“Mas kahwin yang paling baik adalah yang paling mudah”

Ia hadith riwayat Imam Al-Hakim

Kalau kita lihat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sangat menghargai dan menyayangi para wanita, maka sudah pastilah apa yang dipesan oleh baginda adalah amalan yang paling bagus serta baik untuk diikuti. Tinggal lagi ia berkaitan keyakinan serta permainan hawa nafsu yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati.

Mudah di sini bermaksud tidak memberatkan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki yang perlu memberinya.

Mudah di sini bermaksud ia mengikut kapasiti kemampuan tanpa menyebabkan kemudharatan semata-mata kerana ingin melunaskan mas kahwin tersebut. Sebagai contoh terpaksa pinjam duit banyak dari bank atau lagi parah dari along.

Mudah di sini bermaksud ia bersifat relatif menurut kadar ekonomi masing-masing.

Kalau lelaki tu memang kaya dan banyak harta, mungkin 20,000 dan rantai emas 916 wah chan  seberat 1 kg itu  MUDAH bagi beliau.

Mungkin bagi seorang lelaki yang baru hendak mula kerja, baru habis belajar, baru nak stabilkan hidup,  tiap2 bulan bayar ptptn, nak bayar motor/kereta lagi, nak prepare untuk bajet kenduri belah lelaki lagi, RM 5,000 pun BELUM TENTU MUDAH bagi beliau.
“Mas Kahwin Paling Baik Adalah Yang Paling Mudah”

Sebab itu dalam islam tiada jumlah mutlak dan tetap, kerana definisi mudah itu berbeza mengikut keadaan, tempat serta zaman. Subhanallah, benarlah islam itu bersifat syumul, ‘alamiyah, sentiasa relevan  dan mengandungi hikmah untuk sepanjang kehidupan.

Dan wang hantaran pula adalah wang yang biasanya diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sebagai hadiah. Wang hantaran ini tidak menjadi hak mutlak milik isteri menurut syarak. Kalau mas kahwin yes, ianya milik mutlak isteri. Biasanya digunakan untuk buat biaya kenduri sebelah perempuan.

IKLAN

Dan inilah fokus kita pada hari ini: WANG HANTARAN

Sebagai seorang perempuan (ni yang perempuan terutamanya sila ambil perhatian ya ), kita perlu fikir panjang dan rasional. Fikir long-term punya biar extend  sampai ke akhirat, inshaaALLAH.

Pertama sekali, niatlah untuk kahwin kerana ALLAH. Yang kita harapkan pada sesebuah perkahwinan itu bukanlah untuk mendapat keuntungan dunia, bahkan yang kita harapkan adalah keuntungan di akhirat.

Ada juga yang berpendapat kalau murah sangat, macam mudah sangat je nak dapat. Biarlah mahal2 sikit, baru dia hargai.

“Mas Kahwin Paling Baik Adalah Yang Paling Mudah”

Allah ya Allah. Maaf saya katakan, tetapi saya kurang bersetuju dengan pendapat ini.

Pendapat saya adalah, kalau kita memilih seorang lelaki kerana keimanannya, maka kita perlu yakin bahawa beliau akan melayan seorang isteri dengan baik sebab dia tahu itulah perintah ALLAH dan termasuk dalam amal soleh yang sangat dituntut. Bukan kerana mahal/murah ‘harga’ yang dilaburkan seawal perkahwinan menentukan kelas layanan mereka. Tetapi yang menentukannya adalah keimanan serta ketaqwaannya.

IKLAN

Berapa ramai orang bercerai hari ini, tak jadi bercerai sebab terfikir dulu bayar mahal nak kahwin dengan dia ni dulu.. ishhh…tak jadilah pulak nak cerai. Rugi!!”

Maaf, tapi rasanya tiada kes sebegini. Kalau ada pun, mungkin kes2 yang sangat terpencil.

Nyata, hantaran kahwin itu terguna pakai secara nyata untuk satu tempoh masa yang tidak lama. Yang menjadi penentu hala tuju serta situasi dalam sesebuah rumahtangga adalah keimanan para penghuninya. Kerana iman akan mengawal tingkah laku, akhlak, peribadi serta hati. Bukan wang yang menentukannya

Jadi, kalau kita berkahwin mahal2 tetapi tiada keimanan rumahtangga akan mudah goyah dan terjatuh.

Namun, kita tak boleh lari dari kenyataan yang sangat rasional bahawa kita memerlukan duit untuk terus hidup. Ya, kalau hidup dengan cinta semata-mata, nak makan maggi pun tak lepas abang oiii.

Tapi, itu juga bukan bergantung pada jumlah hantaran kahwin yang mampu disediakan, ia bergantung kepada ‘financial stability’ lelaki terbabit. Kalau difikirkan, apabila lelaki tersebut terpaksa menggunakan sebahagian besar wangnya dan jika sampai terpaksa meminjam untuk membayarnya, maka itu lagilah menjejaskan ‘financial stability’ selepas berkahwin.

IKLAN

So rasanya lebih relevan kalau parents soal siasat dan cakna lebih sedikit kepada kematangan serta perancangan hidup lelaki terbabit berbanding fokus bincang ‘sebutharga’ untuk anak mereka.

Maaf kalau ada yang tak setuju, tapi saya rasa ini yang paling ideal untuk dilakukan. Lelaki yang punyai matlamat yang jelas dan pandai mengurus serta merancang kehidupan inshaaALLAH akan tahu bagaimana ingin bertanggungjawab terhadap isteri yang dinikahinya dan merancang kehidupan berumahtangga yang stabil.

Apalah gunanya, bila buat kenduri besar-besaran, mewah, lip lap, tapi lepas kahwin takde duit…tskk…

Lagilah sedih kalau wang hantaran tersebut kita gunakan untuk buat kenduri besar besaran dengan niat untuk ditunjukkan kepada orang lain ataupun kerana malu nak bersederhana. “Apa pulak kata orang nanti nii…I retisss kott!”

Tidak menjadi masalah jika memang benar2 mampu, tetapi ia menjadi sebaliknya kalau sampai MEMBERATKAN PIHAK LELAKI untuk menyediakannya.

Allahurabbi.

Biarlah untuk walimah, kita niatkan untuk menjamu orang ramai dengan niat infaq.

Biarlah untuk mengadakan kenduri, kita adakan untuk mengikut kadar kemampuan masing-masing. Pedulikan kata orang. Dan juga kalau boleh sebagai anak jika ibu bapa belum faham jangan cepat melenting dan salahkan mereka dahulu.

Tolong sedikit sedikit secara hikmah beri mereka penjelasan dan banyakkan berdoa agar ALLAH kurniakan petunjuk dan lembutkan hati mereka. Subhanallah, ALLAH Muqollibal Quluub. ALLAH tidak akan membiarkan hambaNYA yang berdoa dengan penuh ikhlas tergapai-gapai begitu sahaja. Pasti ada jalan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI