Hubungan

Mencantikkan Diri Depan Suami Dapat Pahala, Tapi Jangan Tabarruj

Share

Mencantikkan diri depan suami dapat pahala dan memang dituntut oleh agama untuk isteri berhias hanya kepada suaminya sahaja…

Zaman sekarang ni, ramai perempuan pandai berhias, kelihatan cantik dan bergaya…tapi mereka kelihatan sedemikian diluar rumah, bukan didlm rumah…bukan dihadapan suami tapi dihadapan rakan pejabat…

Nak berhias boleh, jangan sampai TABARRUJ…

Tabarruj ni maksudnya berlebihan…berpakaian, berfesyen dan bermekap sehingga menjadi tumpuan orang lain…mekap pakai tebal2, tudung yang paling berkilauan, baju nampak bentuk badan, minyak wangi bau satu jabatan dan sebagainya…

Yang berhak melihat semua tu hanyalah suami seorang sahaja…jangan pertontonkan semua tu untuk orang lain selain daripada suami sendiri…pakai mekap yang biasa, jangan terlalu berkilauan pakaiannya dan jangan terlalu wangi…cukup sekadar macam tu sahaja sebab awak  tu isteri orang…

Dan awak datang pejabat, bukan pertunjukkan fesyen…

IKLAN