Selepas bertunang tu bincang awal-awal beberapa perkara penting seperti di bawah. Bukan setakat merajuk tak tentu pasal sebab tunang tak balas mesej atau reply teks pendek-pendek. Perkara ini lebih penting dari itu!

Anda dah selangkah dalam melabuhkan tirai sebagai pasangan suami isteri, hidup sendiri tanpa bantuan mak ayah.

Memang Berkahwin Buka Pintu Rezeki, Tapi Jangan Habiskan Duit Pada Benda Tak Penting

Berikut di antara perkara penting perlu di tulis dan dibincangkan sebelum korang kahwin lagi. Ianya realistik dan dapat elak ‘culture shock’ berlaku terutamanya dalam soal kewangan.

Kita tak nak sampai terkeluar skrip,
“Hantar aku balik rumah mak!”

Baik.

1. NAFKAH ISTERI

Perkara ini mesti dibincangkan bersama bakal isteri. Berapa kemampuan dapat diberi pada setiap bulan dan perancangan ‘increment’ untuk tempoh 3-5 tahun selepas itu.

Perlu diselesaikan saat ini juga tentang nafkah isteri bukannya duit untuk beli barang dapur. Ia berbeza okay!

Nafkah isteri bukan option tapi WAJIB diberikan walaupun dia bekerja.

2. TEMPAT KEDIAMAN

Selepas kahwin nanti nak tinggal di mana. Rumah sendiri, rumah sewa atau menumpang duduk rumah mertua? Pengalaman saya dan isteri, sejurus lepas kahwin kami terus berpindah rumah sendiri.

IKLAN

Teringat lagi semasa awal perkahwinan, Cuma ada perabot bilik utama dan kerusi kecil di ruang tamu. Meja makan dibeli beberapa minggu sebelum kahwin, ada SALE di pasaraya.

Tapi kami dah bincang dan nekad, tak kisah pun yang penting PRIVACY.

DANA RUMAH PERTAMA

Perkara ini mesti dibincangkan awal supaya matlamat ada ‘timeline’ dan juga harga rumah mampu dibeli. Apabila ada matlamat sebegini, kedua suami isteri dapat elak belanja beli barang tak perlu atau kerap melancong.

Yer la, bila sebut beli rumah deposit RM15,000 semua kata mahal. Tapi bila kita sebut untuk kos pergi balik bercuti pergi Istanbul selama 15 hari/13 malam, semua pakat kata murah. Haha! Sebaiknya kedua-dua baca buku hartanah, saya sarankan beli buku Dr Azizul Azli Ahmad bertajuk Rumah Pertamaku.

Syukur saya dan isteri berbincang sebelum kahwin lagi untuk memiliki rumah sendiri, kami jimatkan kos perkahwinan untuk tujuan ini.

3. WANG SAKU MERTUA

Zaman sekarang seperti sudah jadi kebiasaan untuk punya isteri yang bekerja. Paling tidak pun mereka akan aktif buat jualan secara ONLINE. Tak kisah la sama ada sebagai dropship ataupun agen produk.

IKLAN

Sebagai suami kita kena tahu tujuan isteri buat semua tu. Kita kena faham mereka juga seorang anak, ada orang tua untuk dijaga. Paling tidak pun mereka nak buat kerja tu sebab nak bagi ibu dan ayah mereka wang saku belanja bulanan.

Memang Berkahwin Buka Pintu Rezeki, Tapi Jangan Habiskan Duit Pada Benda Tak Penting

4. BINA KELUARGA

Semasa di awal perkahwinan sudah jadi lumrah orang akan doakan agar kita dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Kita sebagai suami isteri pun kena anggap doa itu satu doa yang baik. Bukan perli.

Cuma kita boleh rancang jika mengandung dalam tempoh kurang setahun, apa perlu dilakukan. Jikalau suami merokok mungkin masa itu dah boleh berhenti supaya alih belanja untuk kegunaan anak.

5. SIMPANAN KELUARGA

Saya lantik isteri sebagai Menteri kewangan keluarga. Kami cipta pelbagai jenis tabung semasa awal perkahwinan, semasa mengandungkan anak pertama malah sehingga ke hari ini.

IKLAN

Di awal perkahwinan kami bina tabung pelaburan bertujuan tujuan kumpul deposit untuk beli apartment untuk disewakan. Kemudian apabila isteri mengandung kami rancang tabung untuk persediaan anak pertama. Dah anak nak bersekolah kami dah sediakan tabung Pendidikan sejak dari awal.

Sehingga ke bajet hari raya, semuanya saya serah kepada isteri beliau rancang. Mana yang tak perlu kami bincang tengok kesesuaian. Kalau tak penting, potong terus dari senarai.

Maksudnya di sini asasnya adalah mesyuarat, perbincangan dan disertakan tindakan. Setiap bulan kami akan debitkan sejumlah wang secara auto untuk tabung simpanan jangka masa pendek dan panjang. Dan semestinya kami tukarkan ia ke dalam bentuk emas fizikal. Takut nanti bocor dibelanjakan.

Setiap bulan kami peruntukkan wang untuk beli buku kewangan, buku bacaan anak-anak, menu masakan.

Tujuannya untuk pertingkatkan wang simpanan keluarga dan jimat wang makan di luar.

Begitulah.

 

 

 

 

Kredit: Hafizul Hakim

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI