
Wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda dan cahaya mata yang cemerlang bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan. Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang? Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Lumrah kehidupan masa kini membuatkan semakin ramai manusia lebih mementingkan kebendaan, memandang kemewahan berbanding ketenangan, memilih untuk diri disanjungi walaupun hakikatnya jauh di sudut hati tidak ada sedikit pun rasa tenang dan bahagia. Ikuti perkongsian isteri bertuah ini di Twitternya yang rasa semakin bahagia apabila berkongsi rezeki bersama suaminya.
.
.
.
.
.
.
Semuanya bergantung kepada pilihan sendiri, mungkin masih ramai yang tidak sedar betapa pentingnya berasa bahagia dan tenang. Ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit namun nilainya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sejumlah wang yang banyak. Disebabkan itu, ramai individu yang saya temui berterus terang mengakui jiwa mereka terasa kosong sedangkan mempunyai kemewahan tidak ternilai.
.
.
.
Muhasabah diri, hargai diri dan insan terdekat terutama ahli keluarga, isteri dan anak-anak kerana ia adalah cara terbaik untuk kita mula belajar erti bahagia. Walaupun tampak mudah, hakikatnya untuk mendapatkan kebahagiaan diimpikan itu sangat susah dan perlukan satu pengorbanan.
.
PPN : Ya Allah bertuahnya bila kita saling memahami antara satu sama lain dalam berumahtangga, tidak berkira dan saling melengkapi. Inilah hasilnya rezeki kian bertambah, dari tiada apa terus rasa cukup. Tahniah buat pasangan yang mempraktikkan cara hidup begini.
Khas Buat Pengantin Muka Berminyak Teruk, Ini Produk Pencuci, Pelembap, Makeup Dan Toner Patut Anda Guna

SKINCARE, MEKAP DAN TIPS UNTUK KULIT BERMINYAK.
Pilihan produk yang bakal pengantin boleh praktikkan sebelum menjelang hari bahagia nanti. Semoga kulit wajah kekal cantik dan berseri. Ikuti perkongsian saudari Nana Robil ini di Facebook miliknya.
Biasa kulit berminyak akan cenderung menghasilkan jerawat. Jadi produk yang sesuai sangatla penting untuk mengelakkan masalah kita jadi lebih teruk.
Jom cikidaut produk yang best dan sesuai untuk korang. Semua produk ni boleh dapat di outlet, drugstore dan farmasi terpilih.
Item-item ni di pilih berdasarkan review dan rating yang di beri pengguna so mungkin ada yang sesuai dan mungkin ada yang tidak. Bajet pon ikut poket masing-masing. Jadi kita sebagai pengguna kena rajin juga buat review dan research ok.
Bukan kata skincare, mekap pon perlu tips dan tricks untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Sebab biasanya mekap akan cepat bercapuk dan akan menjadikan muka sangat berminyak jika kita tersalah pilih mekap.
Antara 6 pilihan cleanser.
1. Cetaphil Oily Skin Cleanser
RM65.90
Ni untuk mereka yang ada problem skin berminyak yang sangat teruk. Kalau korang yang jenis berminyak biasa-biasa boleh guna yang gentle sahaja. Ni pon saya dapat atas nasihat pharmacist. Harga pon lebih murah berbanding yang oily.
2. Nivea Acne Care Mekap Clear 3 in 1
RM18.40
3. Simple Oil Balancing Exfoliating Wash
RM17.50
4. Hada Labo Deep Clean & Blemish
RM24.90
5. Safi Pembersih Muka Sari Gamat
RM8.03
6. Himalaya Purifying Neem Face Wash
RM9.63
Antara 6 pilihan toner.
1. Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner
RM42
2. True Island Alaska Glacier Water Aqua Toner
RM88
3. Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Lotion
RM55.16
4. Simple Soothing Facial Toner
RM15.98
5. Oxy Oil Control Toner
RM13.90
6. Clean & Clear Oil Control Toner
RM11.22
Antara 5 pilihan pelembab.
1. Cetaphil Moisturizing Cream
RM63.34
2. Neutrogena Oil-Free Moisture With Sunscreen
RM31.70
3. Kiehl’s Blue Herbal Moisturizer
RM111.00
4. True Island Alaska Water Aqua Gel
RM99.00
5. Sebamed Clear Face Care Gel
RM42.40
Antara 4 pilihan mask.
1. Seaweed Oil Balancing Clay Mask
RM79.00
2. Freeman Mint & Lemon Clay Mask Oily Skin Face
RM22.44
3. Mario Badescu Special Mask
RM100.00
4. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
RM58.23
Antara 6 pilihan foundation.
1. Maybelline Fit Me Matte + Poreless
RM49.90
2. MAC Studio Fix Fluid + SPF 15
RM160.00
3. Fenty Beauty Pro Filt’r Soft Matte
RM145.00
4. Revlon Colourstay Makeup Pump
RM53.50
5. Loreal Paris Infallible 24hr Liquid Foundation
RM99.90
6. Hourglass Immaqulate Liquid Powder Foundation
RM220.63
Tips Mekap Buat Wajah Yang Berminyak :
1. Pastikan wajah di cuci dengan terlebih dahulu sebelum menampal apa-apa mekap pada kulit.
2. Jangan lupa tuam ais pada wajah untuk menenangkan dan menyegarkan kalenjar minyak. At least sekejap pada waktu kita nak bersiap mekap.
3. Primer sebagai base adalah wajib. Ini kerana primer berfungsi sebagai penyerap minyak, mengecilkan pori, membuat wajah lebih matte dan foundation lebih lama.
4. Pilih foundation yang sesuai. Untuk kulit berminyak pastikan ciri-ciri perkataan seperti ‘oil free’ atau ‘oil control’ ada terpapar pada botol foundation.
Juga perlu cari yang berlabel ‘long lasting’ ‘water resistant’ atau ‘water proof’
5. Bedak tabur sangat sesuai bagi wajah berminyak. Ini kerana bedak tabur dapat menyerap minyak dengan baik pada wajah sehingga wajah tak akan terlihat berminyak. Sementara sesetengah bedak padat mengandung minyak yang boleh membuat wajah semakin bercapuk.
6. Wajib hukumnya untuk membawa kertas minyak. Walaupon sudah memakai bedak atau pelembab yang dapat menyerap minyak, bukan bermaksud wajah akan benar-benar terbebas dari minyak ya.
Jadi sebagai persediaan kita guna kertas minyak ni. Cara dia hanya dap dap pada muka jangan gosok. Mekap tak akan terjejas pon cuma muka akan nampak kembali matte.
Jangan Ketepikan Hukum Allah, Ini Alasan Kenapa Wanita Tak Boleh Mengiringi Jenazah Suaminya Ke Kubur

Bolehkah wanita menghantar jenazah suaminya ke kubur?
Oleh: Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar AlHamid
■ Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.
↔ Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.
↪ Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat reda Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.
■ Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.
■ Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.
■ Pada zaman Rasulullah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda Rasulullah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”
↔ Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dan lain-lain.
■ Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.
■ Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang!
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.
■ Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?
■ Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.
■ Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.
■ Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kampung itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini – perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.
■ Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.
■ Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tak bercampur dengan lelaki.
■ Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.
■ Terdapat bayak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun.
Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak boleh makan, atau anak-anaknya tiada yang menanggung atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya. Dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.
Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan, minuman dan rawatan perubatan sahaja.
Mohd. Farid Ravi Abdullah, Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga mengupas:
Hadis Ummu �Athiyyah r.ah. perlu diberi perhatian yang memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW tidak menegah dengan keras tetapi sebagai satu peringatan agar wanita yang menziarahi kubur lebih bersifat berhati-hati dan memelihara hukum dan adab menziarahi kubur.
Isteri yang ingin mengiringi jenazah suami atau adik-beradiknya atau sesiapa daripada kalangan orang Islam adalah tidak haram. Sebahagian ulama menghukumnya dengan makruh, ini kerana kemungkinan berlakunya ratapan, teriakkan dan sebagainya.
Sekiranya seorang wanita dapat mengawal dirinya dan tidak berkelakuan seperti apa yang ditegah di kubur, maka wanita ini tidak ada halangan untuk mengiringi atau menziarahi kubur.
Pada masa yang sama, wanita juga boleh menyembahyangkan jenazah terutama jika mayat itu adalah suami atau saudara yang terdekat.
Ia juga disebut sebagai tempoh berkabung. Bagaimanapun ia tidak bermaksud balu berkenaan tidak boleh langsung keluar rumah. Apa yang dilarang ialah keluar untuk suka-suka untuk aktiviti sosial seperti menghadiri majlis keramaian dan menghias diri.
Sebaliknya, jika untuk menuntut ilmu, bekerja atau ke hospital tiada halangan berbuat demikian. Ini termasuklah dalam tempoh idah isteri boleh ziarahi kubur suaminya.
Wallahu’alam bissawab.
Semoga bermanfaat.
Sudah Berkahwin Hormatilah Suamimu, Walaupun Ada Kala Tersinggung Hati

Rasa Hormat Isteri pada Suami Boleh hilang garas-gara sikap seorang suami itu sendiri. Banyak suami yang besikap lepas tangan tentang nafkah bila isteri turut berkerjabnmencari rezeki,suami lupa tanggungjawab, suami banyak main hp, tidak tolong jaga anak, semakin lama semakin kurang rasa hormat isteri terhadap suaminya.
Kadang-kadang hanya pergaduhan kecil, tetapi kata-kata suami itu telah melukakan hati isterinya. Si suami tidak pernah mengeluarkan perkataan maaf akhirnya hati si isteri makin terluka dan memendam rasa.
Banyak pekara lain lagi termasuk suami lupa pada janji, terlalu kerap berbohong asyik melakukan kesalahan yang sama berulang kali, Akhirnya isteri hilang kesabaran dan rasa tidak hormat mula terbit dalam hatinya. Ditambah pula dengan godaan syaitan yang tidak pernah berhenti mencari jalan untuk memporak-perandakan rumah tangga adam dan hawa, sedikit demi sedikit si isteri akan mula termakan hasutan syaitan.

1 – Suami Tak Capai Standard Seperti Yang Isteri Harapkan (High Demand)
Antara penyebab lain isteri degil tidak hormat suami adalah kerana sikap si isteri itu sendiri yang dengan sengaja menilai dan membandingkan suami dengan orang lain.
Sebagai contoh, si isteri mula bandingkan suaminya dengan rakan sekerja, saudara, adik beradik dan mungkin juga idolanya. Secara tidak langsung isteri itu seakan terlupa yang suaminya juga manusia biasa dengan pelbagai kekurangan. Akibatnya ia boleh menjadi punca pergaduhan dek kerana merasa kecewa apabila si suami tidak seperti yang diharapkan.
2 – Suami Tidak Pandai Menghargai Isteri
Sila hargai istri sebelum terlambat kerana hargai isteri ini adalah satu perkara yang penting. Jangan terkejut kerana isteri dengan rasa tak dihargai boleh mengundang padah!
Ada juga kes di mana si isteri rasa suami dah tak sayang akibat bentuk tubuhnya yang dah berubah. Ada juga isteri yang rasa tak dihargai walau dah banyak berkorban. Tak perlu canang satu kampung, memadailah dengan ucap “Terima kasih sayang sebab bantu abang”. Itu sudah cukup untuk membuatkan si isteri berasa gembira dan dihargai.
Ini tidak, sudahlah si isteri penat berkerja dan jaga rumahtangga demi untuk memastikan beban di bahu suami menjadi ringan, ditambahnya pula dengan caci maki akibat lambat masak dan sebagainya. Sepatutnya si suami tolong bantu dan bukannya dengan sengaja mengambik kesempatan dan memandang remeh hasil titik peluh isteri yang bekerja untuk membantunya.
Apabila keadaan ini berterusan sudah tentu semakin lama rumahtangga akan menjadi semakin suram. Perasaan marah dan sakit hati akan menjadikan suasana yang sangat dingin dalam perkahwinan. Pada waktu ini sudah terlambat untuk si suami memujuk si isteri untuk kembali macam dulu lagi.
3 – Isteri Melihat Suami Berlaku Curang Depan Matanya Sendiri
Dalam hubungan suami isteri banyak perkara perlu dilihat dan paling tak boleh diterima oleh isteri adalah pabila suami berlaku curang di belakangnya. Suami curang dalam diam bukan satu isu baru. Mengetahui suami berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati lebih lagi jika melihatnya sendiri depan mata.
Ada juga di mana suami sudah beberapa kali berlaku curang. Telah diberi peluang namun sama sekali tidak dihargai oleh si suami. Dalam keadaan ini memang isteri tidak hormat suami lagi dan hanya cerai yang menjadi titik penyelesaian.
Tanda Isteri Mula Degil Dan Hilang Hormat Pada Suami
Isteri mula menceritakan keburukan suaminya pada kawan-kawan
Suka menyindir suami dengan jenaka yang kasar
Isteri mulsamenjadi kasar dan hilang sifat lemah lembut terhadap suaminya
Isteri sudah tidak lagi menjadi pendengar masalah suami malah tidak lagi mempedulikan makan minum suaminya.
Jangan Dilupa Wahai Isteri Yang Syurga Itu Adalah Pada Suami
Perkahwinan adalah hubungan hati antara dua insan. Maka berbaik-baiklah dan sama-samalah menjaga ikatan sah yang dah terbina. Jangan lupa yang hidup ini tidak kekal untuk selamanya.
Untuk para suami tanya diri sendiri mengapa isteri sudah mula tunjuk rasa tidak hormat. Berubahlah untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan lebih hebat untuk si isteri berbanding sebelumnya.
Untuk si isteri pula jangan sesekali alpa yang syurga seorang isteri itu adalah pada suaminya. Jangan mudah sentap! Kenali hati budi suami dan cuba usaha bagaimana untuk lancarkan hubungan yang ada dengan baik. Jika mula ada rasa seperti seorang isteri degil yang tidak hormat suami, cepat-cepatlah kikis perasaan tu.