Kita tidak perlu mencari yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup sekiranya yang sederhana sudah cukup untuk membahagiakan kita. Kita harus bersyukur kerana apa sahaja yang kita miliki sekarang akan lebih membahagiakan kita sekiranya kita mengucapkan terima kasih kepadanya.
Terus bersyukur dan tidak perlu mengejar perkara yang tidak pasti terutamanya jika ia kelihatan sempurna tetapi ia belum pasti lagi akan membuat anda bahagia.
1. Jangan Cari Yang Sempurna Kerana Kesempurnaan Mutlak Hanya Milik Allah SWT
Kita tidak sepatutnya memikirkan ingin memiliki pasangan yang sempurna dalam segala hal, sama seperti pemiliknya. Jika kita terus mencari dengan kriteria yang kita inginkan, pastinya kita akan sendirian sepanjang hidup.
Bertenanglah dengan diri sendiri, tidak perlu menjadi hebat dalam mencari pasangan hidup. Kita cuma perlu merasa selesa dengan kehidupan dan agama kita. Itu sudah cukup untuk kita sebagai asas untuk mencintai dia dan membina masa hadapan dengan dia.
IKLAN
2. Kita Melihatnya Biasa Sahaja, Namun Dia Mempunyai Hati Yang Bersih Dan Sikap Yang Sangat Luar Biasa Kepada Kita
Pastinya kita melihatnya hanya biasa dan sederhana. Tetapi setiap kali dengan kita bersama dengannya, kita merasakan kebahagiaan kerana dia mempunyai hati yang begitu besar untuk mengasihi dan mencintai kita.
IKLAN
Dia mempunyai sikap yang boleh membuat kita berasa selesa. Adakah kita masih mahukan orang lain jika kita sudah mempunyai seseorang seperti ini kerana yang kita anggap sempurna itu belum tentu dapat membahagiakan kita seperti yang dia lakukan.
IKLAN
3. Ketika Kita Sibuk Mencari Yang Sempurna Maka Yang Terbaik Akan Hilang
Satu perkara yang perlu kita fahami dalam mencari pasangan jangan hanya fokus pada kelebihan, tetapi pastikan kita dapat menerima kelemahannya kerana sebenarnya, cinta dibina atas dasar penerimaan dan kepercayaan bersama.
Apabila kita terlalu tertumpu pada mencari yang sempurna ketika itulah kita akan kehilangan seseorang yang terbaik dalam hidup kita. Untuk menjadi yang terbaik seseorang tidak perlu menjadi sempurna dalam segala-galanya kerana orang yang mempunyai banyak kelemahan masih boleh menjadi yang terbaik. Oleh itu, jangan fokus pada kesempurnaan tetapi fokuslah pada yang terbaik
Perkenalan selama tiga tahun ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di Moscow, Russia dalam bidang perubatan menyatukan pasangan Muhammad Hanif Zamri dan Alia Zafira Zaferi.
“Kami bertemu pada pertengahan tahun 2014, pada musim bunga. Ketika itu, saya berusia 19 tahun dan Hanif 23 tahun. Saya sedang berada dalam tahun pertama, semester kedua, dia pula sedang dalam tahun kelima, semester ke-10. Hanif merupakan kapten pasukan frisbee yang mewakili universiti kami. Hanif pertama kali mengajak saya untuk menyokong pasukan universiti kami di dalam sebuah temasya sukan yang diadakan pada setiap tahun. Dia mesej saya melalui Instant Messenger di Facebook. Habis satu dorm menjerit kegembiraan,”cerita Alia.
Selepas tamat posting kelima sebagai seorang “houseman”, Hanif bercadang untuk bertemu kedua ibu bapa Alia untuk berbincang dengan lebih serius tentang hubungan kami. Akhirnya tali pertunangan diikat pada 5.8.2017.
”Hanif tidak melamar saya secara romantis seperti di dalam filem, tetapi dia terus berjumpa dengan kedua ibubapa saya untuk mendapat restu mereka.Perasaan ketika itu amat terharu dan sangat bertuah kerana lelaki idaman saya akhirnya memutuskan untuk memilih saya sebagai teman seumur hidupnya,” ujar Alia.
Hanif merupakan seorang lelaki yang bijak. Bukan sahaja dari segi pelajaran, malah bijak dalam aspek kehidupan, secara umum. Alia kagum dengan kebolehannya yang menyeluruh. He’s definitely one of those guys whom we would call an “all-rounder”.
Pernikahan dan resepsi
Tarikh yang dipilih merupakan salah satu daripada tarikh yang cantik pada tahun 2018 (11.8.18). Tidak ada alasan lagi untuk Hanif terlupa tarikh perkahwinan kami pada masa hadapan.
Tema pernikahan”Spring Garden” menjadi pilihan. Sekeluarga memilih tema berwarna putih dan emas kerana ia melambangkan kesucian dengan sedikit elemen elegan. Hasil dekorasi Adi Putra Decor begitu mengagumkan.
“Winter Wonderland”. pula menjadi tema resepsi. I felt like a princess walking down the aisle with my prince charming and all eyes were on us.Warna biru muda menjadi pilihan kerana ia melambangkan kelembutan dan juga musim sejuk.
”Tema ini menjadi pilihan kerana kami berjumpa pertama kali di bumi Rusia. Rusia terkenal dengan musim salji yang sangat sejuk.Untuk menunjukkan dan menampilkan elemen bumi Rusia, kami memilih untuk mengadakan “Winter Wedding” di mana semua dekorasi adalah berunsur salji. Saya memilih Adi Putra Decor untuk menghiasi pelamin kami kerana saya percaya akan kebolehan Adi dan Azman sebagai “wedding decorator” yang terkenal. Mereka pernah menghiasi pelamin Shila Amzah.
Pereka baju Kashfi Zulkufli menjadi pilihan Alia. Dia merupakan pereka busana yang sangat berkarisma dan berdedikasi. Pertama kali menunjukkan inspirasi busana idaman kepadanya, dia tanpa berlengah terus mengerah idea dan tidak putus-putus memikirkan tentang rekaan busana yang dimpikan. Encik Kashfi dan pembantunya sangat mesra dan tidak lelah melayan karenah Alia dan mama.
Yna Sakinah merias Alia di hari persandingan kerana sentuhannya sangat minimalis, tidak keterlaluan tetapi “flawless”.
Alia sempat berkongsi cabaran beberapa hari sebelum hari nikah. Hanif dilarang oleh ibunya untuk bertemu Alia sehari sebelum bernikah. Hanif merupakan seorang “Medical Officer” di Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Oleh hal yang demikian, Hanif tidak kerap pulang ke Semenanjung. Hanif cuma pulang pada 9.8.2018, dua hari sebelum pernikahan.
“Perancang perkahwinan saya telah menetapkan 10.8.2018 sebagai hari “full rehearsal” kami. Tanpa berfikir, saya dan Hanif bersetuju. Namun pada hari tersebut, ibunya telah melarang Hanif untuk keluar dari rumah. Katanya pantang orang tua, bakal suami tak sepatutnya berjumpa dengan bakal isteri sehari sebelum hari pernikahan. Kami cuba memujuk ibunya tapi tidak berhasil. Saya sempat juga menyuruh ibu saya memujuk ibunya, juga tanpa hasil. Akhirnya kami mengadakan rehearsal tanpa Hanif. Rasa kelakar pula bila rehearsal tapi bakal pengantin lelaki tiada. Disebabkan dek pantang larang orang tua, kami terpaksa mengadakan lagi satu rehearsal pada malam pernikahan kami (11.8.2018). Walaupun penat melayan tetamu, Hanif masih lagi “sporting” dan melayan karenah saya dan perancang perkahwinan,”cerita Alia.
Menurut Alia, hantaran yang paling istimewa adalah bekas cincin yang dibeli dari Moscow. Ia merupakan sebuah replika “Fabergé egg” yang direka khas untuk Empress Maria Fedorovna, isteri kepada Alexander III. Bagi Alia, ia merupakan sebuah simbol perkenalan kami di bandar Moscow.
Harapan kedua agar dapat menempuhi cabaran hidup bersama sebagai suami dan isteri sampai bila-bila. Memandangkan keduanya bekerja sebagai doktor, pasti bakal menempuhi pelbagai dugaan pada masa hadapan.
Akui Alia masih belum sempat berbulan madu kerana harus pulang ke Moscow untuk menyambung tahun akhir pelajaran. Cadangan berbulan madu ialah ke Iceland.
Ibu bapa perlu memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan dengan mendidik mereka sejak kecil mengenai nilai kebersihan. Dewasa kini, terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menitikberatkan tentang nilai kebersihan pada anak-anak mereka. Bahkan ada juga ibu bapa yang berasakan bahawa anak mereka sudah dewasa dan dapat membezakan antara kebersihan dan kekotoran.
Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana kita tidak tahu bila penyakit akan datang menyerang kita jika kebersihan tidak diamalkan. Disebabkan hal inilah ibu bapa perlu sedar bahawa kebersihan itu amat penting buat anak-anak bagi memastikan setelah dewasa nanti, bukan hanya isteri yang perlu mempersiapkan segalanya. Ajar mereka tentang tanggungjawab perlu dipikul bersama, jangan jadi contoh yang tidak baik kepada anak-anak.
.
Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja. Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat! Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak. Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak. Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
.
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak. Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil. Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki! Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna. Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Suami isteri selepas berkahwin bilik tidur itu adalah ‘tempat rahsia’ buat mereka. Kerana itulah bilik tidur utama dalam rumah adalah milik suami dan juga isteri. Jika orang luar ingin masuk, mereka hendaklah meminta izin anda dahulu walaupun dia ahli keluarga anda.
Bilik tidur ini adalah satu perkara yang boleh buat gaduh besar jika ada pihak yang melanggarnya. Sebagai orang luar, anda perlulah hormati privasi mereka.
Kenapa bilik tidur rahsia untuk suami isteri?
Secara amnya, bilik tidur adalah tempat beristirehat bagi suami isteri selepas seharian penat bekerja. Jadi, situasi yang aman, segar, tenang dan selesa semestinya amat diperlukan dalam bilik tidur.
Malah di bilik tidur itu juga, suami isteri berduaan, berbincang, bersolat, mengaji Al-Quran, bersemuka dan melakukan hubungan kelamin. Yang dibenarkan masuk ke dalam bilik tidur tersebut hanyalah suami isteri tersebut sahaja kerana di situ semua aktiviti sulit dilakukan dengan pasangan.
Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.
Orang luar dilarang masuk
Kewajipan menjaga bilik tidur ini tidak hanya terletak di tangan isteri sahaja tapi suami juga perlu ambil tahu bersama-sama.
Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.
Pernah terpalit kontroversi rumahtangga, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.