesuburan
– mengurangkan stress
– meningkatkan antibody badan
– hilangkan rasa gugup
-merawat ulser perut
– meredakan sakit tekak
– merawat jangkitan pada pundi kencing
– menyejukkan badan ( merawat demam dan selesema)
– merangsang pertumbuhan tisu dan collagen
– mengurangkan radang sendi (arthritis )
– melancarkan haid
– menghilangkan keletihan
– mengurangkan sakit kepala dan pening
– merawat insomnia
– mengandungi bahan pengantioksida yg dapat menentang kanser.
Selamat mencuba.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa kena dengar nasihat isteri lebih daripada orang lain? Kerana apa yang keluar daripada mulut seorang isteri adalah satu-satunya kata-kata yang tepat, betul dan sesuai dengan suami. Tiada yang lebih mengenali suami melainkan isterinya.
Begitulah perkongsian Omisu tentang hubungan suami isteri. Bahkan isteri lebih kenal daripada mak sendiri. Kenapa? Sebab majority pure punya perangai tak akan ditunjuk pada keluarga sebab nak jaga hati mak ayah.
Buruk Baik Suami, Isteri Lebih Kenal
Buruk baik diri kita ni isteri sahaja yang tahu. Dia hadap setiap hari 1001 kelakuan kita tanpa mengeluh. Walaupun dia nampak kelemahan kita tapi masih tetap setia dengan kita.
Patah perkataan yang keluar dari mulut isteri tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan keluarga sendiri. Ini comfirm!
Dengarlah kawan-kawan bila isteri masih ada hati memberi nasihat. Di saat isteri dah tak ada hati nak bagi nasihat, nescaya kita dah tersangat rugi. Kita baru kehilangan “Penasihat” terbaik yang telah di cipta untuk kita!
Tak Setanding Nasihat Isteri
Tiada yang lebih baik memberi nasihat daripada isteri bahkan lebih baik dari nasihat mak ayah kerana ada mak ayah tak berapa kenal pun anak dia yang dah dewasa.
Tiada yang lebih jujur memberi nasihat daripada isteri bahkan adik beradik sekalipun ada masa tak sampai hati nak tegur takut kita berkecil hati.
Tiada yang lebih tepat memberi nasihat berbanding isteri bahkan kawan-kawan sekalipun akan berat sebelah sebab mereka pasti utamakan keluarga mereka dahulu.
Dengan orang lain kita boleh berlakon tapi dengan isteri tidak. Dia tahu semuanya. Dari busuknya bau kentut kita sampai la ke busuknya perangai kita, semua dia dah hadap!
Pujian Orang Lain Tak Ada Makna
Tak usah bangga sangat kalau ada kawan-kawan duk puji kita baik, rajin, dan puji kita ni calon suami mithali kononnya.
Selagi kata pujian ni tak keluar dari mulut isteri sendiri, maknanya pujian tu tak 100 peratus benar. Tiada yang lebih ikhlas puji suami sendiri melainkan isterinya.
Oleh itu, nasihat saya kalau nak dapatkan nasihat yang paling ikhlas dan paling berniat baik orang pertama yang anda kena cari ialah isteri sendiri.
Wallahu A’lam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!