
Memang hari perkahwinan adalah hari paling teruja untuk bakal pengantin terutamanya yang bakal bergelar isteri. Dialah yang paling sibuk menguruskan hal kahwin. Tetapi dalam senarai ‘to-do-list’ , paling atas sekali adalah mak andam atau makeup artist yang akan menyoleknya nanti.
Dibeleknya satu per satu akaun Instagram untuk tengok solekan MUA mana paling berkenan di hati. Walaupun PKP dan berkahwin hanya di pejabat agama sahaja, cantik tetap top priority! Tapi ramai yang kadang-kadang terlupa sama ada solekan yang diingini tu ‘kena’ tak dengan kulit. Takut bertopeng jadinya nanti!
RARE BEAUTY hasil ciptaan selebriti antarabangsa terkenal, Selena Gomez yang baharu sahaja dilancarkan di Malaysia boleh menjadi pilihan terbaik anda yang inginkan lekapan solekan tampak semula jadi. Sama ada menggunakan khidmat solekan profesional atau solek sendiri, anda tak akan nampak seperti ‘bertopeng’ di hari bahagia nanti!
FORMULA UNIK UNTUK COVERAGE TERBAIK
Kenapa nak sembunyikan wajah yang cantik sedangkan setiap kekurangan itu adalah kelebihan seorang wanita. RARE BEAUTY lahir dengan formulasi unik dalam solekan yang terasa ringan di wajah namun tetap memberi impak keunikan seorang wanita. 113 produk yang sudah memasuki pasaran Malaysia akan dijual di butik Sephora Malaysia sama ada secara atas talian atau di butik Sephora berhampiran.
Untuk bakal pengantin yang mahu bersolek sendiri, jangan takut untuk menggunakan warna-warna yang ditawarkan kerana anda sendiri akan dapat melihat kesesuaiannya pada wajah. Lupakan trend lapuk dengan bedak tebal kerana sekarang, less is more!
Rawat Wajah Dengan Menggunakan Ais Batu, Ini 8 Manfaat Anda Boleh Dapat!

Ternyata ais batu bukan setakat menyejukkan minuman, tetapi boleh jadi petua kulit cantik. Selain boleh dapat merawat kecantikan wajah, ada banyak manfaat lain, dan ais batu juga boleh digunakan untuk mengubati masalah jerawat yang muncul di wajah anda.
Anda juga dapat berjimat dan tidak perlu membayar harga mahal untuk memiliki wajah lembut, lebih anjal dan cantik. Petua kulit cantik guna ais batu sangat berkesan, namun proses ini perlu anda lakukan secara rutin.
Berikut beberapa manfaat petua kulit cantik guna ais batu:
1. Menyegarkan Kulit Wajah Yang Penat
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.
2. Mengecilkan Ruang Pori-Pori
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.
3. Mengubati Mata Sembab
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan petua kulit cantik guna ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tula dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.
4. Meringankan Masalah Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.
5. Mengurangkan Bulu-Bulu Halus
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membangtu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.
6. Wajah Lebih Anjal & Lembut
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya! Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.
7. Meningkatkan Peredaran Darah
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.
8. Mekap Menjadi Tahan Lebih Lama
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.
Tak Sangka Air Beras Pun Boleh Di Jadikan Pelbagai Bahan Kecantikan Diri!

Mesti ada yang tak percaya kan sebenarnya air beras ni boleh dibuat sebagai bahan kecantikan. Ya, dan kali ini kami akan berkongsi kepada anda antara kegunaan air beras yang ramai tak tahu.
Air cucian beras mempunyai banyak khasiat. Kebanyakan orang seringkali membuang air cucian tersebut selepas mencuci beras. Kini, anda boleh menjadikan air cucian beras sebagai rawatan kecantikan anda.
1. Toner Kulit
Air cucian beras berfungsi sebagai toner kulit untuk membersihkan wajah. Rendam kapas di dalam air cucian tersebut kemudian lapkan di sekitar kulit muka anda.
Ia membantu menghilangkan kotoran dan sebum berlebihan di wajah anda. Jika dilakukan secara berterusan, anda akan mendapatkan kulit wajah yang lembut dan segar.
2. Masker Wajah
Air cucian beras boleh digunakan sebagai masker wajah. Anda hanya perlu memotong kertas napkin mengikut beberapa bahagian seperti masker dan merendamkannya lebih kurang 10 minit di dalam air beras.
Kemudian perah dan tampalkan di wajah anda selama 15 minit. Anda pasti akan merasa kesegaran di wajah anda.
3. Pencuci Muka
Gunakan air cucian beras setiap kali anda ingin mencuci muka. Ia lebih berfungsi sebagai pencahayaan kulit.
Anda tidak perlu bergantung pada produk kosmetik yang mahal, cukup sekadar menggunakan air beras ini akan membuatkan wajah anda nampak putih berseri.
4. Mengecilkan Liang Pori
Air cucian beras ini dilihat berfungsi untuk mengecilkan liang pori pada wajah. Anda perlu mengambil bola kapas dan celupkan di dalam air beras, serta memakainya di muka dengan mengusap secara perlahan di sekitar kulit muka anda.
5. Penyembuh Jerawat
Dengan penggunaan secara berterusan, air cucian beras mampu mengatasi jerawat anda.
Jerawat akan hilang dan sembuh dengan lebih cepat. Ia juga disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan kosmetik.
6. Masker Rambut
Kecantikan dan kesihatan rambut sangat penting bagi wanita. Air cucian beras membantu anda memiliki rambut yang cantik, hitam dan bersinar.
Anda hanya perlu membasuh kulit kepala dengan menggunakan air beras dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas menggunakan shampoo dan perapi rambut.
Sumber : ida rohaiza
Muka Dari Dekat Nampak Flawless Dengan Makeup Terbaik Ini, Semuanya Beli Di Sephora

Apa la sangat kalau nak menjadikan bakal isteri anda mahupun isteri anda nampak cantik sepanjang hari. Keluarkanlah sedikit bajet untuknya tampil cantik buat anda, barulah hari-hari cinta anda berdua kekal bersemi. Apa lagi singgah ke Sephora dan dapatkan barangan makeup ini dengan harga yang sangat berpatutan.
JILLSTUART BLOOM MIX BLUSH COMPACT
Bagi wanita yang memiliki kulit putih dan cerah, anda sangat beruntung kerana tona kulit seperti ini sesuai menggunakan pelbagai jenis warna asas dari jenama ini. Warna dari palette blush on ini sesuai untuk tona kulit anda.
Kalau anda memilih penampilan secara kasual, rona natural seperti pink dan peach lebih sesuai untuk keluar bersantai dan anda akan tampak lebih fresh. Jika anda ingin tampil lebih anggun, cuba aplikasikan rona sheer plum untuk jamuan makan malam. Pasti anda akan menjadi tumpuan pada malam itu!

TOO FACED
Born This Way The Natural Nudes Complexion Inspired Eyeshadow Palette
Eyeshadow palette ini mempunyai dua jenis eyeshadow iaitu shimmer dan matte. Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan shimmer eyeshadow sahaja atau matte eyeshadow ketika pergi bekerja atau majlis. Selain itu, eyeshadow ini merupakan eyeshadow yang tahan lama. Anda tidak perlu risau untuk menjalani aktiviti harian dan anda tidak perlu mencuri masa untuk betulkan eyeshadow anda lagi.

SEPHORA COLLECTION
Must-Have Glow Highlighter Palett
Mengandungi 4 warna shimmer yang berbeza iaitu warna asas yang sesuai digunakan untuk pemula, jadi anda boleh pilih warna yang sesuai untuk bahagian mata anda kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Eyeshadow palette ini boleh digunakan dengan jari untuk mendapatkan hasil eyeshadow yang anda inginkan.

ANASTASIA BEVERLY HILLS
Loose Setting Powder
Merupakan serbuk mesra dan lembut pada kulit menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tidak lagi kelihatan. Ianya tahan lama serta mudah untuk digunakan, memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan. Diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan nada kulit bagi memberi kesan penampilan kulit bebas minyak sepanjang hari.

NATASHA MOOR
Molten Matte Liquid Lipstick
berbentuk cecair dengan kemasan matte yang mampu melekat pada bibir untuk jangka masa yang panjang.
Lipstick ini kaya dengan pigmen yang halus dan lembut serta dapat memberikan kekemasan sempurna pada bibir.
TARTE
Shape Tape Glow Wand
Tarte adalah antara jenama popular yang mengandungi bahan vegan atau cruelty free, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. Shape Tape Contour Concealer ini juga tidak kurang hebatnya. Ia membantu mencerah, melancar dan membantu kulit kelihatan lebih bermaya pada setiap aplikasi. Kandungan Mango Seed dan Shea Butter di dalam, memberi hidrasi secukupnya pada kulit dan memerangi kesan penuaan awal. Bebas dari minyak mineral, paraben dan gluten, concealer ini menjadikan kulit terasa segar sepanjang hari. Ianya terbukti berkesan untuk melindungi kulit selama 24 jam.