Tujuan seseorang itu dituntut untuk berumah tangga adalah untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan tenteram bersama pasangan atas dasar cinta, kasih sayang, perasaan, tanggungjawab seperti mana firman-Nya dalam surah Ar Rumm ayat 21 yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Islam telah menggariskan beberapa kewajipan kepada suami isteri untuk sama-sama menjalani kehidupan bersama. Antaranya termasuklah kewajipan untuk saling menjaga kehormatan dan menutup aib sesama sendiri.

Malangnya, masyarakat zaman moden kini berfikiran terlalu terbuka hingga hal dalam kelambu sendiri pun sanggup dikongsi secara terbuka lebih-lebih di media sosial.

Ironinya, menjengah sahaja masuk ke laman Facebook umpamanya, pengguna pastinya disajikan dengan pelbagai perkongsian melibatkan rumah tangga termasuk gambar tidak senonoh melibatkan si suami dan skandal, syot skrin si isteri bersama kekasih gelap dan banyak lagi cerita panas yang cukup ‘mengerikan’.

IKLAN

Membuka Aib Rumah Tangga Hukumnya Adalah Haram Walau Apapun Alasannya

Adakah alasan ‘sekadar berkongsi pengalaman’ atau ‘mempertahankan diri’ boleh digunakan dalam isu berkaitan rumah tangga?

IKLAN

Membuka aib rumah tangga hukumnya adalah haram walau apa pun alasannya.

“Seperti yang kita tahu, kebanyakan mereka yang cenderung membuka aib pasangan mahupun bekas pasangan ini sememangnya pernah mengalami kepahitan dalam berumah tangga. Sebagai contoh, mungkin pernah dipukul, tidak diberi nafkah, dicurangi dan sebagainya.

IKLAN

“Namun, harus diingat, pengalaman tersebut bukanlah alasan untuk membuka segala pekung di dada, membuatkan mereka yang diaibkan dipandang serong serta dijaja aibnya di serata tempat. Ini kerana walau apa pun kesalahannya, membuka aib orang adalah sangat keji di sisi Allah SWT,”

Membuka Aib Rumah Tangga Hukumnya Adalah Haram Walau Apapun Alasannya

“Islam melarang umatnya untuk mangadu domba di tempat terbuka dengan alasan ingin meluahkan perasaan. Sebaliknya, Islam membolehkan mereka yang dilanda masalah rumah tangga kepada orang yang boleh dipercayai, seperti sahabat baik yang matang dalam keadaan tertutup.

“Jika tidak mampu atau tidak mempunyai orang yang boleh dipercayai, bertemulah mereka yang pakar seperti kaunselor atau ustaz dan ustazah dan akhir sekali, jika masih tidak bertemu penyelasaian, ceritakanlah segala permasalahan kepada pihak jabatan agama sebagai hujah ketika menuntut hak,” kongsinya yang menyifatkan hal penyebaran aib tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan mereka yang memahami agama dengan baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI