Hubungan

Mentua Perlu Tahu Bila Waktu Yang Sesuai Untuk ‘Masuk Campur’

Share

Mentua perlu tahu bila masa yg sesuai utk ‘masuk campur’

Kalau tengok anak awak happy, menantu awak happy, diorang update pergi makan sedap-sedap, pergi melancong sana sini, bila diorang balik rumah awak pun nampak macam tak ada masalah apa-apa, maka jangan masuk campur…

Diorang tak memerlukan campur tagan mertua lagi dalam rumahtangga mereka…semuanya masih terkawal, everything is fine.

But once awak nampak diorang dah start update bukan-bukan, dan bila balik rumah awk pun masing-masing nampak senyap, tak nampak seperti kebiasaan perangai diorang, maka di situ mungkin mereka sedang menghadapi masalah…

Siapa yang perlu awak bercakap dahulu…

Menantu perempuan awk…panggil menantu perempuan, ajak dia bersembang…tanya dia, ada apa-apa ke nak cerita, nak kongsi…anak awak ada buat apa-apa ke dekat dia…tolong berlapang dada untuk nak dengar apa yg bakal diceritakan menantu perempuan awak tu tentang anak awk…

Jangan nak menangkan anak lelaki awak sgt!

Lepas dah dengar apa yang menantu ckp, panggil anak lelaki awak, nasihat dia, perbetulkan dia, ubah cara dia melayani isterinya…awak perempuan, awak juga isteri, awak tahu apa yg seorang isteri mahukan dan perlukan dari seorang suami, awak tahu apa yang seorang isteri suka dan tak suka…ajar anak lelaki awk tentang semua tu, apa yg dia patut buat, apa yg dia tak patut buat…

Walaupun dia dah besar…

Ini tanggungjawab mentua, ini yg patut seorang mentua buat…bukan cari kesalahan menantu sehingga tak nampak kesalahan anak sendiri…

Kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat

IKLAN