Ramai yang sudah sedia maklum maksud terma ‘bunting pelamin’ itu. Ia berlaku apabila si isteri hamil sejurus selepas berlangsungnya pernikahan.

Namun begitu, terdapat lagi segelintir daripada masyarakat yang memandang serong pada terma ‘bunting pelamin’ dimana mereka beranggapan pengantin perempuan ataupun pasangan suami isteri terbabit telah melakukan persetubuhan sebelum bernikah. Ini jawapan seorang doktor.

BUNTING PELAMIN

Pernah kan dengar ada wanita dah mengandung 6 minggu. Sedangkan dia baru sangat bernikah, baru sebulan.

Saya akan terangkan dalam bahasa yang paling ringkas. Harap dapat difahamkan.

IKLAN

Senang saja. Kita kira tarikh mula mengandung pada hari pertama haid pada bulan terakhir. Wanita kena ingat kalau misi atau doktor tanya tarikh Last Menstrual Period, tulah dia. Bila haid habis tak penting.

Katakanlah Puan A datang haid pada tarikh 1/1/19.
Kitaran haidnya adalah setiap 28 hari.
Dia bernikah pada 12/1/19.
Hubungan kelamin terjadi lepas tu.
Kita anggap ovulasi iaitu penghasilan ovum dari ovari berlaku pada hari 14 dari tarikh haid pada bulan tu.

Kebiasaannya kitaran haid adalah antara 24 ke 35 hari, dan ovulasi boleh berlaku antara hari ke-7 haid hingga ke-21.
Ovum yang telah dikeluarkan bertahan selama 24 jam.
Sperma boleh hidup dalam rahim wanita selama 3-7 hari.

IKLAN

Jadi persenyawaan berlaku.
Persenyawaan tu bermaksud sperma dari lelaki dan ovum dari perempuan bergabung dan membentuk embrio.
Telur yang telah disenyawakan akan melekat pada dinding rahim.

Pada lebih kurang tarikh 29/1/19, sepatutnya Puan A akan datang haid lagi. Tapi dia tak.
Dia tunggu dalam masa 5-7 hari, dan masih belum haid dan dia buat ujian mengandung menggunakan urin, positif. Maka dia mengandung.

IKLAN

Usia kandungan kita kira dari tarikh 1/1/19. Sebab tulah usia kandungan tu pada pandangan kasar lebih hari dari tarikh dia berkahwin.

Tulah dia bunting pelamin. Siapa kata fakta sains tak buat kita teruja. Terutama bila kita belajar biologi badan kita sendiri. Tolong abaikan mulut tak ada insurans adik, kakak, makcik dan nenek bawang yang cakap bukan-bukan ya.

Kredit : Dr.Rusyainie Ramli

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI