Suami isteri sepatutnya menjadikan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sebagai langkah untuk mengeratkan kembali hubungan suami isteri. Selama ini, masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadi, sepatutnya waktu ini digunakan untuk berkasih sayang dengan pasangan.
Namun sebaliknya yang terjadi apabila isu keganasan rumah tangga semakin meningkat apabila PKP dilaksanakan. Setakat ini, sebanyak 135 aduan keganasan rumah tangga (KRT) telah diterima melalui Talian Kasih di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan berharap agar masyarakat dapat memainkan peranan mereka sebagai jiran tetang dengan menyalurkan aduan dengan segera jika mendapat maklumat.
IKLAN
“Talian Kasih 15999 di bawah KPWKM telah menerima 135 panggilan berhubung insiden yang melibatkan keganasan rumah tangga sepanjang PKP,” ujarnya.
Mungkin ada mangsa yang terlibat dalam keganasan rumah tangga tidak berani untuk buat aduan atau mungkin telefon mereka dirampas membuatkan mereka tiada ruang untuk membuat aduan.
IKLAN
Menurut Harian Metro, antara punca perbalahan antara pasangan adalah disebabkan oleh kes cemburu, selisih faham berkaitan hal kecil, masalah duit dan suami penagih dadah. Ada yang bergaduh bukan kerana PKP tetapi atas isu atau masalah yang sedia ada atau berlarutan.
IKLAN
Semoga kita semua dijauhkan daripada isu-isu seperti ini. Doakan agar rumah tangga kita sentiasa aman dan damai. Namun, pertelingkahan kecil itu adalah perkara biasa. Tetapi jika anda dikasari pasangan, segeralah laporkan kepada pihak yang sepatutnya.
Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.
b) Syarat-Syarat Bakal Isteri
Islam
Bukan seorang khunsa
Perempuan yang tertentu
Tidak dalam keadaan idah
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis))
Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
Bukan isteri orang atau masih ada suami
Syarat Wali
Adil
Islam
Baligh
Lelaki
Merdeka
Tidak fasik, kafir atau murtad
Bukan dalam ihram haji atau umrah
Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila
Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.
* Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.
Jenis-Jenis Wali
Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)
Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali
Wali ab’ad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali ab’ad ini akan berpindah kepada wali ab’ad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.
Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat-Syarat Saksi
Islam
Lelaki
Baligh
Berakal
Merdeka
Sekurang-kurangya dua orang
Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
Bukan tertentu yang menjadi wali.
(Misalnya, bapa saudara lelaki yang tunggal. Katalah hanya ada seorang bapa saudara yang sepatutnya menjadi wali dalam perkahwinan itu tetapi dia mewakilkan kepada orang lain untuk menjadi wali sedangkan dia hanya menjadi saksi, maka perkahwinan itu tidak sah kerana dia dikira orang tertentu yang sepatutnya menjadi wali.)
Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul
Syarat Ijab
Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang dan tepat.
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu (seperti ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui dalam tempoh tertentu dalam nikah kontrak/mutaah)
Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab (lafaz akad) dilafazkan
Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan dan sindiran.
Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
* Contoh lafaz ijab:
“Daku nikahkan dikau dengan ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… tunai.”
.
.
Syarat Qabul
.
Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab
Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan.
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang terbatas tempoh waktunya
Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan.
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain.
* Contoh lafaz qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami) :
i)“Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak RM …… ”
ATAU
ii)“Daku terima nikahnya ….. binti …. (sebutkan nama pengantin perempuan) sebagai isteriku.”
Kahwin ni nampak mudah sehingga kau sendiri melaluinya. Lepas kahwin baru kau tahu mudah atau tidak seperti yang di janjikan sebelumnya. Wanita ini kongsi, jangan cerita pasal kahwin kalau kau masih berperangai sedemikian.
Berpantang selepas bersalin caesar tidak mudah untuk seorang wanita, suami harus telliti dan prihatin bila isteri bersalin cara ini. Ada yang berpantang 44 hari, ada yang berpantang sampai 100 hari. Ini semua bergantung kepada kesesuaian keadaan, kesihatan, dan budaya anda. Menurut BabyCenter, pembedahan Caesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Maka, ada beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan, terutamanya bagi penjagaan pantang bersalin pembedahan. Ini kerana, otot dalaman dan luka anda memerlukan rehat supaya cepat sembuh dan anda dapat kembali menguruskan kehidupan harian dengan lebih efisyen.
7 PANTANG BERSALIN CAESAR YANG PERLU DITITIKBERATKAN
1. BERGERAK AKTIF
Elakkan melakukan sebarang kerja-kerja rumah yang sukar, turun naik tangga, ataupun mengangkat barang yang lebih berat daripada bayi anda. Selain itu, pergerakan biasa seperti menoleh dan memusing mungkin menyebabkan kesakitan dan perlu dilakukan secara berhati-hati.
2. BATUK
Jaga pemakanan dan jauhkan sebarang jenis makanan berminyak atau pedas mahupun minuman seperti air sejuk dalam kuantiti banyak kerana ia boleh menyebabkan batuk. Memang seksa bila dah kena!
Sekiranya anda ingin terbersin, ketawa atau terbatuk, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk ‘menahan’ pergerakan perut. Selepas 1 minggu, anda juga boleh memakai bengkung atau ‘binder’ daripada kapas yang dapat menyokong perut serta postur anda.
3. BERENDAM DALAM AIR PANAS
Elakkan tab air panas atau kolam renang sepanjang waktu berpantang. Tapi, anda digalakkan untuk mandi supaya badan rasa selesa dan bersih. Berhati-hati supaya luka pembedahan tidak terlalu basah dan dilap dengan kering selepas mandi. Sentiasa perhatikan luka supaya sebarang jenis jangkitan dapat dicegah atau dikesan pada peringkat awal.
4. HUBUNGAN INTIM
Buat sementara waktu, ‘berpantang’ dahulu daripada hubungan intim walaupun mungkin dar*ah nifas yang keluar tidak begitu banyak. Pastikan luka bersalin caesar anda telah kering dan anda telah berasa cergas untuk melakukannya bersama pasangan.
5. SENAMAN
Seperti ramai ibu-ibu, ramai yang ingin cepat kurus selepas bersalin caesar. Apapun, tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4-6 minggu selepas bersalin. Dapatkan saranan doktor sebelum memulakan sebarang rejim senaman atau diet yang khusus.
6. AMBIL REMEH TENTANG PENYUSUAN BADAN
Biasanya mereka yang bersalin pembedahan akan memerlukan sedikit pertolongan untuk menyusu badan kerana lokasi luka pembedahan yang sedikit mencabar.
Oleh itu, jangan teragak-agak untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan sesiapa untuk membantu anda memangku bayi ketika anda cuba mendapatkan posisi yang selesa. Sediakan pam susu sekiranya anda berasa susah untuk menyusu bayi secara‘direct’.
7. BIARKAN DIRI DILANDA KEMURUNGAN
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Tapi, ketahuilah bahawa anda tidak perlu melaluinya sendiri. Dapatkan sokongan moral dan bantuan keluarga apabila anda memerlukannya. Berbuallah dengan suami, saudara, atau teman-teman untuk mengurangkan stres. Jangan memaksa diri menguruskan keluarga atau terlalu memikirkan kerja harian hingga menjejaskan emosi anda.
Dalam penjagaan pantang bersalin caesar, tidak salah anda mengambil ubat penahan sakit. Dapatkan nasihat doktor dan jururawat untuk membantu anda.
Selain itu, terdapat beberapa tanda amaran yang tak patut dipandang ringan seperti demam berterusan, pendar*ahan yang terlalu banyak dari far*aj, luka bernanah atau kemerahan, jahitan terbuka atau berlubang, bengkak, atau rasa kesakitan yang luar biasa.