Soalan:

Hukum suami memberi nafkah kepada isteri tetapi dia sering mengungkit-ungkit semula. dia seolah-olah ingin isteri membayar semula apa yang dibelanjakannya kerana isteri bekerja. Isteri menjadi keliru dan kadang-kadang bergaduh kerana isu ini.Adakah wajib isteri memasak jika suami tidak suruh, tetapi dia sering mengungkit isteri tidak memasak.

IKLAN

1. Suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan tidak berhak untuk mengungkit-ungkit semula pemberiaannya itu atas alasan isteri telah bekerja.Jika perkara ini berlaku, si suami sudah hilang sifat keikhlasannya. Sedangkan jika sekiranya ia ikhlas dalam tanggungjawabnya, ia akan diganjari pahala yang dikira ibadat serta mendapat rahmat Allah SWT, insyaallah.

2. Puan / isteri bekerja, adakah dengan persetujuan suami dan ia meredhainya? Jika suami membenarkannya, suami tidak berhak untuk merungut dan menuntut gaji isteri, kerana itu adalah hak isteri. Namun sebagai menghormati dan mentaati suami, isteri adalah digalakkan untuk membantu meringankan perbelanjaan rumahtangga dan juga mengutamakan suami dari kerjayanya, kerana mentaati dan berkhidmat untuk suami adalah tugas hakiki seorang isteri.

IKLAN

3. Bagi mengwujudkan rumahtangga yang diberkati, setiap orang mempunyai hak yang perlu dilaksanakan. Seorang isteri contohnya; perlulah bijak menangani sikap suaminya dan harus peka kehendak suami walaupun tidak disuruh. Kerana layanan yang baik daripada seorang isteri kepada suaminya akan membuka laluan yang mudah baginya mendapat keredhaan Allah SWT. Tak usahlah berkira untuk berkhidmat kepada suami kerana tugas isteri adalah membahagiakan suaminya walaubagaimana keadaan sekalipun kecuali jika arahan dan kehendak suami melanggari hukum syarak. Laksanakanlah tugas itu atas rasa cinta dengan penuh rela. Ingatlah kebahagian itu datangnya dari sifat memberi.

IKLAN

4. Fahamkanlah minda dan hati nurani, bahawa perkahwinan ini adalah ibadah. Susah-senang, penat-lelah dalam memenuhi tanggaungjawab sebagai seorang isteri besar pahalanya di sisi Allah SWT.Berilah keutamaan kepada yang lebih utama (tugas isteri) kerana di situ ganjarannya syurga.

Semoga kebahagiaan yang dicita akan sentiasa bersama. Namun ingatlah bahtera rumahtangga ada kalanya terpaksa menempuh badai yang menjelma. Langit tidak selalunya cerah, bumi mana tidak ditimpa hujan, begitulah fitrah alam. Tempohilah ia dengan iman dan ilmu serta banyakkanlah berdoa, agar rumahtangga diberkati Ilahi. Jagalah hak Allah SWT pastinya Allah SWT memelihara kamu.