
Al-Qur’an merupakan salah satu anugerah dari Allah SWT kepada seluruh umat Islam yang tidak ternilai harganya. Selain menjadi pedoman hidup, amat banyak manfa’at dan fadhilat yang tersembunyi di dalam Al-Qur’an untuk seluruh umat manusia terutama dari segi perubatan dan pemulihan.
CARANYA
- Bacalah ayat 4 dari surah Yusuf berikut:
- Kemudian sambung membaca surah Taha, ayat 39:
Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak, ahli keluarga, teman-teman dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan mereka atau siapa sahaja yang kita kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat tersebut di hadapannya. InsyaAllah antum akan mendapat hasil yang baik dan kesan positif daripada mereka.
Sekiranya ingin disayangi dalam keluarga, rakan dan masyarakat, maka bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas solat. Apa yang baik itu datang daripada Allah سبحانه وتعالى dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.
Isteri Hidangkan Makanan, Suami Sibuk Dengan Telefon, Lalu Biarkan Ia Sejuk, Maka Lambatlah Rezeki Masuk

Wahai suami-suami, kalau nak murah rezeki, buat ini:

1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, hidang dah atas meja, kemudian beliau menjemput kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan ia sejuk, maka lambatlah rezeki masuk.
Mana rezeki yang telah terhidang, santuni rezeki itu sebaik-baiknya.
2. Jika pulang sahaja ke rumah, tiba-tiba anak-anak menerpa, cakap ayah nak itu ayah nak ini, pergi duduk. Cakap seorang demi seorang, cium dahi mereka walau kita tak mampu nak lunaskan setiap satunya, tak boleh marah, tak boleh herdik.
Sabar dan santun dengan anak-anak akan memurahkan rezeki seisi rumah. Allah suka orang yang sabar dengan si kecil yang tidak ada dosa.

3. Bangun pagi, jika tidak kejutkan pasangan, kita sahaja yang bersiap dan biarkan isteri masih berdengkur, juga boleh mengurangkan rezeki rumah tangga. Mulalah sana tak cukup, sini rasa nak marah dan sebagainya.
Waktu pagi adalah masa terbaik untuk sama-sama bangkit dan bersyukur kerana masih hidup. Saling kejut dan minta bangun, adalah perbuatan baik menjemput rezeki masuk.
4. Usaha untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita masih kecil. Mula dengan RM10, RM50, letak dalam purse mereka. Biarkan ia berputik seperti cinta yang dulunya kecil hari ini sudah beranak 6.
Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki.
5. Banyak-banyak bergurau dari marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua. Banyak jenaka atau banyak sedih. Jika banyaknya ketawa, senyum dah gembira, itu tanda rezeki mahu masuk ke dalam rumah kita.
Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tidak suka itu ini, sering hatinya tidak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah REZEKI
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Wahai Isteri, Jangan Lupa Doakan Suami Anda. Besar Kesannya Pada Mereka!

Sedarlah wahai suami, betapa mustajabnya doa isteri yang solehah jika dia bermunajat dan mendoakan suaminya dengan ikhlas. Ada rahsia disebalik keajaiban doa seorang isteri. Malah, doa seorang isteri turut menjadi kunci dan kekuatan pada kejayaan, kebahagiaan dan rezeki buat suami.
Oleh itu, seorang isteri haruslah mendoakan yang baik-baik untuk suami agar Allah membuka pintu limpahan rahmat buatnya. Setiap wanita mengimpikan ketua keluarga yang baik. Maka, mohonlah doa padaNya wahai isteri. Tidak kira di mana sahaja anda berada. Jika bukan isteri, siapa lagi yang mahu doakan suami?
Sambil masak, doakanlah suami. Sambil basuh baju, doakanlah suami. Ketika pegang tangan suami, doakanlah juga untuk suami. Tatap wajah suami dengan penuh rasa cinta. Dengan keredhaan isteri, segala urusan suami pasti dipermudahkan.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin tentang kesan doa seorang isteri dalam kehidupan seorang suami.
Besar kesannya doa seorang isteri dlm kehidupan seorang suami…
Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…
Doa seorang isteri itu sangat mustajab…
Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yg diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak2 isteri tidak dipenuhi, berdoalah…
Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jgn pernah putus asa utk berdoa…
Sumber: Firdaus Shakirin
Bengah Kongsi Tip Kenapa Kita Perlu Sayang Diri Sendiri Sebelum Sayang Pasangan!

Bercinta memang sesuatu yang indah dalam hidup manusia. Lebih-lebih lagi jika kita bercinta dengan orang yang memang kita dambakan. Tapi harus diingatkan, sebelum mencintai dan menyayangi pasangan, cintailah diri sendiri dulu kerana kita berhak mendapat layanan yang terbaik.
Bengah atau dikenali sebagai Makhlok Macho di laman sosialnya berkongsi pengalaman bercinta sebelum dipertemukan isterinya.
‘Isteri banyak tanya kenapa dulu aku bercinta tak kekal dan serius dalam hubungan.. aku pon bercerita la dekat dia…
.
Masa aku bercinta dulu sebelum kenal dia. aku kenal dengan orang ni, dia ni, dia tu.. wei bukan playboy tau tapi fasa aku nak mengenali orang dan ada 1 kisah aku amat sayang pada seseorang sehingga mengabaikan diri. mencintai seseorang tanpa mengenal erti kasihan kepada diri sendiri. kan ke badigol sood tu?
.
Betul la kata pepatah ni.. “makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak tun tuang” eh? so waktu aku mencintai seseorang tu aku tak dihargai. segala perjuangan aku buat untuk merancang membina empayar aku dan dia akan datang tu musnah dengan 1 rangkap kata-kata.. “Saya takde masa depan dengan awak” punya la lama aku bercinta selamba kepala hangguk dia kata camtu. dan aku pon membujang lalu jasad ku kubiarkan kelaparan.. masa tu aku tengah famous kat facebook viral pasal #PenjagaBudakBudak?? (klik la tengok)
.
Sehingga la aku jumpa Cik Bunge.. yang sebelum ni pilihan aku ialah cukup syarat saja tapi tak cukup sifat. sebab otak letak kat dalam pensil box. mana la kita nak tahu masa depan kalau kita takde usaha?
.
Benda camni terjadi disebabkan faktor bila bergaduh lelaki dan perempuan ni ego. Kau tau apa jadi kalau kita tak msg awek kita? Akan hadirlah Pakar Sakit Puan atau Doktor Love ataupon Hero Tambi yang merawat atau melayan awek kau tadi. Aku pon selalu gaduh dengan isteri aku selalunya aku yang meminta maaf sebab tak nak ia berulang walaupon dia takde kawan. dulu gaduh tak msg aku risau benda berulang sekarang ni kalau bergaduh? usaha la minta maaf esok buat lagi pon minta maaf jela sampai la hari raya. haha!
.
Aku berisi dari dulu pon sebab makan baca doa same same. Amin doa same same. isteri suap makan. Alhamdulillah isteri power masak kari daging. huhu
.