PKP atau tidak, busana pengantin tetap menjadi keutamaan bakal pengantin. Ada yang sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan (maklumlah bila PKP, banyak hal nikah kahwin terpaksa ditunda atau diawalkan tanpa sangkaan) termasuk memilih busana yang anggun untuk hari bahagia.
Pereka fesyen yang begitu terkenal dengan persalinan busana pengantin dari material songket, Man Kajang sentiasa membuatkan dunia perkahwinan tidak pernah sunyi. Hasil rekaannya begitu klasik dan tampak segar biarpun dalam persalinan yang sopan. Bagi anda yang sukakan konsep klasik namun masih ada elemen kontemporari, sudah pasti anda berpuas hati dengan rekaan Man Kajang.
35 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen, Man Kajang tidak pernah sepi dari kunjungan pelanggan terutamanya bakal mempelai. Dalam suasana penularan Covid-19 gelombang ketiga ini, perniagaannya masih tetap berjalan dengan baik.
IKLAN
“Alhamdulillah, so far tidak terkesan sangat kerana saya masih mereka baju untuk pengantin. Walaupun mereka berkahwin dalam majlis kecil di masjid namun mereka tetap mahu kelihatan cantik dan elegan. Hanya minimalis tetapi aura mega tetap ada.
Memang sejak dahulu lagi saya suka bermain dengan songket. Sama ada klasik atau tradisional, songket mampu mengindahkan seseorang pengantin. Paling penting, ia sopan, kemas dan tidak menjolok mata.
IKLAN
Kebanyakkan pelanggan saya adalah untuk orang-orang kenamaan namun saya juga boleh mengikut bajet yang pengantin ada. Busana yang saya hasilkan adalah serendah RM5,000 dan ke atas. Lebih baik mengukur baju di badan sendiri. Sebagai pereka fesyen, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk ‘guide’ mereka memilih fabrik yang sesuai dengan tubuh. Itu paling penting!
IKLAN
Menurut Man, busana pengantin paling mahal pernah dihasilkan adalah untuk pasangan kerabat.
“Perincian untuk songket itu sangat mewah. Ia adalah sulaman goyang dengan padanan manik dan renda mewah. Ia juga adalah 100 peratus jahitan tangan. Busana untuk lelaki dan perempuan ini dihasilkan dalam masa tiga bulan dan berharga RM50,000! Inilah busana paling mahal pernah saya hasilkan tahun lalu. Warna biru gelap dan kelabu menjadi gabungan yang sangat indah buat persalinan pasangan ini.”ujarnya.
Pernikahan adalah salah satu sunnah yang digalakkan dalam islam. Jika anda merasa dia yang terbaik untuk anda, maka bernikahlah. Sudah pasti menjelang hari pernikahan anda segalan persiapan telah diaturkan.
Lebih-lebih lagi bagi pengantin perempuan kerana anda perlu mencari aksesori, kasut, dan pakaian yang bersesuaian. Ya, perempuan agak sedikit rumit kerana barang perempuanlah yang sukar untuk dipilih dan dicari. Jadi, jika anda masih tidak menjumpai baju nikah atau masih tidak berkenan. Di sini kami akan kongsikan antara rekaan baju nikah yang terkini dan meletop!
Hadir dalam pelbagai jenis fabrik, kebaya yang sememangnya dikenali sejak turun temurun telah mengalami satu evolusi yang mana selari dengan arus kemodenan dan kepesatan industri fesyen tanah air, ramai pereka fesyen yang mengangkat kebaya ke satu tahap yang lebih tinggi agar mampu untuk bersaing dengan busana-busana yang berinspirasikan barat.
Sebagai contoh, di Malaysia pereka Rizalman Ibrahim acapkali menazahirkan kebaya melalui karya beliau. Melihat ilham dari negara Indonesia pula, pereka fesyen Anne Avantie yang berkarya dan bernafas dalam roh kebaya mengadaptasi rekaan busana tradisi ini sehinggga mata terpana dan terpegun melihat keindahan kebaya.
Kebaya Rekaan Rizalman Ibrahim
APA ITU KEBAYA PENGANTIN?
Seperti yang sudah dinyatakan, para pereka fesyen banyak memainkan peranan penting dalam membentuk identiti kebaya pengantin. Merekalah yang menciptakan kebaya pengantin agar kelihatan lebih moden, mewah dan elegan. Rekaan dan juga gaya bentuk yang inovatif, penuh dengan inspirasi pembaharuan seperti rekaan meleret menampakkan ciri-ciri gaun moden kontemporari barat.
Reka letak dan perincian moden dipandang sebagai satu perkara penting dalam penghasilan kebaya pengantin. Rekaan seperti potongan puff pada bahu kebaya, garis leher kebaya ala Victoria, garis leher yang tidak simetri dan juga rekaan lengan ala gaya Obi-Jepun adalah contoh suntikan kelainan pada kebaya pengantin. Labuh kebaya pengantin juga berbeza daripada kebaya-kebaya biasa, kebiasaannya labuh kebaya pengantin melepasi paras lutut dan juga buku lali.
Perincian kebaya pengantin juga berbeza dengan kebaya biasa, perincian pada kebaya pengantin diberi penekanan dalam gaya sulaman dan juga tampalan batu-batuan perhiasan seperti Swarovski. Perincian seperti inilah yang menyuntik nilai-nilai artistik terhadap busana tersebut. Oleh itu masa yang diambil untuk membuat kebaya pengantin boleh memakan masa sehingga dua atau tiga bulan bagi satu-satu rekaan dan untuk mebentuk perincian yang dikehendaki.
PADANAN TERBAIK KEBAYA
Keindahan kebaya itu diiringi dengan padanan kain yang dipakai oleh sang pengantin. Kebiasaannya kebaya yang penuh dengan perincian batua-batuan mahupun sulaman akan dipadankan dengan kain seperti kain batik,songket, sutera, sifon ataupun satin. Kain kebaya kini telah diolah kepada pelbagai jenis rekaan mengikut kesesuain dan juga citarasa si pemakai.Antara rekaan popular yang menjadi padanan terbaik buat kebaya adalah kain potongan ‘A-line’ dan juga potongan duyung.
KEBAYA DAN BENTUK BADAN
Kebaya boleh dipakai sesiapa sahaja namun pemilihan kebaya haruslah berpandukan bentuk tubuh yang dimiliki. Bagi wanita yang memiliki bahu lebar anda disarankan untuk memilih kebaya yang menutup hujung bahu tetapi jatuhan leher yang berbentuk V. Perincian pula harus dikurangkan dibahagian dada dan lebihkan perincian dibahagian pinggul, ini mampu menyeimbangkan bentuk tubuh agar kelihatan sempurna.
Bagi bakal pengantin yang memiliki tubuh berisi pula, anda disarankan untuk memilih kebaya yang memiliki potongan serong di bahagian bawah bagi menampakkan ilusi badan yang lebih tinggi. Anda juga boleh memilih kebaya yang memiliki juraian belakang yang lebih panjang berbanding hadapan untuk tampak sedikit langsing.
Pemilihan kebaya yang sesuai haruslah berdasarkan majlis yang bakal dilalui, seperti dalam adat tradisi Melayu, majlis resepsi dan majlis pernikahan diadakan pada hari yang berlainan. Maka sang pengantin akan meilih dua warna yang berbeza berdasarkan majlis. Kebiasaannya pada majlis pernikahan para pengantin disarankan memelih warna-warna lembut yang mampu mencetuskan aura kedamaian dan kesucian. Antara warna-warna popular pada majlis pernikahan adalah putih, krim dan juga warna-warna pastel. Perincian yang diletakkan pada baju juga lebih ringkas tanpa kelihatan keterlaluan.
Berbeza pula dengan majlis resepsi, helaian yang disarungkan sang pengantin lebih menyerlah dari segi warna,perincian dan potongannya. Warna-warna yang digunakan lebih garang dan mengkap mata, kebiasaannya warna-warna popular yang gunakan oleh para pengantin adalah warna emas, perak , merah dan juga warna-warna tembaga. Namun kini, pilihan seperti kain broked yang berkilat juga menjadi pilihan para pengantin. Perincian yang menghiasi kebaya resepsi juga lebih sarat dan menyerlah diiringi dengan rekaan yang sedikit berbeza dan lain daripada kebiasaan kebaya.
Mendapatkan nasihat daripada pereka fesyen mengenai rekaan, warna dan perincian yang diingini.
Pemilihan bahan yang berkualiti tinggi seperti les, songket dan broked amat penting untuk memastikan kebaya kelihatan terletak pada badan.
Perincian batu-batuan ataupun labuci haruslah yang bermutu tinggi agar seri kilauannya memancar dengan cantik.
Apabila memakai kebaya, adalah penting untuk memiliki bentuk tubuh yang menarik, tidah kiralah sama ada anda berisi ataupun tidak. Oleh itu pemakaian pakaian dalam atau korset yang sempurna amat penting kerana ianya mampu membentuk struktur tubuh agar kelihatan lebih menarik.
Mengetahui tentang stail atau trend rambut yang popular untuk lelaki adalah hanya sebahagian daripada apa yang anda perlukan untuk tampil berbeza. Yang penting adalah kunjungan anda ke salun rambut yang betul.
Ini kerana penampilan anda akan tampak lebih segar dan menyerlah. Perubahan kadangkala perlu agar anda akan menjadi lebih bersemangat.
Mari ikuti langkah ini agar impian rambut mengikut fesyen terkini anda berjaya.
Rujukan
Jangan terlalu bergantung pada ‘hairdresser’ untuk mendapatkan yang terbaik untuk anda. Anda pasti tahu apa yang sesuai dan apa yang anda mahukan selagi ia bersesuaian dengan bentuk muka dan juga fesyen terkini. Jadi digalakkan untuk anda membuat sedikit rujukan terhadap gaya rambut yang berbeza. Ikutilah perkembangan dunia artis contohnya untuk gaya yang pasti tidak akan menghampakan anda.
Bawa Gambar
Sudah dapat apa yang anda mahu? Nak gayakan rambut baru seperti siapa dan ada rujukan untuk dibawa ke salun rambut adalah yang terbaik.
Biar Jelas
‘Hairdresser’ tidak pandai membaca fikiran anda. Jelaskan pada mereka apa yang anda mahu dan tidak mahu serta tegaskan perkara itu agar mereka tidak tersalah memotong rambut anda nanti. Mahupun anda lelaki, ini adalah salah satu aset penting anda terutama jika anda sudah hampir dengan hari berbahagia nanti.
Bertekad
Jika anda tidak suka dengan cara rambut anda di gunting sebelum ini, pastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi. Jelaskan pada dia untuk mengikut kemahuan anda tapi pastikan anda maklumkan dengan cara yang sopan kerana anda membayar sejumlah wang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Gunakan Gunting
Kini, digalakkan untuk menggunakan gunting jika anda mahu menggunting rambut daripada menggunakan alat pencukur. Ini adalah untuk memastikan rambut anda sekata. Kekemasan adalah sangat penting buat lelaki agar tampil bergaya nanti. Dengan mendapatkan potongan rambut yang baru dan tidak sama seperti sebelum ini bakal memberikan kepuasan kepada anda dan juga pasangan anda.