Soal duit, benda ikhlas pun boleh jadi berkira. Sebab duit tu kuasanya sangat besar. Dan kerana duit jugalah ada suami yang terlupa tentang dosa pahala. Lumrah hidup berumahtangga, kena ada toleransi dan berkongsi rezeki.
Ads
Ingat janji sebelum akad nikah? Unutk hidup susah senang bersama, lalui bahagia bersama. Banyak lagi janji yang selalu dilupai bila dah lama bersama. Seronok baca satu per satu baris kata Cikgu Fadli Salleh. Sampai rasa terkena batang hidung sendiri.
Ads
Ads
Melintas screenshot ini. Perihal wife mengadu pasal suami dia tak cukup duit walhal gaji agak besar juga.
Aku into scene la sipi-sipi dah tak tau nak buat apa tengah malam buta ni.
Aku cikgu sekolah rendah lulusan diploma ja. Wife cikgu sekolah menengah lulusan degree. Gaji wife lebih sekali ganda rasanya dari gaji aku.
Tapi sejak tahun pertama kami kahwin, sewa rumah, bil astro, bil phone dia, ansuran Coway, bil api air, tak pernah sekali dia bayar. 13 tahun kahwin, tak pernah sekali pun dia merasa bayar sewa rumah, mahu pun bil letrik.
Pandai-pandai la aku cari jalan nak selesaikan. Tu aku letak wajib atas diri aku sebagai suami.
Susah macamana, tak sesekali aku akan minta dia bayarkan. Pernah sampai bil letrik merah. Dua bulan tak bayar. Risau dia takut kena potong, dia nak bayarkan, aku tak bagi.
Sama juga dengan ansuran Coway, sampai lawyer Coway wasap aku nak bawa kes ke mahkamah akibat tertunggak lebih RM700. Pun dia nak bayarkan, aku tak bagi.
Padahal gaji aku kecik. Ada komitmen membayar yuran kebodohan buat personal loan muda-muda dulu lagi.
Tapi aku rasa malu pada diri sendiri jika tanggungjawab itu aku serah pada dia sebagai isteri.
Cuma part renew roadtax, kos balik kampung, ansuran kereta dan pengasuh anak-anak ja kami tong-tong duit. Tu pun rasa bersalah sebenarnya nak tong-tong duit, tapi dah tak mampu kan. Terpaksa lah.
Biasanya lepas bayar semua benda dan bagi duit dapur RM100 + RM100 duit pampers anak-anak, balance kat aku tinggal kurang RM200 untuk hidup sebulan.
Member ajak lepak ngeteh pun payah nak keluar. Nak berjimat, lagi pun duit dah nazak.
SO macam-macam la aku buat untuk tampung kehidupan. Macam-macam barang aku jual, kerja kedai makan, jadi panel ceramah lah, jual itu ini. Tinggal maruah je aku tak jual.
Sesak macamana aku tak pernah pinjam atau minta duit dia. Rasa malu nak minta duit bini walau aku tahu dia ada.
Aku rela pinjam dengan kawan-kawan. Bila pinjam dengan kawan-kawan, aku ada rasa komitmen nak bayar. Takut pinjam dengan isteri, tak ada rasa nak bayar dah. Maklumlah, dia kan pasangan kita.
Alhamdulillah, semakin hari semakin Allah luaskan rezeki. Dan bila mana Allah luaskan rezeki, aku lebihkan memberi pada dia.
Dan sampai satu tahap, dia tak perlu lagi tong-tong duit untuk bayar apa-apa. Sebagai seorang suami, aku pikul semuanya.
Loan rumah pun aku bayar sorang. Padahal loan rumah nama bersama. Aku cakap kat dia,
“Awak simpan duit awak. Selagi abang mampu, biar abang settle semua bil dan bayaran semua. At least jika berlaku apa-apa kat abang, awak ada tabungan kecemasan yang kukuh”.
Isteri ni tanggungjawab atas suami. Aku cukup percaya, jika kita menyantuni isteri selayaknya, jika kita pikul tanggungjawab ini sebaiknya, beri nafkah seperti mana selayaknya mereka terima, Allah akan murahkan rezeki kita.
Kerana selain doa ibubapa, doa isteri adalah doa paling ikhlas diutus buat kita para suami.
Meski pun isteri bekerja dan ada income sendiri, nafkah itu masih wajib ke atas suami.
Yakin saja kawan-kawan. Jika tak pernah berkira dengan isteri, jika tak pernah culas dengan nafkah yang sepatutnya mereka terima, InsyaAllah Allah luaskan rezeki kita seluas-luas alam.
Percayalah!
– Bukan suami sempurna, namun tetap mencuba –
Kredit foto: TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI