Masalah berat badan sering kali menjadi perkara utama yang mengganggu fikiran sehingga kadang-kadang boleh menyebabkan hilang keyakinan diri hingga membuatkan rasa malu dengan penampilan diri.

Bermacam cara untuk menguruskan badan dibuat tapi kebanyakannya menggunakan produk yang nilainya mencecah ratusan ringgit. Lelaki bernama Harith Faisal ini berkongsi rahsia hanya dengan satu cara ini, dia mampu menurunkan berat badannya sehingga 10kg tanpa pengambilan sebarang suplemen.

TEH HIJAU: 2 BULAN TURUN 10KG

Masih Ambil Nasi Sebagai Makanan Harian, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun 10 Kg Dalam 2 Bulan!

Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet dua bulan ni. Yup! Hari ni genap dua bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.

Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spageti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.

Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.

IKLAN

Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skill meng google saya yang hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;

  1. Dapat berikan tenaga.
  2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
  3. Dapat tingkatkan metabolisme.
  4. Sekali gus, dapat turunkan berat badan.

Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takde gula, takde susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!

Kat mana nak beli? 99 Speedmart.

IKLAN

Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.

  1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)
  2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)

Masih Ambil Nasi Sebagai Makanan Harian, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Turun 10 Kg Dalam 2 Bulan!

IKLAN

Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.

Sebelum ni hari-hari cerita pasal pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Hari ni buang tabiat sikit cerita pasal pengalaman turun berat badan pulak. Lantaklah.

Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah.” Itu motivasi untuk saya.

Haha! – HF

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI