Kadang-kadang perempuan ni akan guna pelbagai cara untuk dapatkan perhatian suami. Lelaki ni kongsi, bila isteri bercakap, jangan asyik menghadap hp je.

“Abang kat mana? Kenapa belum balik kerja lagi. Dah pukul 6 ni.”

“Abang, siapa Linda yang selalu komen kat fesbuk abang tu? Setiap status abang mesti ada dia komen.”

“Abang, abang tau tak sayang kena jadi penyelaras Program Hari Keluarga. Banyak kerja tu nanti. Dah la sayang jugak penyelaras Makan Malam. Macam takde orang lain dah.”

***

Ini antara dialog biasa yang sering diucapkan para isteri. Ada suami yang rimas dengan isteri yang macam ni. Katanya isteri tu penyibuk.

Tetapi, seorang suami kena tahu dan fahami hakikat ini.

Lumrah seorang isteri suka bertanya itu dan ini.

IKLAN

Lumrah seorang isteri cepat risau dan sering memikirkan mengenai suami yang dicintai.

Lumrah seorang isteri suka bercerita meluah segala rasa yang terbuku di jiwa.

***

Dia bertanya kerana dia ingin tahu. Itu tandanya dia mengambil berat segala hal yang berlaku.

IKLAN

Dia sering risau kerana dia selalu ingin memastikan suaminya baik-baik saja.

Dia selalu bercerita kerana dia percaya dan selesa dengan suami yang tercinta.

***

Bila dah kahwin, kau lah dunia dia. Kau lah satu-satunya teman istimewa dia. Kau lah tempat dia meluahkan rasa dan berkongsi cerita.

IKLAN

Selagi dia banyak celoteh dan bicara, layankan saja. Itu ertinya cinta dan kasihnya masih tebal di dalam hati dan jiwa.

Kalau kau balik lewat tetapi dia tak bertanya kenapa. Kalau dia balik kerja diam je tak cerita apa-apa, masa tu mesti ada yang tak kena. Mungkin hatinya sedih atau terluka.

Hargailah isteri yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya. Lindungi dirinya, jagalah hatinya.

Dia cuma seorang insan biasa yang perlukan cinta dan kasih sayang agar dia terus kuat dan bersemangat untuk berbakti buat suami yang disayangi.

Jangan asyik duk ngadap fon je bila isteri kau duk cakap dengan kau tu. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI